Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dibuang Dari Grup Whatsapp Penduduk, Mahu Ambil Tindakan Undang-undang

2-1-2019 06:27 PM Komen: 91
Dek kerana namanya dibuang daripada kumpulan Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya menerusi aplikasi Whatsapp, Pengerusi Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil mahu memfailkan saman.

Pihak yang membuang namanya itu bakal disaman kerana menurut Isham, grup tersebut bukan grup Whatsapp biasa sebaliknya merupakan persatuan penduduk yang berdaftar. 

"Saya adalah tuan punya satu 'property' di sana.

"Namun kini saya tidak lagi boleh 'posting' dan mengikuti perkembangan kejiranan saya di Presint 10 Putrajaya. Ini adalah satu bentuk diskriminasi dan double standard. Saya tahu undang-undang dan saya tahu hak saya," katanya memetik laporan Sinar Harian. 

Foto: Sinar Harian
Katanya lagi, namanya dibuang kerana sering berkongsi bahan dan artikel yang mengkritik kerajaan. 

"Saya pasti ini adalah kerana desakan daripada penyokong-penyokong Kerajaan PH atau admin sendiri yang tidak tahan dan 'panas' apabila membaca artikel-artikel dan hujah-hujah berfakta yang saya tulis yang tidak menyebelahi mereka," katanya. 

Tidak pula sebelum ini ketika kerajaan BN memerintah, individu yang mengutuk serta memaki hamun bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) dibuang daripada grup tersebut, katanya lagi. 

"Oleh itu admin dan beberapa orang dalam persatuan penduduk penyokong PH ini telah membuang saya atas sebab pendirian politik saya," katanya. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 91
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote EncikRhoma 17-1-2019 08:46 AM
Grup untuk kejiranan, poszt pasal kejiranan je la. aku stress betul dgn orang yg tak paham tujuan grup whatsapp ditubuhkan. Kadang2 mesti ada seko dua yg suka mencapub post pasal benda yg tak berkenaan. Kejap post pasal resepi. Kejap post pasal tips mekap. Kejap post pasal orang eksiden kat china. Annoying la. Apa kena mengena kejadian kat china dengan grup kejiranan putrajaya??

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 2-1-2019 04:29 PM
dah tentu la tujuan group untuk update hal kejiranan tapi ko gigih nak berpolitik..
bingai skala ke berapa si hanat ni?
i cadang masukkan beliau balik dalam group tapi orang lain left buat group lain..
berpolitik la ko sorang-sorang kat dalam tu..
Quote paz 2-1-2019 04:30 PM
Macam-macam lah orang ni.
Quote gaara_X 2-1-2019 04:31 PM
u see what i see....ahaks!!
Quote TuntungReturn 2-1-2019 04:32 PM
aku cadangkan dia buat group sendiri. dia la jadik admin
Quote alinone78 2-1-2019 04:33 PM
semaklah nak sembang pasal politik je sekarang. PRU lambat lagi kalau nak berkempen pun
Quote jengkoil 2-1-2019 04:47 PM
cam senipis kulit bawang je peluang nk menang kat mahkamah..
Quote tumpanglalu74 2-1-2019 04:57 PM
Sokong!!!
Quote munchkin 2-1-2019 05:03 PM
prettyuglybabe replied at 2-1-2019 04:29 PM
dah tentu la tujuan group untuk update hal kejiranan tapi ko gigih nak berpolitik..
bingai skala ke ...

Hhaha. Betul. Masukkan balik then the rest leave the group. Bodoh betul mamat ni.
Quote dubuk 2-1-2019 05:16 PM
assalamualaikum.. selamat pagi..
Quote cik_chili 2-1-2019 05:19 PM
Huk alosssss... sampai naik court jdnya...

#lowclass
Quote honam 2-1-2019 05:21 PM
kaya nye dia ni bleh beli property dekat precint 10 tu, busuk2 pun maunye 2 atau 3 juta utk semid. Dia ni keja apa
Quote CiliPadiSedap 2-1-2019 05:30 PM
akak dulu selamba je kena kick kena RP dekat cariforum tiada saman pun. siap undertable lagi
Quote zidane_ziege 2-1-2019 05:44 PM
Despret betul pembangkang skrg..
Quote prettyuglybabe 2-1-2019 05:46 PM
honam replied at 2-1-2019 05:21 PM
kaya nye dia ni bleh beli property dekat precint 10 tu, busuk2 pun maunye 2 atau 3 juta utk semid. D ...

bekas pegawai khas najib
Quote MarryPottet 2-1-2019 05:50 PM
Edited by MarryPottet at 2-1-2019 05:51 PM

Malunya dak harvard meroyan lagu ni. BBNU pon ada yg chillex je bila kena kick dari group.FYI Isham, most of the people dah lama moved on with their lives after pru14 & dah bosan serta dah tak kuasa nak layan sembang politik kat wasep group. Ko buatlah wasep group ko sendiri di mana ko boleh share hasil kajian & fakta syok sendiri ko tu sampai lebam
Quote CharlesDera 2-1-2019 06:02 PM
kena sosma macam saya selalu komen2 kat sini kot? wakakakkakakakakaka
Quote Decaffeinated 2-1-2019 06:06 PM
prettyuglybabe replied at 2-1-2019 04:29 PM
dah tentu la tujuan group untuk update hal kejiranan tapi ko gigih nak berpolitik..
bingai skala ke ...

Ha ha.... exactly cara nak kick out boss dari group WhatsApp ialah buat group lain....

Lepas tu boss heran sorang2 kenapa group dia sunyi...


Quote kasibiman 2-1-2019 06:06 PM
La dah ko pun itu wasap group pasal kuceng Sapa berak atas kete Sapa, gi bawak polemik politik mmg la kene tendang.

Baghal.
Quote dauswq 2-1-2019 06:06 PM
dak harvard dia ni. dulu ura2 nk tanding dun paya jaras tp tak jd sbb ketua bahagian umno kt situ bising

Lihat semua komen(91)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.103482s Gzip On
To Top