Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Tahun 2019 Dah Mula. Apa Yang Korang Kena Buat Untuk Mulakan Tahun Baru?

4-1-2019 02:55 PM|Oleh: Hafiz Ahmad| Komen: 14


Sudah beberapa hari bermulanya Tahun Baru 2019. Kejap betul masa berjalan, rasanya baru semalam kita semua sambut raya ye tak. Agak-agak 2018 tahun yang berjaya atau tidak bagi korang? Azam yang korang tulis masa awal tahun dulu semua dah capai belum? Apa pengajaran yang korang dapat dari tahun 2018 ni? 


Kalau sama je macam tahun-tahun sebelum ni, itu tandanya korang gagal merancang dan tiada plan yang bagus untuk capai sesuatu. Jadi untuk mulakan tahun baru, pastikan korang buat semua perkara dekat bawah ini!


  •  Self-reflection.

Benda pertama yang perlu dibuat adalah review dan reflect apa yang korang buat sepanjang 12 bulan lepas. Berapa banyak goals yang dah dicapai dan berapa banyak yang belum dicapai. Jika azam korang dulu adalah bercuti di hujung tahun, berjaya atau tidak plan itu? Jika lebih dari separuh azam korang tercapai, itu tanda korang did well dan ada progress untuk tahun 2018. Tahniah!



 

Akan tetapi jangan pula pandang yang indah sahaja, reflect juga perkara buruk terjadi. Dengan ini, barulah korang boleh muhasabah diri.


 

  • Set goals tahun baru.

Ini benda paling common yang orang selalu buat dan korang wajib buat! Fungsi azam tahun baru adalah sebagai guidance dan motivasi supaya korang lebih bermotivasi untuk capai sesuatu. Walaupun dah masuk beberapa hari dalam bulan Januari, masih belum terlambat untuk korang set azam baru okay!

 


 

Azam tahun baru terbahagi kepada dua iaitu short term goals dan long term goals. Contoh long term goals adalah misi untuk kurus, manakala contoh short term goals adalah untuk membaca 1 buku dalam 1 bulan. Bahagikan goals korang supaya lebih jelas dan nampak prosesnya. Selamat berfikir!

 



  • Sentiasa ingat bahawa proses itu lebih penting dari hasil.  

Semua orang nak berjaya dengan cepat tapi tiada siapa yang mahu lalui prosesnya yang sukar. Jangan fikir bahawa korang dah gagal kalau prosesnya mengambil masa yang lama.

 


 

Sebagai contoh, azam korang tahun 2018 adalah untuk turunkan berat badan. Tapi walaupun korang dah bersenam setiap minggu dan jaga pemakanan, berat korang masih sama malah makin naik lagi. Jangan pula berhenti dan putus asa. Itu adalah satu proses dan dari perspektif baiknya, korang dah terbiasa dengan gaya hidup yang sihat. Untuk improve, korang boleh usaha keras lagi untuk capai goals itu. Jangan putus asa!

 

 

 

  • Kemas almari baju.

Kenapa kemas almari baju termasuk dalam perkara yang perlu dibuat sebelum masuk tahun baru? Setiap tahun, kita pasti akan beli pakaian baru dan sudah tentu ada baju atau seluar yang kita sudah tidak suka atau tidak selesa.

 


 

Daripada semua pakaian tu bertimbun dan jadi kain buruk, apa kata korang hantar ke pusat kitar semula atau derma kepada orang lain. Lagi bagus, korang boleh jual semula jika kualitinya masih elok dan cantik. Bila almari dah kemas dan tersusun, baru boleh hadap tahun baru dengan cemerlang!

 

Untuk 2019 ini, moga kita semua menjadi orang yang lebih baik dari tahun sebelumnya dan sentiasa bermotivasi untuk capai impian masing-masing. Selamat maju jaya!

 


  •  Celebrate!

Maksud celebrate di sini bukanlah korang pergi party atau melepak sampai pagi untuk berseronok. Maksud celebrate di sini adalah self-reward. Apa salahnya korang spend duit sikit untuk diri sendiri. Kalau selama ni korang berjimat je untuk makan, kalini korang boleh cuba makan steamboat terus!

 


 

Untuk lebih manis lagi, korang boleh belanja family sendiri makan atau shopping. Barulah tahun baru lebih berkat. Gitu! - CARI 

 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 14
Komen

Previous : Stres Monyet Asyik Datang Rumah! Nah Tips Untuk Halaunya Jauh-Jauh

Next       : Najis Penguin Ini Terlalu PINK Sehingga Boleh Dilihat Dari Angkasa!

Komen Terbaru

Quote ninjago 7-1-2019 11:33 AM
thn nie takde tulis pape azam pun unlike past years. rasa nak kurang2kan duniawi lebih2kan akhirat pulak rasa this year. nk consistent tu yg susah sgt. semoga dimudahkan.

Lain-lain Komen

Quote PristineOne 4-1-2019 03:09 PM
Apa mula kena buat tahun baru ni TT tanya????

Kena jalan 3 meter pekena rokok.. lepas pekena roti canai ngan neskopi.....
Quote Artemesiaa 4-1-2019 03:16 PM
Tak perlu nak berazam sangat sebab jarang yang dapat ditunaikan.  Lebih baik bertekad untuk buat lebih baik setiap hari sebab lagi mudah nak mencapainya.
Quote Meiizu 4-1-2019 03:52 PM
aku tak berazam sgt..
tapi nak cerita aku start thn baru dgn set pinggan mangkuk yg baru.
hat lama dah bungkus dgn newpaper lama buh dlm plastik.
nnti weekend letak tempat recylcle.
teepuuuware weekend nak clearkan.
aku rasa ceria sesangat mulakan thn baru dgn item baru
Quote honeyvanilla 4-1-2019 03:55 PM
nak buat azam baru tu memang senang tapi nak konsisten tu payah {:spot
Quote hafiz.ahmad 4-1-2019 04:05 PM
Meiizu replied at 4-1-2019 03:52 PM
aku tak berazam sgt..
tapi nak cerita aku start thn baru dgn set pinggan mangkuk yg baru.
hat lam ...

Betul, barang baru boleh bagi nafas baru. Selamat tahun baru!
Quote hafiz.ahmad 4-1-2019 04:06 PM
PristineOne replied at 4-1-2019 03:09 PM
Apa mula kena buat tahun baru ni TT tanya????

Kena jalan 3 meter pekena rokok.. lepas pekena roti ...

Demi kesihatan orang lain
Quote manjalara_01 4-1-2019 04:59 PM
Meiizu replied at 4-1-2019 03:52 PM
aku tak berazam sgt..
tapi nak cerita aku start thn baru dgn set pinggan mangkuk yg baru.
hat lam ...

stuju..

i pun baru beli beg diskaun 70% first time kat lazada...puas hati..
pembelian online ni kira pencapaian kecik jgk la utk tahun 2019
Quote faraway1 4-1-2019 10:19 PM
put money in my daughter education fund...
bapak dah lama buat, so turn mak pula sebab mak dah kembali
bekerja...

diet oh coz... alhamdulilah so far so good...

hargai my husband lebih kot, sejak ada anak,
asyik fokus kat anak aje...

Quote SleepingChica 6-1-2019 08:59 PM
Artemesiaa: Tak perlu nak berazam sangat sebab jarang yang dapat ditunaikan.  Lebih baik bertekad untuk buat lebih baik setiap hari sebab lagi mudah nak mencapain ...

Samalah {:yameteh
Quote nishikido 6-1-2019 10:55 PM
New year new me,in good way lah.. hopefully.
Quote chicozinn 7-1-2019 12:04 AM
Aku xnk berazam beria sgat sbab aku tgah frust aku nak wat loan rumah manjang kne reject je sebab alasan harga rumah aku beli bwah 100k so xleh dpt 90% loan
Quote Rainsack 7-1-2019 12:08 AM
Same old same ol
Quote Rainsack 7-1-2019 12:09 AM
Same ol same ol {:laugh{:laugh{:laugh{:laugh
Quote ninjago 7-1-2019 11:33 AM
thn nie takde tulis pape azam pun unlike past years. rasa nak kurang2kan duniawi lebih2kan akhirat pulak rasa this year. nk consistent tu yg susah sgt. semoga dimudahkan.

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.045260s Gzip On
    To Top