Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Dianaktirikan Demi Huawei, Pengguna iPhone Diharamkan Dari Naik Pangkat

31-12-2018 03:52 PM|Oleh: Ain| Komen: 29

Mungkin banyak pihak mengandaikan syarikat pengeluar telefon pintar gergasi Huawei akan mengharungi waktu-waktu sukar dengan penangkapan ketua pegawai kewangannya di Kanada.


Kredit foto: beat.10ztalk.com

Pun begitu, terdapat beberapa perniagaan tempatan yang mampu memberi sokongan terhadap syarikat berkenaan.

Kecoh baru-baru ini apabila sebuah syarikat teknologi di wilayah Zhejiang mengeluarkan notis memaklumkan pekerjanya mengenai satu polisi baru di mana mereka akan 'dihukum' sekiranya memiliki produk Apple.

Menurut laporan Shanghaiist, pekerja di syarikat Zhejiang Kangjiesi New Material Technology Co di bandar Zhuji bagaimanapun akan menerima ganjaran sekiranya mereka membeli produk Huawei.

Menerusi notis berkenaan, pekerja yang memiliki iPhone akan diharamkan daripada menerima kenaikan pangkat!


Kredit foto: Shanghaiist

Manakala, mereka yang membeli produk baru Huawei akan menerima rebat sebanyak 50 peratus bagi eksekutif, 25 peratus bagi pengurus dan 20 peratus bagi pekerja biasa.

Dalam temu bual bersama tabloid tempatan Global Times, salah seorang pengurus syarikat berkenaan berkata, "Sehingga kini, semua staf dari bahagian pengurusan telah bertukar kepada model telefon pintar Huawei bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap jenama tempatan itu".

Difahamkan, pengurus berkenaan menegaskan bahawa tindakan itu adalah secara sukarela.

Dalam masa sama, seorang staf menganggarkan kira-kira separuh daripada 150 pekerja syarikat itu telah menukar jenama telefon pintar mereka kepada jenama Huawei.

"Ramai rakan sekerja kami sebelum ini menggunakan iPhone, tetapi kini mereka membeli telefon pintar baru dari Huawei,"katanya.


Kredit foto: Android Authority

Aduhai, kalau ada syarikat di Malaysia buat begini, mahu berlaku rusuhan! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 29
Komen

Previous : Pencemar Nombor Satu Bumi. 8 Fakta Kenapa Anda Perlu Sokong Kempen Anti Plastik

Next       : Orang Jepun Obses Sungguh Dengan Jenis Darah, Ini Sebabnya...

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 2-1-2019 10:33 AM
ninja9 replied at 1-1-2019 03:17 PM
manufacturer kalau terang2 ngaku boleh curi info pengguna hp mereka sesuka hati terutamanya da ...

Mmg curi pon. Tp dorg letak sbg share information dlm agreement yang kau terpaksa click I accept untuk guna fon. Ade bc semua agreement tu?

End user xde choices pn..apple ios ataupun google android ataupun microsoft os semua sama. Dari maklumat peribadi user, link account fb, email, no fon, contacts semua dia simpan dn jual kt kerajaan usa time obamak dlu

Now xtau la dorg collect lg ke x..sbb dgrnya mahkamah usa sndiri declare illegal ape y kerajaan dorg buat

Lain-lain Komen

Quote batmana 31-12-2018 06:34 PM
ni baru  dinamakan boikot berhemah

bkn pi baling taik kt  pej. duta bagai
Quote dinopower2 31-12-2018 06:48 PM
bodoh btul undang2 haha
Quote merrissa 31-12-2018 06:49 PM
yela berjaya la.... dh sogok hadiah....ugut xde bonus.... lol:

tp apple terjejas ke? peminat kipas susah mati dia ramai kan?
Quote insulin 31-12-2018 07:15 PM
dinopower2 replied at 31-12-2018 06:48 PM
bodoh btul undang2 haha

Ni memang betul2 marah ni....haha...
Quote idakamaruddin 31-12-2018 07:22 PM
sikit lg nk jd korea utara

dah melanggar hak asasi manusia dh ni
Quote ultra78 31-12-2018 07:30 PM
Kalau pakai 2 phone?

Quote Otaku85 31-12-2018 07:53 PM
Market China besar.
Quote misc 31-12-2018 08:04 PM
Maybe company tu supply components utk Huawei, ataupun company tu anak syarikat Huawei. Mana boleh sokong competitor mcm Apple.
Quote Kiah.comei 31-12-2018 08:06 PM
China is home to world's largest smartphone market and the largest single country revenue for Apple.
Quote Kiah.comei 31-12-2018 08:09 PM
On the positive note, semangat tolong menolong sesama leluhur mereka kuat..
Quote dreamdaddy 1-1-2019 12:36 AM
kalau pakai ipong versi fake pun bakalan 'dihukum' jua ke nok
Quote cmf_ummi 1-1-2019 12:56 AM
nasib baik @dinopower2 tak kerja dekat sini
Quote Victorioussss 1-1-2019 01:46 AM
Usa awal2 dlu dh banned huawei dan zte dari market walhal dorg promot free fair trades tapi sekat produk china lepas huawei jd 2nd biggest smartfon manufacturer lepas samsung

So fair la company china nk sekat pekerja sndiri pakai apple walaupn brand je usa tapi made in china jgk apple tu ekceli hehehee

Iols mohon pencerahan kenapa kes huawei ni ye? Xberapa faham..start jepun banned huawei atas masalah sekuriti, skg usa pun banned siap cia, nsa, fbi ckp espionage dan spy dan insecure

Adakah tuduhan demonized mcm ni sbb huawei xnk jual info data user kt usa mcm apple, google buat ?
atau
Mmg huawei collect data user dan pakai sndiri atau jual kt kerajaan china sndiri atau negara2 musuh usa mcm negara wakanda?
Quote grouper 1-1-2019 01:58 AM
Padan muka ipon lebih2 lagi Trump..keluaran akan dtg ipon mcm tak leh jual kat China terus amik ko
Quote JunkMail 1-1-2019 02:07 AM
Victorioussss replied at 1-1-2019 01:46 AM
Usa awal2 dlu dh banned huawei dan zte dari market walhal dorg promot free fair trades tapi sekat pr ...

Apa kes? Aku terlepas benda ni...
Quote haliamerah 1-1-2019 08:02 AM
Victorioussss replied at 1-1-2019 01:46 AM
Usa awal2 dlu dh banned huawei dan zte dari market walhal dorg promot free fair trades tapi sekat pr ...

apple n google jual inof data user?...maksudnye email address  yg daftar dgn gmail dijual kepada pihak lain ke?....
Quote haliamerah 1-1-2019 08:03 AM
Victorioussss replied at 1-1-2019 01:46 AM
Usa awal2 dlu dh banned huawei dan zte dari market walhal dorg promot free fair trades tapi sekat pr ...

apple n google jual info data user?...maksudnye email address  yg daftar dgn gmail dijual kepada pihak lain ke?....
Quote ninja9 1-1-2019 09:15 AM
Victorioussss replied at 1-1-2019 01:46 AM
Usa awal2 dlu dh banned huawei dan zte dari market walhal dorg promot free fair trades tapi sekat pr ...

klu tak silap ada baca dahulu dlm hp huawei ada chip yang diletak oleh syarikat supplier huawei yang sepatutnya tidak ada dalam design asal hp . tujuan chip ini untuk create backdoor yang boleh digunakan untuk curi info pengguna yang ada kemungkinan dalangnya kerajaan china. tu yang us dan jepun ban. tak tahu dah unban kebelum..

Quote dinopower2 1-1-2019 09:36 AM
Victorioussss replied at 1-1-2019 01:46 AM
Usa awal2 dlu dh banned huawei dan zte dari market walhal dorg promot free fair trades tapi sekat pr ...

rasanya bkn kes data ke apa...
kes cfo huawei tu kena tahan di kanada atas arah amerika. sbb huawei ade deal bisnes dgn iran yg langgar undang2 apa ntah.

depa ni sepakat bg tekanan kat amerika, depa banned apa tp produk depa dah tiru sebijik apple... cuma takleh lwn bab os jah

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046722s Gzip On
    To Top