Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Dah Cuba Durian Bakar? Rasanya Lemak Manis Berkrim...

9-1-2019 10:24 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 25

Keenakan rasa buah durian memang tidak dapat dinafikan. Tetapi, pernahkah anda mencuba durian bakar? Menu ini semakin popular di kalangan masyarakat tempatan dan juga pelancong asing kerana rasanya yang dikatakan unik.


Kredit foto: Facebook

Jika anda berkunjung ke Pasar Malam, Jalan Gaya Kota Kinabalu, jangan lupa berkunjung ke gerai milik Dennis Chan yang menyajikan menu baru istimewa ini. 


Kredit foto: Facebook

Proses membakarnya agak lama. Buah durian akan dibakar sebiji secara terus atau isinya dibungkus dengan kertas aluminium terlebih dahulu dan kemudian disalai di atas arang selama hampir 45 minit. 

Bagaimanapun, bukan semua durian boleh dibakar, sebaliknya hanya buah durian baka kampung yang dipilih memandangkan saiznya agak kecil dan mudah dibakar.
 
Memandangkan prosesnya yang agak rumit, durian bakar dijual dengan harga RM60 sebiji. Ianya tidak boleh dimakan panas, sebaliknya akan disejukkan terlebih dahulu dan baunya akan naik semerbak harum.


Kredit foto: Facebook

Sepanjang gerai tersebut boleh dilihat permintaan peminat yang sangat memberangsangkan. Bukan sahaja pembeli warga tempatan, malah terdapat juga pelancong asing dari Korea Selatan dan China yang menunggu giliran mereka.


Kredit foto: Utusan

Bagi yang sudah mencuba, pasti dapat merasakan keenakan buah rambutan bakar yang lemak manis dengan keharumannya yang lebih semerbak berbanding buah tidak dibakar. Sudah pasti ini satu lagi inisiatif penjual untuk mempelbagaikan produk jualan mereka.

Jadi, apa kata anda mencuba menu baru ini, pasti rasa kelainannya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
4
Terkejut
3
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
5
Komen: 25
Komen

Previous : Siapa Kata Kuala Kangsar Tak Ada Tempat Makan Best? Salah Besar, Ini Antara Yang Terbaik

Next       : Emas Jadi Makanan Golongan Kaya Di Dubai! Ada Yang Mampu?

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 22-3-2019 08:05 AM
leogirl8902 replied at 18-2-2019 03:28 PM
sedap ka? kt mana nak cari ni?

Di KK dekat Jln Gaya ada jual

Lain-lain Komen

Quote moonbug 9-1-2019 11:24 AM
Ok ni memang rare
Quote Sang_Pencinta 9-1-2019 12:41 PM
Sy dah try. Ok lah. Wangi

Better dari kelapa bakar yg bau hapak tu
Quote Foxey 9-1-2019 02:04 PM
whoaaaa... ini memang sesuatu yang baru. boleh tahan harganya tapi tingin juga nak mencuba

@matkpop jommmmm
Quote twinbeeboo 9-1-2019 03:33 PM
Hmmm....boleh try ni. Dengan aluminium foil kita bako musang king 2 ulas tengok camne rasa eh!
Quote liya366 9-1-2019 05:21 PM
gambo isi doyan dah siap bako tu mengancam btol laaahai
Quote matkpop 9-1-2019 10:06 PM
Foxey replied at 9-1-2019 02:04 PM
whoaaaa... ini memang sesuatu yang baru. boleh tahan harganya tapi tingin juga nak mencuba

@matkp ...

macam sodap je kan
Quote Sakurahana 9-1-2019 10:23 PM
Dah mcm creme brule dah. Mesti sdp lemak berkrim.
Quote mjla 10-1-2019 01:11 AM
Tah ape-apa
Quote mygreentea 10-1-2019 09:16 AM
sedapnyaaaa.a......... yumyummmm
Quote onexox97 10-1-2019 11:34 AM
Durian saja dh sedak
Quote madammind 10-1-2019 01:47 PM
menarik and kena cuba!
Quote abangadek 10-1-2019 03:44 PM
omaiiii sedapnya
Quote farlis 12-1-2019 02:36 PM
wahhh..wajib cuba nih..
Quote LolaRosa 12-1-2019 07:29 PM
Nampak cam sedap
Quote cikbunga. 14-1-2019 12:18 AM
Gambar durian after dah bakar macam cheese terbakar. Looks so yummy!...
Quote GoBear 17-1-2019 02:02 PM
Dekat kawasan semenanjung ada tak?
Quote Amalinarazi 19-1-2019 12:39 PM
Macam sedap jee . Okay ke ?
Quote puanbintang 24-1-2019 03:12 PM
nampak best, mesti harum semerbak bau durian bakar ni
Quote wallame 30-1-2019 08:16 PM
Sedap ke uolsssss{:good{:laugh{:hypnotize{:give

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044263s Gzip On
To Top