Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Unik! Pengantin Kristian Dan 6 Pengapit Berhijab Buat Netizen Terpukau

11-1-2019 11:27 AM Komen: 1
Minggu lalu tular di media sosial mengenai kisah perkahwinan seorang jejaka berketurunan India dan  kesemua pengapit lelakinya keturunan lelaki Melayu yang juga sahabat baiknya. 



Kredit foto: Facebook


Kini sebuah lagi perkahwinan unik dengan pengapit berlainan bangsa, kali ini berlaku di Sarawak melibatkan perkahwinan sepasang pengantin Kristian, Sylvester Voon dan isterinya di gereja dan 6 orang pengapitnya, kesemuanya wanita Melayu berhijab.



Kredit foto: Facebook 


Menurut jurugambarnya, Ariffin Hussain perkahwinan itu berlangsung pada penghujung tahun 2018 lalu di mana pengantin wanita telah memilih kesemua sahabat baiknya, wanita Melayu dari Semenanjung Malaysia sebagai pengapitnya pada hari bersejarah itu.


Kredit foto: Facebook


"Perkahwinan ini sangat unik, jarang disaksikan, ianya berlaku di sebuah gereja tetapi kesemua pengapitnya wanita Muslim berhijab," tulis Ariffin. 

"Pengantin wanitanya orang Sarawak dan para pengapitnya dari Semenanjung Malaysia, walau berbeza kaum dan agama tidak menghalang persahabatan mereka memeriahkan hari bahagia kawan baik mereka," tambahnya lagi.

Kredit foto: Facebook


Gambar-gambar yang dimuatnaik Ariffin di Facebooknya mendapat pujuan ramai. Ramai yang memuji kerukunan dan sifat saling hormat-menghormati seperti yang ditunjukkan. Malahan Ariffin berharap gambar-gambar itu akan tular dan semangat 1Malaysia akan bersemarak dan menyatukan ramai lagi rakyat Malaysia.

Kredit foto: Facebook


Semoga perkara ini dipandang oleh pelbagai pihak dari sudut positifnya. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
21
Marah
14
Terkejut
9
Sedih
12
Lawak
13
Bosan
12
Komen: 1
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 11-1-2019 11:57 AM
Thread dah pernah ada

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 11-1-2019 11:57 AM
Thread dah pernah ada

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.189850s Gzip On
To Top