Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Salah Pilih Mangsa, Penyamun Patah Tulang Rusuk Dibelasah Bekas Juara Dunia Dalam Sukan Kickboxing

Oleh: Tukang Tulis|8-1-2019 12:28 PM Komen: 8
Shepherd menunjukkan bagaimana dia membelasah lelaki yang cuba menyamunnya. Kredit foto: Associated Press

Seorang penyamun di West Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat tidak menyangka lelaki tua yang disasarkannya sebagai mangsa pernah menyandang gelaran juara dunia dalam sukan kickboxing sebanyak lima kali.

 

Dia mungkin pada mulanya menganggap Steve Shepherd, 68, sebagai sasaran yang mudah setelah melihat jaguh kickboxing yang mengalami kekejangan otot pada kakinya itu berjalan dalam keadaan tempang dari sebuah restoran ke keretanya.

 

Memetik laporan The Palm Beach Post pada 3 Januari, rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan lelaki berambut panjang yang berusia sekitar awal 20-an berjalan mundar-mandir di lorong kecil berdekatan selama beberapa jam,mungkin sedang mencari mangsa untuk disamun.

 

"Dia telah memilih orang yang salah," kata Shepherd.


Shepherd pada zaman kegemilangannya sebagai juara kickboxing. Kredit foto: Carian Google

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Shepherd berkata, kepalanya dipukul dengan botol oleh seseorang semasa dia berjalan menuju ke keretanya.


Menurut beliau, penglihatannya menjadi gelap selama beberapa saat sebelum suspek menumbuknya pada bahagian muka, berhampiran mata kiri.


Shepherd kemudian mendengar lelaki tersebut menjerit dalam keadaan marah, "Berikan aku telefon kau!".

 

Dalam keadaan bingung selepas ditumbuk, bekas juara kickboxing itu menyangka beliau secara tidak sengaja mengambil telefon penyamun tersebut semasa di dalam restoran.

 

Shepherd kemudian mengumpul semula kekuatannya dan menumbuk rusuk kanan suspek sehingga menyebabkan beberapa tulang pada bahagian itu dipercayai patah.

 

"Dia jatuh terduduk di situ dan saya terdengar bunyi tulang rusuknya patah," jelasnya.

 


Beberapa orang yang berada di tempat kejadian menyangka Shepherd dan penyerangnya terlibat dalam pergaduhan dan cuba meleraikan mereka, sekali gus memberi ruang kepada suspek untuk melarikan diri.

 

Pejabat Sheriff Mukim Palm Beach sedang memburu suspek manakala Shepherd yang cedera pada gegendang telinga dan muka berharap beliau cergas sepenuhnya untuk bertanding sebagai lelaki paling tua menyertai pertembungan kickboxing profesional pada Mac depan.

 

Bagaimana agaknya nasib penyamun itu? Mungkin dia dalam kesakitan yang amat sangat selepas dibelasah oleh Shepherd. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
14
Marah
12
Terkejut
13
Sedih
12
Lawak
13
Bosan
16
Komen: 8
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mygreentea 10-1-2019 09:52 AM
padan muke....

Lain-lain Komen

Quote littleblossom 8-1-2019 01:30 PM
Xpasal pasal
Quote jpbstarlife 8-1-2019 01:42 PM
mendapat la perampok itewww... good job atok...
Quote minguk 8-1-2019 01:54 PM
hahahahah sedap tak tu?
Quote mieymiey 8-1-2019 02:03 PM
Demi sebuah telefon, sia-sia patah tulang rusuk.
Quote Foxey 8-1-2019 03:19 PM
padan muka. jangan ingat tua, senang dijadikan mangsa
Quote Rumpshaker 8-1-2019 04:14 PM
Padan muka. Nak hidup senang je. Mendapatlah sepenumbuk dua.
Quote VioletsAre_Blue 8-1-2019 04:23 PM
Dua cerita berbeza, sebelum ni peninju mma wanita  tewaskan peragut nak curi telefon dia jugak, baru baca semalam
Quote mygreentea 10-1-2019 09:52 AM
padan muke....

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.328536s Gzip On
To Top