Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Lembu Gergasi Setinggi Michael Jordan, Susah Betul Nak Disembelih

10-1-2019 12:17 PM|Oleh: The Queen| Komen: 1

Seekor lembu jantan bernama Knickers telah menjadi berita sensasi disebabkan oleh saiznya yang sangat besar melebihi saiz lembu biasa. 

Lembu yang berasal dari Australia ini mempunyai ketinggian sehingga 7 kaki, bersamaan ketinggian Michael Jordan, bintang NBA terkenal dunia dan berat Knickers pula bersamaan berat sebuah kereta muatan keluarga. Sangat besar kan?

Kredit foto : allthatsinteresting.com
Knickers tinggal di sebuah ladang di bandar Myalup, bahagian Barat Australia dan dikatakan merupakan lembu terbesar di Australia.

Ia berusia 7 tahun dan merupakan sejenis lembu dari baka Holstein-Friesian, sejenis lembu dengan warna hitam putih. 

Berat kebiasaan bagi baka ini adalah 1500 paun. Tapi Knickers mempunyai berat dua kali ganda berbanding berat biasa baka itu. Beratnya mencecah 3000 paun atau bersamaan 1400 kilogram. Wow!


Kredit foto : allthatsinteresting.com
Para penyembelih daging menganggarkan daging Knickers boleh menghasilkan 450 potong daging stik dan 815 paun daging hamburger.

Tapi oleh kerana saiznya yang terlalu besar dan sangat susah untuk menguruskan proses penyembelihan, mereka memutuskan untuk tidak menyembelih Knickers dan membiarkan ia hidup bebas. Saiz telah menyelamatkan nyawanya! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
10
Marah
8
Terkejut
8
Sedih
8
Lawak
11
Bosan
9
Komen: 1
Komen

Previous : SpaceX Milik Elon Musk Bakal Tunai Impian Billionaire Jepun Jadi Pelancong Pertama Ke Bulan

Next       : Berhati-hati, Mesej Palsu Whatsapp Gold Tular Lagi!

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 10-1-2019 01:02 PM
Dah ada keluar artikel ni dulu, admin lupa kot

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1136463&extra=

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 10-1-2019 01:02 PM
Dah ada keluar artikel ni dulu, admin lupa kot

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1136463&extra=

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.070713s Gzip On
To Top