Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Percutian Air Terjun Sekitar Selangor Yang Mesti Anda Cuba!

9-1-2019 12:28 PM|Oleh: intan| Komen: 4

Menjelang cuti Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba nanti, pasti anda sudah merancang cuti anda dengan aktiviti bersama keluarga dan rakan rakan. Ada yang bakal terbang ke luar negara bagi menikmati cuti panjang malah tidak kurang juga hanya bercuti dalam negara. Janji cuti kan? 

Bagi anda yang belum ada idea nak kemana nanti, dan tinggal berdekatan dengan Selangor Darul Ehsan, anda boleh cuba percutian bertemakan air terjun bersama keluarga dan rakan rakan. Boleh juga buat aktiviti berkelah dan mandi manda. Pasti menarik! Tak tahu lokasi air terjun yang ingin dituju? Jom kita lihat list air terjun sekitar Selangor yang patut dikunjungi seisi keluarga.

1. SUNGAI TEKALA


Sungai Tekala terletak berdekatan Bukit Ampang hanya boleh dijejaki dalam 10 hingga 20 minit perjalanan jika anda dari Batu 14 Hulu Langat. Arus sungai yang tidak terlalu deras san`gat sesuai untuk mereka yang mempunyai anak anak kecil. Sungai Tekala menjadi pilihan sebagai destinasi percutian selain berkelah, anda juga boleh Jungle Trekking di kawasan ini. Kemudahan awam juga disediakan kepada pengunjung yang beriadah di sini.

2. AIR TERJUN KEMENSAH


Anda mungkin pernah mendengar air terjun Batu Asah, kerana ianya juga dikenali sebagai air terjun Kemensah. Lokasinya terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang Selangor. Sangat popular di kalangan keluarga kerana kewujudan 'camp site' dan tempat untuk 'barbeque'. Selain itu, terdapat juga Chalet untuk kemudahan pengunjung iaitu Jeram Teratak Angah sesuai untuk mereka yang ingin berlibur bersama keluarga. Selain itu, terdapat juga 'All - Terrain Vehicle' atau ATV rides bagi mereka yang ingin menjelajah keindahan alam semula jadi di dalam hutan.

3. SUNGAI GABAI
Sungai Gabai atau dikenali sebaga air terjun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lim di mana air sungainya mengalir dari Gunung Besar Hantu yang terletak di Negeri Sembilan. Kawasan air terjun Sungai Gabai sangat cantik kerana dikelilingi oleh kebun dan terkenal kerana mempunyai 12 tahap dan perlu naik sebanyak 336 anak tangga untuk naik ke tingkat air terjun paling atas. Sesuai untuk mereka yang gemarkan pengembaraan lasak!


4. AIR TERJUN KANCHING


Air Terjun Kaching terletak di antara Kuala Lumpur dan Rawang, Selangor. Keunikan air terjun Kaching ini adalah ianya mempunyai 7 tingkat dan setiap tingkat mempunyai kolam air terjunnya yang tersendiri. Pengembara yang menyelusuri sehinggan tingkat teratas berpeluang untuk melihat alam semula jadi yang hanya terdapat di Kaching, iaitu pokok Hopea Subalata yang hanya tumbuh di kawasan ini.

5. Air Terjun Sungai Chilling

Kawasan 'hot spot' ini terletak kira- kira 13 kilometer dari Kuala Kubu Bharu dan 70 Kilometer dari Kuala Lumpur. Sg Chilling ini di bawah pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia merupakan kawasan pilihan pelancong dalam dan luar negara. Pelancong dapat menyaksikan pemandangan menarik iaitu Empangan Sungai Selangor dan kawasan penempatan orang asli iaitu Kampung Pertak. Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan cabaran. Jejak kaki dahulu baru tahu!

6. AIR TERJUN SERENDAH
Kredit Foto: http://carpediem.my

Air terjun Serendah atau dikenali sebgai Templer Kai @ Pusat Rekreasi Serendah terletak kira - kira 3 kilometer daripada perkampungan orang asli Serendah. Sebelum menjejak kaki ke kawasan air terjun, anda akan dijamu mata dengan kawasan dan gaya hidup perkampungan orang asli yang unik. Terdapat juga perigi tujuh yang membawa kisah uniknya yang tersendiri sebelum anda tiba di air terjun ini. Sangat sesuai untuk aktiviti berkelah dan berenang.


7. HUTAN LIPUR SUNGAI SENDAT


Hutan Lipur Sungai Sendat terletak di Ulu Yam dan merupakan satu jalan ke Batang Kali. Jika anda dari Kuala Lumpur, anda perlu menempuh perjalanan kira 1 jam 20 minit untuk sampai ke sini. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin melepaskan tekanan dari kesibukan kerja harian dengan aktiviti lasak dan berenang. Hutan lipur Sungai Sendat merupakan kawasan pilihan yang popular di kalangan rakyat tempatan.


Jadi, anda sudah anda lokasi yang ingin dituju sempena cuti panjang yang bakal tiba nanti? Apa - apapun, utamakan keselamatan, pandu dengan selamat dan ingatlah orang tersayang.- CARI 

Kredit Artikel : GAYA TRAVEL MAGAZINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 4
Komen

Previous : Indahnya Inle Lake, Tasik Yang Menyajikan Pemandangan Senja Tak Mungkin Dilupakan!

Next       : Berenang Dalam Taman, Green Lake Di Austria Yang Begitu Unik Dan Menakjubkan

Komen Terbaru

Quote arnova 12-1-2019 11:46 AM
menarik...tapi btol kalau boleh elakkan pergi ke kawasan in waktu hujan.
untuk keselamatan

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 9-1-2019 12:52 PM
Hanya jangan pergi time musim hujan takut berlakunya kejadian kepala air
Quote twinbeeboo 9-1-2019 03:40 PM
Cantik betul.... Nanti nak try gi ujung minggu ni kalau tak hujan...
Quote madammind 10-1-2019 01:46 PM
info berguna
Quote arnova 12-1-2019 11:46 AM
menarik...tapi btol kalau boleh elakkan pergi ke kawasan in waktu hujan.
untuk keselamatan

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045941s Gzip On
To Top