Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Apa Nak Buat Sementara Tunggu Keputusan SPM? Ini 5 Aktiviti Yang Boleh Anda Buat!

7-1-2019 11:52 AM|Oleh: Hafiz Ahmad| Komen: 4

Bulan Januari ini dianggap waktu honeymoon bagi pelajar lepasan SPM. Mana tidaknya, hampir setengah tahun bercuti sementara menunggu untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Tapi, takkan nak duduk di rumah saja, kan? 

Apa kata anda lakukan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri. Berikut adalah perkara yang anda boleh buat semasa cuti panjang ini.


1. Kerja sambilan

Ini perkara paling biasa dilakukan pelajar lepasan SPM. Di samping dapat duit, anda juga boleh mengumpul pengalaman bekerja yang amat berguna untuk masa hadapan apabila ditanya pihak majikan. 


Gambar: McDonald Malaysia

Anda boleh mencari kerja sama ada di kedai retail atau di kedai makan. Purata harga bayaran kedai retail seperti Hush Puppies untuk pekerja sambilan adalah RM6/sejam. Manakala, purata harga bayaran untuk kedai makan seperi KFC pula adalah dalam RM5/hour. 

Tapi, jika anda terjumpa kerja yang menawarkan bayaran gaji lebih mahal, itu rezeki dan jangan pula ditolak. Untuk mencari peluang pekerjaan, boleh guna laman web MauKerja dan set ke Part Time untuk hasil carian. 


2. Join program/seminar

Ini perkara paling jarang dibuat pelajar lepasan SPM. Banyak sebenarnya seminar atau program yang dianjurkan kerajaan ataupun pihak universiti. GIATMARA ada menawarkan kursus pendek kepada sesiapa yang berminat untuk menimba ilmu dan mengasah kemahiran. 

Sebagai contoh, kursus Seni Sulaman Mesin dan Pembuatan Animasi 3D hanya mengambil tiga bulan tempoh latihan, dan banyak lagi kursus yang ditawarkan di situ. Syarat kelayakan pula hanya perlu ada 3M iaitu membaca, menulis dan minat. 

Untuk maklumat lebih lanjut boleh ke laman web GIATMARA, http://giatmara.edu.my/language/ms/senarai-kursus/?lang=ms.


 
Gambar: MalaysiaAktif

Untuk program dari universiti pula, banyak program yang dianjurkan seperti kelas asas Photoshop dan Programming. Masa inilah anda boleh teroka dan mencuba perkara baru. Rajin-rajinlah mencari info untuk program universiti di laman web atau media sosial mereka. 

Kemahiran dari program atau seminar itu pula anda boleh praktikkan dan menjana duit sampingan. Sebagai contoh, ilmu format dan servis laptop. Semua laptop perlu diformat dan diservis setiap tahun, jadi cuba bayangkan di universiti nanti, berapa banyak duit sampingan yang anda boleh jana dari satu kemahiran sahaja. 


3. Buat lesen memandu

Sebenarnya, waktu yang paling sesuai untuk membuat lesen memandu adalah selepas SPM kerana cutinya yang panjang. Percaya atau tidak, sebenarnya kalau anda menangguh untuk membuat lesen dan memilih untuk mengambilnya ketika sedang menyambung pengajian atau sudah kerja nanti, banyak benda yang akan terganggu seperti terpaksa mengambil cuti atau ponteng kelas. 



Anda boleh kerja sementara dulu untuk mengumpul duit sebelum mengambil lesen memandu. Hati-hati, jangan gagal di bukit pula!


4. Jadi sukarelawan 

Jika bosan dan mahu buat kawan baru, anda boleh cuba menjadi sukarelawan bagi mana-mana aktiviti. Apa yang bagusnya menyertai program sebegini? Anda boleh besarkan rangkaian kenalan dan mencari pengalaman. 

Benda ini amat berguna untuk masa hadapan di samping memberi kepuasan kepada diri sendiri. Untuk aktiviti sukarelawan ini, anda  boleh follow laman media NGO atau badan-badan yang menganjurkan aktiviti sebegini.


Sumber: Dapur Jalanan

Sebagai contoh, Dapur Jalanan. Dapur Jalanan adalah sekumpulan sukarelawan yang memasak dan memberi makan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Untuk menyertai mereka atau maklumat lebih lanjut, boleh follow Twitter @DapurJalanan atau email mereka di dapurjalanan@gmail.com.
 

5. Luang masa bersama rakan

Kenapa luang masa bersama rakan termasuk dalam senarai aktiviti wajib selepas SPM? Sebab lepas SPM semuanya takkan sama dan nak berkumpul ramai-ramai pun agak mustahil untuk terjadi.
 


Jadi, cuti selepas SPM lah yang paling sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan. Apa yang anda boleh buat selain melepak dan berjalan dalam pusat beli-belah? Bercuti jawapannya! Bercuti di tempat yang dekat pun okey, asalkan dapat luang masa bersama.

Percayalah, memori bercuti dengan rakan akan anda ingat sampai tua. Silap-silap, mengalir air mata bila tengok gambar zaman sekolah. 

Gunakan cuti panjang ini sebaiknya untuk menguatkan resume bagi kegunaan masa hadapan kelak. Carilah pengalaman dan besarkan rangkaian untuk menambah kenalan. Selamat menempuh alam dewasa! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
15
Marah
13
Terkejut
6
Sedih
10
Lawak
11
Bosan
7
Komen: 4
Komen

Previous : Burung Merpati Dengan Vest Berhias Dipertemukan Dengan Tuannya Selepas Hilang Seminggu

Next       : Katerer Buat Hal, Pengantin Makan Kek Polisterin Di Majlis Kahwin

Komen Terbaru

Quote azhartahir 8-2-2019 11:49 AM
haha
pejam celik pejam celik dah nak dekat keputusan spm di sini

Lain-lain Komen

Quote mamasaffiya 7-1-2019 12:56 PM
Zaman saya 97 dulu mmg terus keje part time sebab family susah.
Tapi sebelum tu sempat ambik kursus komputer MS Office dan berguna juga sebab digunakan masa isi borang kerja.

Anak saya nanti nak suruh dia ambik lesen memandu dulu. Tahun ni dia dah form 3
Quote Artemesiaa 7-1-2019 01:12 PM
Elok cuba kerja sebab pengelaman berkomunikasi dengan rakan sekerja atau customer boleh bina self confidence
Quote RatuDunia94 7-1-2019 01:23 PM
Iols dulu kerja kilang buat telefon rumah..
seronok gak.. dpt kawan dgn akak2 kilang. Pastu ada sorang akak ni baik gila. Selalu belanja iols makan time rehat..
Tp dpt kerja 3 bulan je.. sbb lps tu kena PLKN.
Quote azhartahir 8-2-2019 11:49 AM
haha
pejam celik pejam celik dah nak dekat keputusan spm di sini

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.079996s Gzip On
To Top