Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

7 Cara Jana Pendapatan Dalam Industri E-Sports, Tanpa Perlu Menjadi Pemain Profesional

8-1-2019 12:19 PM|Oleh: Hafiz Ahmad| Komen: 0

Dalam artikel E-Sports Berpotensi Jadi Sukan Di Masa Hadapan! Apa Kata Anda? kami ada ceritakan tentang nilai industri e-sports dan pemain professional e-sports yang menjana jutaan ringgit dengan bermain game sahaja. 

Bagaimana pula jika anda bukan seorang yang pakar dalam bermain game tapi mahu menceburi industri e-sport yang bernilai hampir billion ringgit ini? Baca sampai habis!


1. Freelance content creator

Ini adalah cara paling mudah untuk jana pendapatan dari e-sports. Anda boleh tulis artikel atau buat video pendek berkenaan game yang diminati, kemudian usulkan hasil kerja anda ke syarikat yang sanggup bayar untuk hasil kerja anda. Nilai artikel atau video itu akan diambil kira dari segi ilmu tentang game, jangka masa untuk cipta content dan populariti creator.


Gambar: LetsIntern

Di Malaysia, content creator untuk game masih sedikit jumlahnya dan itu merupakan salah satu sebab kenapa korang kena mula dari sekarang. Bagaimana cara untuk jadi freelance content creator? Anda boleh cari di laman web kerja seperti RektJobs.com dan JobineSports.com. Selamat mencuba!

 


2. In-house content creator

Untuk yang ini pula, anda perlu keluarkan sedikit modal untuk set up PC. Berbeza dengan Freelance Content Creator, In-House Content Creator mampu buat anda mengawal content yang bakal dikeluarkan dan mendapat lebih banyak pendapatan dan viewer. Bezanya adalah, korang perlu mula dari bawah dan bersedia dengan pulangan modal yang sedikit dan kecaman.

 

Gambar: Reddit

Apa yang korang boleh buat? Youtube channel, Twitch stream dan juga blog, kandungan pula mestilah menarik dan berbeza dari creator yang lain. Mungkin korang tertanya-tanya, macam mana nak dapat duit dari content creation sedangkan semua itu percuma sahaja kalau viewer tengok. Sebenarnya banyak cara nak jana duit dari kandungan seperti sponsorship, marketing dan partnership. 


Jika anda sudah mula dikenali, sudah pasti akan ada syarikat yang mahu sponsor anda, barangan gaming contohnya. Juga, populariti creator juga akan menarik minat mana-mana syarikat yang mahu mempromosikan produk mereka, itulah marketing. Untuk partnership pula, setiap view dan subscriber yang anda terima akan dibayar oleh Twitch.tv dan YouTube.

 

3. Game tester

Mungkin ini yang paling digemari rata-rata gamers diluar sana. Bayangkan main game itu kerja anda. Seronok dapat, duit pun dapat.


Tapi sebenarnya tak semudah itu kerja game tester ni, korang kena ulang berpuluh kali dan cari di mana bugs dan masalah di dalam game itu. Dekat mana nak cari website yang sediakan peluang menjadi game tester? Ini senarainya. Selamat mencuba!

  • PlaytestCloud.com
  • BetaFamily.com
  • BestReviewApp.com 
  • MyAppAware.com
  • BetaTesting.com


4. Game development

Game development ini khusus untuk mereka yang belajar kos berkaitan dengan pembuatan game. Profession yang terlibat dalam pembuatan game adalah seperti programmers, graphic designer, special effect artist (SFX), sound designer dan banyak lagi.


Jadi jika korang minat, boleh la ambil kos yang berkaitan seperti Software Engineering dan Graphic Design. Average untuk harga game mobile adalah dari 5000 USD hingga 10 000 USD. Cuba bayangkan berapa banyakanda boleh dapat?

 

5. Game journalist / Game commentator

Game journalist atau commentator sesuai untuk mereka yang pandai bercakap dan petah di hadapan kamera. Senang cerita, sesuai untuk pelajar jurusan MassComm atau mereka yang minat untuk jadi pengacara.


Untuk mereka yang main DOTA2, sudah pasti korang kenal Kaci Aitchison dan TobiWan. Muka mereka sentiasa ada di setiap pertandingan DOTA2 untuk menyampaikan info perlawanan dan menemu ramah pemain professional DOTA2. Mahu jadi seperti mereka? Mula dari sekarang!

 

6. Bisnes barangan gaming

Cara lain untuk jana duit dalam industri e-sports adalah dengan menjual barangan gaming dan game itu sendiri. Jika anda lihat sekarang, handphone pun dah ada game controller siap dengan cooler lagi, bukti industri ini tidak boleh dipandang begitu sahaja.

 

Mungkin modal yang banyak diperlukan untuk mula bisnes gaming ini, tapi untuk yang mahu berjinak-jinak, boleh cuba dengan dropship atau resell barangan gaming terpakai.

 

7. Jual in-game items

Jika semua cara di atas anda tidak boleh buat, ini cara terakhir untuk korang dapat duit iaitu dengan menjual barangan in game. DOTA2 sebagai contoh, dari gambar tu korang dah boleh tengok harga pedang Sven. Pastikan items tu semua rare dan susah nak dapat, jangan pula korang kumpul items yang common dan senang nak dapat. Selamat mengumpul!

 

Gambar: BitSkins

Kalau anada betul minat dalam industri e-sports, mula dari sekarang sebelum orang lain buat. Jadilah trend setter dalam industri dan keluar dari zon selesa anda. Selamat mencuba! -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
2
Terkejut
4
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 0
Komen

Previous : Rambut Bermasalah? Cuba 10 Petua Rawatan Tradisional Ini (Bahagian 1)

Next       : 10 Kursus Pengajian Paling Aneh Dan Pelik, Anda Berminat?

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.039712s Gzip On
    To Top