Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Marijuana Kini Halal Di Thailand, Wajarkah Malaysia Menyusul? Ini Pro Dan Kontra

3-1-2019 11:31 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 14

Negara jiran Thailand mencipta sejarah sebagai negara Asean pertama menghalalkan penjualan dan penggunaan dadah jenis marijuana untuk tujuan perubatan. Menurut CNN, seramai 166 ahli National Legislative Assembly Thailand mengundi untuk bersetuju mengubah Akta Narkotik Negara itu. Bagaimanapun, tidak seperti di beberapa negara barat, penggunaan marijuana untuk tujuan rekreasi masih lagi tidak dibenarkan.

Kredit foto: Medical News Today
Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan bahawa beliau menolak sebarang usaha untuk membenarkan penggunaan dadah tersebut di negara ini. Beliau berkata kebenaran penggunaan bahan tersebut akan mendatangkan lebih banyak masalah berhubung penyalahgunaan dan pengedaran dadah. Polis juga katanya akan mengetatkan kawalan di sempadan untuk mencegah kemasukan dadah daripada negara jiran.

Kredit foto: FMT
Berikut beberapa pro dan kontra penggunaan marijuana;

PRO: Kajian mendapati marijuana dapat membantu rawatan bagi penyakit seperti kanser, glaucoma, Alzheimer, sawan, gangguan mental, ubat penahan sakit dan banyak lagi fungsi lain.

KONTRA: Pengunaan jangka panjang atau penyalahgunaan marijuana berbahaya kepada kesihatan. Asap marijuana juga berbahaya kepada orang lain. Lagipun, marijuana bukanlah ubat yang paling efektif, masih ada ubatan lain yang boleh menggantikan fungsi marijuana.


Kredit foto: Carian Google
PRO:  Marijuana jauh lebih selamat berbanding rokok dan arak, yang mana kedua-duanya dibenarkan di hampir semua negara.


KONTRA: Tidak berbahaya tetapi marijuana adalah gateway drug. Maksudnya kebanyakan penagih dadah berbahaya heroin dan kokain bermula daripada ketagihan marijuana.

PRO: Lebih separuh daripada jenayah di negara seperti Amerika Syarikat adalah kes ringan melibatkan pemilikan marijuana dan membebankan sistem perundangan, meningkatkan kos mahkamah dan kesesakan banduan di penjara sehinggakan kes lebih berat seperti rogol dan bunuh tidak mendapat tindakan sewajarnya.

KONTRA: Kajian mendapati penagih dan individu yang terlibat membeli dan menjual marijuana lebih cenderung melibatkan diri dalam jenayah yang lebih berat.

Kredit foto: Carian Google
PRO: Penjualan marijuana menyumbangkan cukai ekonomi yang lumayan untuk sesebuah negara. Polis juga akan dapat menggunakan sumber yang terhad untuk mencegah jenayah berat lain.

KONTRA: Seperti ubatan lain, cukai yang dikenakan akan menyebabkan harga bahan akan naik dan tidak akan dapat dinikmati oleh golongan miskin.

 
Kredit foto: World of Buzz
Di Malaysia, usaha membenarkan penggunaan bahan itu mula menjadi heboh selepas kes seorang lelaki, Muhammad Lukman, 29, yang mulanya dikenakan hukuman mati kerana memproses, memiliki dan mengedar marijuana. Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan susulan petition awam dan kecaman daripada beberapa buah NGO.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar juga pernah memberi kenyataan akan merangka sebuah akta dalam membenarkan pengguaan marijuana untuk tujuan perubatan.

Jadi bagaimana dengan anda? Adakah anda bersetuju atau menentang penggunaan marijuana untuk tujuan perubatan sahaja? -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 14
Komen

Previous : Dianaktirikan Demi Huawei, Pengguna iPhone Diharamkan Dari Naik Pangkat

Next       : Orang Jepun Obses Sungguh Dengan Jenis Darah, Ini Sebabnya...

Komen Terbaru

Quote miewan15 9-1-2019 10:45 AM
Yang sekarang pun byk masalah kot

Lain-lain Komen

Quote umbut 3-1-2019 11:40 AM
Takpa.. nak enjoy3 gi thailand .. dekat ja
Quote Sang_Pencinta 3-1-2019 11:42 AM
umbut replied at 3-1-2019 11:40 AM
Takpa.. nak enjoy3 gi thailand .. dekat ja

Untuk perubatan sahaja

Uols nak ubat apa???
Quote Simunggu 3-1-2019 11:49 AM
bukan setakat Thai...banyak negara maju di barat sudah menggunakan ganja secara sah utk perubatan kanser...
Quote CharlesDera 3-1-2019 11:50 AM
tah darimana la depa baca ganja boleh membunuh sel kanser....wakakakakakkakakkaka
Quote Sang_Pencinta 3-1-2019 11:52 AM
Dia bukan bunuh kenser kan? Cuma membantu rawatan kenser sebagai penahan sakit
Quote kerunai 3-1-2019 12:26 PM
marijuana ni kalo nak bincang mmg sampai bila2 pun ada pro kontra

dia bukan macam pil kuda...ecstacy..heroin..morfin

kalo nak knowledge..kena cari n gali takleh dengar 1 pihak je

kena tahu dari A sampai Z ..sejak dari penemuan awal marijuana..penggunaan dan kesan kpd manusia sejak beribu2 tahun ..

bila knowledge kita btol2 mantap..baru kita tak prejudis thdp marijuana

sama juga macam perubatan

kena tahu sejarah perubatan awal dunia ..

itu blom masuk teori konspirasi lagi ..tangan2 besar dunia yg masuk campur benda ni utk kuasa dan duit..\\

itu hal lain ..nak citer makan masa
Quote dess402 3-1-2019 12:46 PM
ntah  ..  aku sokong aje.
Lebih2 dari segi komersial,  penanam2 getah dah boleh beralih kpd penanaman ganja yg boleh diekaport ke banyak negara yg dah legal perundangannya.
20k tu sekilogram.
Quote Sang_Pencinta 3-1-2019 12:53 PM
Saya pun setuju dari segi gunakan untuk perubatan

Tapi kawalan penjualannya tu macam seram nak fikir

Sekarang yg tak legal pun dah disalahguna
Quote Orix 3-1-2019 01:02 PM
retis Hollywood ramai je yg ambek ni... tp iols setuju utk tujuan perubatan...  sama macam morphine,dadah jugak... tp boleh guna utk tujuan perubatan... cuma marijuana ni lom lulus
Quote faraway1 3-1-2019 01:10 PM
Sang_Pencinta replied at 2-1-2019 11:53 PM
Saya pun setuju dari segi gunakan untuk perubatan

Tapi kawalan penjualannya tu macam seram nak fi ...

tempat me dan 2 bulan lebih legal marijuana...
cam biasa aje, tiada apa apa perubahan berlaku
cuma me kompem ramai penjual marijuana kat black market
hilang pendapatan sebab katanya kerajaan jual murah...

dan tax jualan pergi kembali pada rakyat.
Quote Dwdrum 3-1-2019 01:10 PM
Kena kan cukai yang tinggi ... membantu economy malaysia
Quote manjalara_01 4-1-2019 04:25 PM
for me laa.....ape jenis dadah skali pun kesan negatif pd otak...
dari sorg yg waras bleh jadi gila...worth it ke?...uhuhuuh....

sementara otak masih berfungsi dgn baik..bersyukur la yea..berfikir pjg..

tp kalau sape2 yg x sayang otak sndiri tu..sila la...

there is always a reason why as muslims..kite diharamkan minum alkahol...hisap dadah...and it is always FOR YOUR OWN GOOD.....

Quote miewan15 9-1-2019 10:44 AM
Ya allah tak setuju lansung klo Msia pun ikut
Quote miewan15 9-1-2019 10:45 AM
Yang sekarang pun byk masalah kot

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.065517s Gzip On
    To Top