Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Indahnya Inle Lake, Tasik Yang Menyajikan Pemandangan Senja Tak Mungkin Dilupakan!

10-1-2019 10:41 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 12

Selepas semalaman perjalanan dari kota Bagan, akhirnya bas JJ Express yang membawa penulis tiba di daerah Taunggyi, Negeri Shan, Myanmar. 

Turun seawal jam 4 pagi dengan cuaca dingin 17 darjah Celsius, penulis melihat pekan masih gelap dan kosong dan hanya bunyi salakan anjing bersahut-sahutan. 

Nasib baik penulis sudah menempah penginapan lebih awal di Gypsy Inn, sebuah hostel yang terletak di tebing tasik Inle Lake.


Kredit foto: Sean Hsu

Apa sebenarnya yang ada di pekan sejuk ini? Inle Lake adalah sebuah tasik air tawar dengan keluasan sekitar 116 kilometer (km) persegi dan terletak di kawasan tanah tinggi. 

Dunia dan kehidupan penduduknya banyak bergantung kepada tasik gergasi ini. Tidak hairanlah, kebanyakan aktiviti pelancongan juga berkisar sekitar tasik sahaja.


Kredit foto: Wikipedia

Jika anda hanya ada dua hari untuk menjelajah Inle Lake, ini yang wajib anda lakukan;


1. Melihat Pemandangan Tasik Di Kala Matahari Terbenam


Kredit foto: Mridula Dwivedi

Kebanyakan pelancong mengunjungi Inle Lake kerana pemandangan matahari terbenamnya yang dikatakan antara tercantik di dunia (termasuk penulis). 

Sewa bot mudah didapati di jeti sekitar tebing tasik. Boleh berkongsi sehingga empat orang dan anda akan dibawa ke tengah tasik menunggu matahari terbenam. Jika cuaca mengizinkan, perjalanan anda pasti berbaloi dengan gambar-gambar yang menarik.


2. Sewa Bot Mengelilingi Tasik


Kredit foto: thewholeworldisaplayground

Penulis sendiri memilih untuk berkongsi menyewa bot dengan beberapa backpackers lain untuk seharian penuh. Jadi, bot sewa boleh diarahkan ke mana sahaja anda ingin pergi termasuklah perkampungan, kawasan menangkap ikan dan juga kedai-kedai kraf tangan tradisi.


3. Melihat Nelayan Menangkap Ikan Cara Tradisi


Kredit foto: Shutterstock

Walaupun kaedah menangkap ikan secara moden semakin meluas, majoriti nelayan di tasik ini masih mengamalkan kaedah lama. Dengan menggunakan teknik seakan akrobatik, nelayan akan mengayuh perahu dengan sebelah kaki, manakala kaki yang satu lagi akan digunakan untuk memegang bubu tradisi. 

Bayangkan melihat secara langsung pemandangan unik ini dengan latar belakang lembayung senja!


4. Melihat Stupa dan Monumen Lama


Kredit foto: thewholeworldisaplayground

Terdapat ratusan stupa, kuil dan monumen terletak di seberang tasik. Dicat dengan warna merah, putih dan biru, pemandangan unik ini pasti tidak akan anda temukan di mana-mana. 

Ramai backpackers melepaskan peluang ke lokasi ini memandangkan jaraknya yang agak jauh, tetapi pendapat peribadi penulis mengatakan tempat ini wajib dikunjungi.


5. Melihat Perkampungan Terapung


Kredit foto: albinger.me

Sesuai dengan gaya hidup tepi tasik, kebanyakan rumah-rumah di sini dibina di atas air dan kelihatan kukuh. Ambil peluang untuk naik ke kedai-kedai terapung (sebenarnya terpacak) seperti kedai cerut, barangan perak dan kain tenunan untuk mencuba sendiri kekukuhan binaan mereka. 

Uniknya, mereka juga mempunyai kebun terapung di mana sayur-sayuran dan bunga-bungaan ditanam di tengah tasik.


6. Membeli Kraftangan Tradisi Wanita Kayan


Kredit foto: Carian Google

Terkenal dengan rantai gegelung yang menyebabkan leher mereka memanjang, orang Kayan sebenarnya bukanlah penduduk asli Inle Lake. Mereka berasal dari kawasan pergunungan di utara negara Myanmar, tetapi datang ke tasik ini untuk menjual tenunan tradisi mereka yang amat halus dan bermutu tinggi.


7. Berkeliling Pekan dengan Basikal


Kredit foto: Carian Google

Jika anda ada masa lebih, ambil peluang untuk menyewa basikal dan berkeliling di sekitar pekan ini. Masih banyak perkampungan, pasar tradisi, kebun dan pemandangan cantik yang anda boleh nikmati.


Kredit foto: pictureboss.com

BONUS: Kebetulan ketika tour bot, hujan turun dengan lebatnya jadi pengemudi bot membawa kami berlindung sementara di sebuah monesteri atau sekolah sami Buddha yang besar terletak di tengah tasik dipanggil Nga Phe Kyaung. Dahulunya tempat ini terkenal dengan aksi kucing melompat (The Jumping Cat) tetapi kini semua kucing di sini tidak lagi dilatih. Boleh lihat video The Jumping Cat di YouTube.


Kesimpulannya, untuk anda yang berminat melihat pemandangan tasik indah dan kehidupan masyarakat di perkampungan terapung, pastikan pekan dingin Inle Lake ini ada dalam itinerarimu di Myanmar! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 12
Komen

Previous : Pencinta Alam: 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 1)

Next       : Percutian Air Terjun Sekitar Selangor Yang Mesti Anda Cuba!

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 9-2-2019 10:11 PM
Lupa nak bagitahu, nak cari makanan halal dekat sini memang payah banding Yangon yg banyak Muslim

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 10-1-2019 12:24 PM
Sesuai untuk yang minat advanture dan pemandangan cantik tak sesuai untuk kaki soping
Quote Sang_Pencinta 10-1-2019 12:32 PM
Myanmar bukan tempat shopping murah seperti Vietnam

Paling best pun dekat Yangon baru ada tempat shopping kain dan barang kemas murah
Quote madammind 10-1-2019 01:46 PM
Nice place
Quote bedahmenjuyah 10-1-2019 02:24 PM
mmg sesuai utk pencinta alam
Quote Sang_Pencinta 10-1-2019 03:21 PM


Macam ni diorang punya kebun sayur
Quote airisa 10-1-2019 03:36 PM
Sang_Pencinta replied at 10-1-2019 12:32 PM
Myanmar bukan tempat shopping murah seperti Vietnam

Paling best pun dekat Yangon baru ada tempat  ...

Batu delima di yangon pun mahal teramat sgt .. kain longyi (mcm kain pelikat ) yg quality elok pun mencecah 4-5 ratus jugak
Quote Sang_Pencinta 10-1-2019 04:51 PM
airisa replied at 10-1-2019 03:36 PM
Batu delima di yangon pun mahal teramat sgt .. kain longyi (mcm kain pelikat ) yg quality elok pun ...

Shopping mall punya longyi memang mahal sis

Tapi haritu ada kawan orang Myanmar bawa ke pasar khas (bukan Bogyoke tu ya),  kain jauh lebih murah

Pasar tu jauh terpesok celah2 kampung, lupa tanya nama (area jual bundle)


Cuma kena pandai bahasa dia lah
Quote moonbug 10-1-2019 09:54 PM
Tenang je tengok
Quote suesz 10-1-2019 11:11 PM
Kat sini lebih nyaman, sejuk banding dengan Bagan Dan yangoon.
Tapi bingit dengan bunyi motoboat hehe Kalau nak aman2 baik amik hostel yang ke belakang sikit dari tasik ni.

Masa datang sini, masa tu electric supply tak berapa nak on so malam pun bingit jugala dengan bunyi generator. Tapi cantikklah malam2 mostly restaurant bercandle . 1 thing pasal Myanmar ni, sampai skrang I masih kagum sebab tempat dorang ni bersih, . Toilet dekat kampung2 pun bersih.
Quote Sang_Pencinta 11-1-2019 06:05 AM
suesz replied at 10-1-2019 11:11 PM
Kat sini lebih nyaman, sejuk banding dengan Bagan Dan yangoon.
Tapi bingit dengan bunyi motoboat he ...

Ya, toilet bersih

Singgah R&R tak sangka toilet dia super clean mcm Jepun

Ingatkan jijik mcm Vietnam Laos semua
Quote arnova 12-1-2019 11:42 AM
tenang dan mendamaikan
Quote Sang_Pencinta 9-2-2019 10:11 PM
Lupa nak bagitahu, nak cari makanan halal dekat sini memang payah banding Yangon yg banyak Muslim

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050840s Gzip On
To Top