Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

7 Perkara Yang Diharamkan Apabila Mengajak Ibu Bapa Tinggal Bersama

9-1-2019 11:38 AM|Oleh: Suzy| Komen: 30


Sering kita mendengar kisah anak-anak meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan masyarakat ataupun di bawah jagaan rumah orang tua. Ini berpunca daripada kesempitan wang, bimbang keselamatan ibu bapa dan juga tidak tahan dengan karenah ibu bapa yang semakin lanjut usia. Tetapi ada juga yang berhati mulia ingin membawa ibu bapa tinggal bersama. 

Bagaimanapun perlu diiingatkan, dalam keghairahan membawa ibu bapa tinggal bersama, kita sebaiknya elakkan 7 perkara ini daripada berlaku kerana bimbang niat untuk mencari syurga, akhirnya menempah neraka. 

1. Rumah saya, peraturan saya.
Sudu salah letak komplen. Pinggan dicuci kurang bersih bising. Tidak ingatkah  ibu bapa  semakin uzur, penglihatan semakin kurang. Terimalah kekhilafan mereka seadanya. Atau kita lupa masa kecil berapa kali pecahkan pjnggan dan cawan ibu, tumpahkan nasi, ibu juga yang lapkan. 

Imej: Google

2. Bantal lembik dan busuk.
Nampak macam mudah tetapi sebenarnya ramai yang abaikan. Berilah ibu bapa ruang tidur dan bantal terbaik. Ingat tak dulu masa kita lahir, ibu bapa sediakan satu set tilam dan bantal baru untuk menyambut kita?

3. Tengking anak.
Tahulah kita ada anak-anak. Mereka pula degil. Di hadapan ibu bapa ini lah nak tunjuk kuasa. Jangan. Ibu bapa yang semakin tua jiwanya sensitif. Mereka mungkin terasa kita sedang memarahi mereka, biarpun kita  tidak bermaksud sebegitu. Alangkah baik, panggil anak masuk ke bilik dan nasihatkan mereka baik-baik. Ini juga salah satu teknik 'good parenting'.

Imej: Google

4. Membandingkan keluarga mertua.
Tetamu seharusnya diutamakan tetapi di mana-manapun ibu bapa kita adalah keutamaan.  Walaupun keluarga mertua hebat dan berpangkat tinggi, tetapi semiskin atau sejahil manapun ibu bapa anda, layanilah mereka seperti raja. 

5. Kikir.
Kita tidak akan jatuh muflis jika memberikan ibu bapa makanan terbaik.  Berikan kepada ibu bapa, bukan hanya untuk anak dan isteri. Jemput ibu bapa makan bersama. 

6. Anak jadi tuan.
Dunia akhir zaman, ibu bapa jadi pengasuh cucu-cucu. Jimat kos. Lupakah kita ibu bapa sudah mengasuh kita, berilah peluang mereka berehat. Ibu bapa tidak menolak permintaan kita bukan bermakna mereka suka. 

Imej: Google

7. Merungut.
Beras cepat habis. Bil semakin tinggi. Sedarlah wahai anak-anak, ibu bapa hanya menggunakan sebahagian kecil perkara yang disebutkan tadi.  Mereka bukanlah pengguna utama. 

Sekiranya ada di antara anda melakukan perkara-perkara ini segeralah berubah. Mungkin anda tidak sedar dan menganggap ia perkara kecil, tetapi ia sebenarnya boleh membuatkan ibu bapa terkilan. Diharapkan senarai ini dapat memberikan sedikit input buat anda.  - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
11
Marah
7
Terkejut
9
Sedih
6
Lawak
5
Bosan
9
Komen: 30
Komen

Previous : Burung Merpati Dengan Vest Berhias Dipertemukan Dengan Tuannya Selepas Hilang Seminggu

Next       : Bayi Rambut Lebat Yang Viral Ditawar Jadi Model Pantene!

Komen Terbaru

Quote tom2 1-2-2019 06:22 PM
msamyrazi replied at 14-1-2019 03:38 PM
kita berdua punya pengalaman yg hampir sama . cuma kalau bab makan , my parents mmg tak berkira .  ...

alamak sedihnya dgr citer u. bertabahla..

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 9-1-2019 12:07 PM
Kalau ada 7 habits ni elok tak perlu ajak tinggal bersama untuk mengelak terjadinya konflik dikemudian hari.
Quote Sazida 9-1-2019 12:58 PM
Susah nk gaduh laki bini kalau parents ada kt rumah. {:sing
Quote haliamerah 9-1-2019 02:17 PM
meols xduduk dgn mak tapi duk dgn mertua..anak meols anta ke rumah mak meols..sbb mak meols mmg mengasuh bdk2...iols bayo same rate mcm anak asuhan yg lain..tak pe kan?

Quote moonbug 9-1-2019 03:04 PM
Sabar sabar sabar. Tu paling penting bila dengan parents. Sama macam mana diorang sabar dengan kita dari lahir sampai dewasa
Quote gigahertz 9-1-2019 06:30 PM
Artemesiaa: Kalau ada 7 habits ni elok tak perlu ajak tinggal bersama untuk mengelak terjadinya konflik dikemudian hari.

kalau jenis bngun tengaahari laki bini better duduk berdua je{:smile
Quote besi_kelabu 10-1-2019 01:24 AM
Edited by besi_kelabu at 10-1-2019 01:31 AM

dari suara hati anak.. yang jadi dalam family aku jerrr kot

1. Rumah saya, peraturan saya.
Sudu salah letak komplen. Pinggan dicuci kurang bersih bising. Tidak ingatkah  ibu bapa  semakin uzur, penglihatan semakin kurang. Terimalah kekhilafan mereka seadanya. Atau kita lupa masa kecil berapa kali pecahkan pjnggan dan cawan ibu, tumpahkan nasi, ibu juga yang lapkan.

parents sendiri salah letak kitchen tools, anak yang kena marah kena bebel, anak terpinga-pinga. pinggan dicuci kurang bersih, disuruhnya cuci balik sambil tonyoh tangan anak dengan kasar sambil mulut membebel. tidak sedarkah ibubapa pada masa tu anak2 masih kecil, mereka dalam proses pembelajaran, sel-sel otak pun belum berhubung sepenuhnya.. terimalah kekurangan mereka seadanya sambil mendidik dengan elok. ibu bapa lupakah masa kecil bila anak tak sengaja pecahkan pinggan, mereka terus pulas telinga, bebel2 segala..aku tumpahkan nasi, cepat-cepat aku kutip balik masuk pinggan,  makan.



2. Bantal lembik dan busuk.
Nampak macam mudah tetapi sebenarnya ramai yang abaikan. Berilah ibu bapa ruang tidur dan bantal terbaik. Ingat tak dulu masa kita lahir, ibu bapa sediakan satu set tilam dan bantal baru untuk menyambut kita?

my mom: ko ambik la mana2 bantal yang ada...
bantal baru beli utk kakak aku..aku pulak mewarisi bekas2 kakak aku je..biasalah, benda baru semua utk anak sulung.



3. Tengking anak.
Tahulah kita ada anak-anak. Mereka pula degil. Di hadapan ibu bapa ini lah nak tunjuk kuasa. Jangan. Ibu bapa yang semakin tua jiwanya sensitif. Mereka mungkin terasa kita sedang memarahi mereka, biarpun kita  tidak bermaksud sebegitu. Alangkah baik, panggil anak masuk ke bilik dan nasihatkan mereka baik-baik. Ini juga salah satu teknik 'good parenting'.

parents kita pun pernah ada anak2 (kita). jangan lupa, mereka pun pernah tengking kita di mana2 sahaja, depan sesiapa pun.. mereka lupa kot anak yang masih kecil masih banyak yang perlukan tunjuk ajar. parents mungkin fikir mereka marah anak sebab sayang, tapi bagi anak yang dimarahi adakah mereka faham kelakuan dimarahi parents itu sebagai tanda kasih sayang..???? TIDAK
marah is marah. sayang is sayang. two different things. alangkah baiknya kalau ibubapa itu dapat mendidik anak2 mereka dengan penuh kesabaran dan menunjukkan/menyampaikan kasih sayang dengan cara yang betul.



4. Membandingkan keluarga mertua.
Tetamu seharusnya diutamakan tetapi di mana-manapun ibu bapa kita adalah keutamaan.  Walaupun keluarga mertua hebat dan berpangkat tinggi, tetapi semiskin atau sejahil manapun ibu bapa anda, layanilah mereka seperti raja.

- 'anak si anu bin si polan elok je perangainya...pandai pun pandai, SPM 10 A, cantik/hensem lagi..gaji lebih tinggi..bla..bla.blaa...ko apa ada..?'
- 'anak si anu dak beli kerata...ko..?
- 'anak si polan pun dokter juga, mak dia cite anaknya bagi rm1000 sebulan utk parents...' sambil sindir adik aku depan sedara-mara (masa raya)  yang masa tu baru 2 bulan jadi HO..


Take note: orang tua, korang selalu sangat membandingkan anak-anak, tapi bila kena turn korang, kenapa nak sentap..??? ingat anak ni takde hati dan perasaan ke..ke hati dan perasaan ni automatik wujud bila manusia jadi warga emas jerr...


5. Kikir.
Kita tidak akan jatuh muflis jika memberikan ibu bapa makanan terbaik.  Berikan kepada ibu bapa, bukan hanya untuk anak dan isteri. Jemput ibu bapa makan bersama.

parents yang bagi anak2 makan ada yang jadi bankrupt tak..?? bagi anak rezeki apa adanya,anak  pun faham susah payah parents dorang.bukannya mereka nak mintak makanan mewah sepanjang masa..lain la kalo mak bapak makan ayam golek, anak2  dibagi makan telur mata je..


6. Anak jadi tuan.
Dunia akhir zaman, ibu bapa jadi pengasuh cucu-cucu. Jimat kos. Lupakah kita ibu bapa sudah mengasuh kita, berilah peluang mereka berehat. Ibu bapa tidak menolak permintaan kita bukan bermakna mereka suka.

alaaa...mak dulu pun tinggal saya dengan nenek jugakan dulu..dulu mana ada nursery mcm sekarang..susah payah nenek bawa saya pergi bendang. tak pasal2 nenek n atuk kena buat pondok kecil sebab nak elak saya kena panas..time saya baby nenek langsung tak boleh turun bendang sebab takde orang jaga saya. mak bagi upah tak kat nenek...?mak tolong beli barang dapur je kan...tu pun sebab mak still tinggal dengan nenek masa tu. saya tadika atuk yang hantar-ambik saya sekolah. bila dah besar sket baru la saya pegi sekolah sendiri guna basikal atuk..sebab tu sekarang ni saya lebih rapat ngan atuk nenek, mak dulu balik keje ada je benda nak marah saya, yang tu tak kena, yang ni tak kena. saya membesar dalam keadaan stress tau..


7. Merungut.
Beras cepat habis. Bil semakin tinggi. Sedarlah wahai anak-anak, ibu bapa hanya menggunakan sebahagian kecil perkara yang disebutkan tadi.  Mereka bukanlah pengguna utama.

my mom version: buat habis beras je mak bagi korang makan minum, tapi benda macam ni pun takreti buat..? mak kerja penat tau cari duit, nak besarkan korang...bla..bla..

my version (dalam hati je laa..): mak igt mak je ker penat..mak igt saya ni tak penat kerr jadi anak mak...? kalau la parents tu boleh ditukar ganti, dah lama saya cari lain..mak nak anak jadi yang terbaik, tapi adakah mak tu mak terbaik dalam dunia...?



so, pengajaran di sini, bila dah jadi orang tua tu, sedar-sedarlah, jangan nak tamak nak suruh anak2 layan korang bagaikan raja kalau korang pernah layan anak korang dengan buruk dalam waktu mereka membesar. sekiranya korang kasihi anak2, automatik korang akan dihormati.
respect adalah sesuatu yang kita earn, bukan sesuatu yang kita get secara automatik bila dah jadi warga emas. sekiranya anda rasa kurang dihormati, maka check balik perangai anda waktu muda2 dahulu. what you give, you'll get back.

bukan anak2 je yang kena faham  dan jaga hati perasaan orang tua, orang tua pun kena juga jaga hati perasan anak2. fahami anak2..mereka banyak perlukan tunjuk ajar sebab mereka belum lalui banyak perkara. didik anak2 dengan cara yang betul. right is right, wrong is wrong..dan sampaikan kasih sayang dengan cara yang sepatutnya..

Quote ayjay 10-1-2019 05:12 AM
haliamerah replied at 9-1-2019 02:17 PM
meols xduduk dgn mak tapi duk dgn mertua..anak meols anta ke rumah mak meols..sbb mak meols mmg meng ...

Bayar lebih lah
Quote ayjay 10-1-2019 05:15 AM
Edited by ayjay at 10-1-2019 05:19 AM
besi_kelabu replied at 10-1-2019 01:24 AM
dari suara hati anak.. yang jadi dalam family aku jerrr kot

1. Rumah saya, peraturan saya.


Wow. What a horrible childhood you had.
Nevertheless, be a better person and treat your Mom best as you can. Maybe not because she deserves it but more because you are a kind and generous person.

Saya pula tinggal jauh dari ibubapa. Kalau boleh nak mereka duduk dengan saya di sini tapi mereka tak mahu tinggalkan Malaysia. Jadi bila mertua datang visit, kadang sampai sebulan, saya tak kisah pun. Buat je lah seperti rumah sendiri. Why lah nak jadikan benda remeh sebagai masalah?
Quote kakyungpilah85 10-1-2019 08:29 AM
besi_kelabu replied at 10-1-2019 01:24 AM
dari suara hati anak.. yang jadi dalam family aku jerrr kot

1. Rumah saya, peraturan saya.

walaupun penulisan mcm kasar tapi aku setuju dengan pendapat ko..layanan anak2 pada ko adalah cerminan diri ko mcm mana ko layan anak2 ko masa anak2 masih kecik..kalau masa anak tu membesar ko layan berat sebelah,mbeza2kan anak2 ikut kepandaian,kaya semua pastu nak claim ko kena taat pada aku walaupun aku layan ko mcm sampah mmg xadil la pada diri anak tu kan..ingat anak2 ni xde hati dan perasaan ke?Allah tu xkan zalim..setiap benda yang terjadi tu akibat perbuatan kt dulu2..kalau layanan ko adil untuk semua anak2 mesti dah tua anak tu berebut2 nak jaga...kalau semua buat xtau tu paham2 la...
Quote kaklong32 10-1-2019 09:17 AM
besi_kelabu replied at 10-1-2019 01:24 AM
dari suara hati anak.. yang jadi dalam family aku jerrr kot

1. Rumah saya, peraturan saya.

setuju jugak. kalau yg tua nk di hormati kene lah tunjuk sikap yg baik. baru yg akan2 datang ni bleh folo

Quote ApeApeAje 10-1-2019 10:07 AM
besi_kelabu replied at 10-1-2019 01:24 AM
dari suara hati anak.. yang jadi dalam family aku jerrr kot

1. Rumah saya, peraturan saya.

setuju sangat2...

kalau kita nak dihormati, kita kena hormat orang dulu.. anak2 juga ada perasaan


Quote haryatie 10-1-2019 10:16 AM
aku xde parents, dr zmn bujang lg, xde pengalaman jaga org tua sgt
ank pun cuma ada sorang prempuan, sorang lg lelaki
so xde apa yg aku bezakan antara mereka berdua
hidup kami cuma bertiga jerk
hrap2 aku da tua nnti boleh lah tumpang ank2


Quote shahirakay 10-1-2019 10:31 AM
besi_kelabu replied at 10-1-2019 01:24 AM
dari suara hati anak.. yang jadi dalam family aku jerrr kot

1. Rumah saya, peraturan saya.

aku tak tau la kenapa. aku macam bersetuju pula. adil ke mak ayah kita yang dulu selalu keluarkan kata-kata yang melukakan hati kita, nak demand kita untuk beri layanan terbaik? kita dibesarkan dengan cara macam tu, of course terbawa-bawa dengan ajaran sebegitu.
Quote haliamerah 10-1-2019 11:47 AM

aah..mmg ade bg lebih..utk duit jajan org tua...
Quote haliamerah 10-1-2019 11:53 AM
shahirakay replied at 10-1-2019 10:31 AM
aku tak tau la kenapa. aku macam bersetuju pula. adil ke mak ayah kita yang dulu selalu keluarkan  ...

erm,,mak n ayah iols bbeza..ayah jenis kasar..xde lemah lembut dgn anak..mak pulak lemah lembut tak suke kasar tak bertempat...so skrg bile diorg dh tua..ayah still lg lah ade sifat kasar die..klau dulu aku memg melawan jgk kadang2..sesejak aku dh kawin ni,,aku malas nak layan n anggap je lah yg sisa2 tua hidup diorg ni lah peluang utk kite bentuk diri kite jgk supaya kite xjdik mcm diorg nnt...n sementara mereka msih ade ni..org kata sblum terlambat..sblum menyesal...berilah yg terbaik...moga2 1 saat nnt tdetik dlm hati diorg yg diorg menyesal layan anak2 dulu x elok...
tp, mak dgn ayah,,iols sentiasa akan rujuk dgn mak dulu klau ade ape2 hal..
Quote haliamerah 10-1-2019 11:56 AM
haryatie replied at 10-1-2019 10:16 AM
aku xde parents, dr zmn bujang lg, xde pengalaman jaga org tua sgt
ank pun cuma ada sorang prempuan ...

husband? pun xde ke?..
Quote haliamerah 10-1-2019 11:59 AM
Sazida replied at 9-1-2019 12:58 PM
Susah nk gaduh laki bini kalau parents ada kt rumah. {:sing

aku duduk dgn mak pak laki aku..kdang aku kalau gduh, mmg sengaja buat muke xpuashati,trus kluar dr umah tu...laki plak suke hempas2 pintu kuat2 klau xpuashati dgn aku...mak pak die pun mmg tau die jenis mcm tu...
Quote haryatie 10-1-2019 12:36 PM

xder hnya kami bertiga
Quote Sazida 10-1-2019 12:37 PM
haliamerah replied at 10-1-2019 11:59 AM
aku duduk dgn mak pak laki aku..kdang aku kalau gduh, mmg sengaja buat muke xpuashati,trus kluar d ...

skrg ni iols dgn suami pjj. dia duk rumah mak dia kat jb nun. tiap kali iols balik iols duk rumah mak mentua lah. kalau gaduh iols buat mcm takd ape  kt depan mil n fil. tp dlm bilik sebakul aku maki..   . pernah sekali haritu dia kacau aku tgh tgk tv, aku geram,,aku naik ats aku kunci pintu.sebelum naik tu aku dh pesan dh kt dia,ko tido bawah mlm ni. lantak kau la nk marah ke apa...

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085124s Gzip On
To Top