Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bekas Calon AMK Keadilan Shah Alam Mati Ditetak Tiga Lelaki

Oleh: Myra Rozi|8-1-2019 11:29 AM Komen: 41
Seorang operator kilang menemui ajal selepas ditetak dengan parang di sebuah flat di Jalan Plumbum Shah Alam.

Thiyahu Marimuthoo, 30, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam.

mStar Online melaporkan, Thiyahu  merupakan bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam yang bertanding pada pemilihan parti itu tahun lepas.

Foto: mStar Online
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di muka, kepala, tangan dan kaki.

"Mangsa dikejarkan ke hospital oleh orang ramai. Mangsa dipercayai ditetak tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna perak. Motif pembunuhan sedang disiasat."

Polos kini sedang mengenal pasti suspek yang terlibat.

Sebelum ini satu rakaman video berdurasi 21 saat itu menjadi tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki sedang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai ditetak.

Foto: Utusan Online
Dalam video itu turut kelihatan empat lelaki dan seorang wanita yang cuba membantu mangsa.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Najwan Halimi turut mengucapkan takziah.

Dengan penuh dukacita saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang, M Thiyahu yang disahkan meninggal dunia petang tadi (Isnin). Semoga keluarga mendiang tabah dan kuat menghadapi saat-saat mencabar ini.

Saya mengenali mendiang Thiyahu secara peribadi dan beliau adalah seorang anak muda yang baik dan berbudi pekerti mulia serta suka membantu masyarakat di sekitar kawasan pangsapuri.

Beliau adalah anggota Keadilan dan juga salah seorang calon pimpinan Angkatan Muda Keadilan yang bertanding bersama-sama saya dalam pemilihan peringkat cabang Shah Alam, baru-baru ini." -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
13
Marah
9
Terkejut
8
Sedih
11
Lawak
11
Bosan
8
Komen: 41
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote am2020 9-1-2019 03:09 AM
Geng 46 la nie..india mali kalu parang2

Lain-lain Komen

Quote coughtlava 8-1-2019 01:20 AM
ada video


BEKAS calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam maut selepas ditetak dengan parang di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam, petang semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa, M Thiyahu, 30, cedera parah di beberapa bahagian badannya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS) ketika mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.16 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, menurut lelaki itu, mangsa ditetak dengan parang oleh tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Waja berwarna perak.

Sejurus menerima maklumat itu, kami bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan mengesan suspek.

Mangsa yang cedera parah di bahagian muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki dibawa oleh orang ramai ke HSAS untuk mendapat rawatan.

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang di zon merah wad kecemasan hospital itu ketika menerima rawatan, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan pada hari ini dan pihaknya sedang menyiasat motif kejadian serta mengenalpasti semua suspek terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan K Vignesh Kumar di talian 03-55202222.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat itu menjadi tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki sedang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai ditetak.

Dalam video itu turut kelihatan empat lelaki dan seorang wanita yang cuba membantu mangsa.

Quote coughtlava 8-1-2019 01:23 AM
ngeri jugak bila tinggal nyawa nyawa ikan



Quote besarkecik 8-1-2019 07:57 AM
Suspek tak kenal pasti lagi ke? Dendam kesumat betul belah sana
Quote tobby 8-1-2019 08:18 AM
Ingatkan parti Hindraf tadi
Quote zorrro_03 8-1-2019 08:21 AM
innalillah...  bertabah lah ahli keluarganya.  harap dapat tangkap dalang pembunuhan ini.  tak payah inkues2 lah. kasi 302 terus...  
Quote twinbeeboo 8-1-2019 09:30 AM
Ngeri tengok...... Condolences to the victims family....
Quote paz 8-1-2019 09:44 AM
Kasihanlah, semoga keluarga mendiang kuat.

Dan harap penjahat dapat ditangkap dengan segera.
Quote moonbug 8-1-2019 09:47 AM
Alaa kenapa tak nampak video
Quote moonbug 8-1-2019 09:49 AM
Apa motif agaknya main tetak-tetak, jangan tersalah orang sudahlah
Quote tricomonas 8-1-2019 10:17 AM
arwah dulu baik orangnya...
Quote sqlite3 8-1-2019 10:25 AM
di malaysia ni orang awam akan menjadi lauk bila diserang penjahat. Undang2 tidak membenarkan orang awam membawa senjata untuk mempertahankan diri. Hatta bawak pisau pun silap2 kena tangkap. tak seperti di negara spt US yang 'concealed weapon' untuk mempertahankan diri dibenarkan.

Jenayah bunuh dan berleluasa sekarang. Orang awam kena ada cara untuk mempertahankan diri bila di serang penjahat bersenjata. tak kan nak tadah diri untuk ditetak cam gitu je.
Quote chicozinn 8-1-2019 10:44 AM
dibunuh gara2 xpuas hati dlm pucuk pimpinan parti kah??slalu aku tengok dlm movie tamil yg dorang sggup cipta rusuhan n pembunuhan demi nk dpatkan kerusi dlm parti..seram yachhh
Quote coughtlava 8-1-2019 11:24 AM
kena buat inkues ni

Quote coughtlava 8-1-2019 11:27 AM
biasanya sebelum tetak2 orang ni, si penetak kena ganja sebalut dua tuk dapat keyakinan diri

Quote Remyda 8-1-2019 02:06 PM
4 ditahan bantu kes bunuh bekas calon AMK

Oleh Siraj Mohd Zaini
siraj@nstp.com.my
Share

Tweet

Share
SHAH ALAM: Empat termasuk seorang wanita ditahan polis berhubung kes bunuh calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, M Thiyahu, 30, di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata tiga lelaki berusia 23, 24, serta 25 tahun, manakala wanita berusia 20 tahun ditahan sekitar Shah Alam dan Klang malam tadi dan kini direman selama tujuh hari mulai hari ini.

ADVERTISING

Menurutnya, polis juga sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai M D Ozziram, 25, bagi siasatan lanjut kes berkenaan.


Lelaki itu digelar Ozzi dan alamat terakhirnya di Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan K Vignesh Kumar di talian 03-55202222, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, mangsa maut akibat ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.16 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, menurut lelaki itu mangsa ditetak dengan parang oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak.
Quote Remyda 8-1-2019 02:07 PM
Kesan darah yang terdapat di lokasi kejadian kes bunuh calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, M Thiyahu, 30, di sebuah pangsapuri di Seksyen 7. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
Quote pengecatbintang 8-1-2019 02:23 PM
sqlite3 replied at 8-1-2019 10:25 AM
di malaysia ni orang awam akan menjadi lauk bila diserang penjahat. Undang2 tidak membenarkan orang  ...

keburukannya, peragut termasuk mat rempit ada peluang pagang senjata api..

lagi plak.. kita akan biasa dengor penagih dadah kat Ganu bunoh mak pak guna pestol..

kat U.S.A budaya simpan senjata dah beratus tahun...

so.. depa x sewenang wenangnya salah guna senjata api tu...

depa guna senjata api utk memburu binatang, meneroka kawasan pertanian atau penempatan varu.. n mempertahankan diri mgkn dari Red Indian
Quote coughtlava 8-1-2019 02:35 PM
pengecatbintang replied at 8-1-2019 02:23 PM
keburukannya, peragut termasuk mat rempit ada peluang pagang senjata api..

lagi plak.. kita aka ...

peragut biasanya khayal ganja sebelum meragut tuk beranikan diri, malam plak dorang lepak klub malam khayal ganja hasil meragut tadi petang


Quote CharlesDera 8-1-2019 02:42 PM
saya percaya politik gansterisme berpusatkan kuil akan bersarang dalam PeeKR sebab PeeKR ada ramai ahli rentung lebih daripada kampung asai depa...mic...wakakakakakakkaka

Lihat semua komen(41)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.322973s Gzip On
To Top