Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Langgar Mati Warga Thailand, Suami Isteri Rayu RM200,000 Bayar Duit Pampasan

Oleh: Myra Rozi|31-12-2018 11:40 AM Komen: 125
Sepasang suami isteri mungkin terpaksa menjual rumah mereka di Rawang,Selangor selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand.

Harian Metro melaporkan, Abd Wahab Yahaya, 56, dan isterinya, Junaidah Muhammad Said, 45, bertembung dengan pejalan kaki ketika  menunggang motosikal di Jalan Aonang, dekat Krabi, Thailand.

Menurut undang-undang negara Thailand, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan akan dipersalahkan jika berlaku kemalangan.

Dalam kejadian pada 10 malam 19 Disember itu, pejalan kaki yang merupakan warga Thailand tersebut telah meninggal dan keluarganya menuntut pampasan berjumlah RM200,000.

Foto: Harian Metro
Amirun Aziz Abd Wahab, 21, yang merupakan anak kepada Abd Wahab berkata, dia buntu untuk menyelesaikan pampasan berkenaan, ditambah pula dengan bapanya yang parah dan masih dirawat di Hospital Krabi.

Dalam kejadian itu, ibu dan bapa saya pengsan. Mama mengalami gegaran pada otak dan mengalami hilang ingatan sekejap.

Bapa pula patah tulang rahang, pipi kanan dan hidung selain pendarahan pada mata.

Berdasarkan laporan polis, bapa dipersalahkan dalam kejadian itu dan menurut undang-undang di negara itu, bapa perlu bertanggungjawab. Keluarga warga Thailand yang meninggal dunia menuntut pampasan RM550,000 sebelum jumlah itu dikurangkan kepada RM200,000 selepas perbincangan dengan peguam dijalankan."

Bapanya juga tidak dibenarkan pulang selagi proses perbicaraan di mahkamah tidak selesai dan ia dijangka akan dibicarakan pada 9 Januari depan.

Malah, pasport bapa berada di tangan pihak berkuasa Thailand. Dalam keadaan kesihatan bapa yang teruk, saya sekeluarga mahu bapa dibawa pulang secepat mungkin ke negara ini memandangkan ibu sudah dibenarkan pulang semalam.

Bapa tidak dibenarkan pulang kerana dia yang menunggang motosikal dan perlu bertanggungjawab untuk perbicaraan serta menjelaskan tuntutan kepada keluarga mangsa.

Saya sekeluarga kini sedang mempertimbangkan untuk menjual rumah bapa di Rawang untuk menampung tuntutan berkenaan. Saya meminta jasa baik rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban ini dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank saya 162713016800. Segala jasa baik semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 125
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote obses_budak 14-3-2019 10:41 AM
Acx jln mana eh..aonag tu rasa jalan kecik pas tu bz... Bleh bwk laju ke..smpi langar mati?

Lain-lain Komen

Quote danieladam 31-12-2018 02:39 AM
Memang undang2 negara Thai mcm tu ke?

Agak2 xde duit, tolak je anak tengah jalan raya. Untung2 lepas mati kena langgar kereta, boleh dapat pampasan 500k.

Ke undang2 ni terpakai utk org luar je bole sukati mintak pampasan?
Quote FOTHER-MUCKER 31-12-2018 02:58 AM
Oh sedihnya, tapi apa boleh buat.
Quote rosasen 31-12-2018 08:32 AM
unsuccessful transaction to that acc number...dah ramai org transfer jadi lagu ni...
Quote gujiwa 31-12-2018 09:00 AM
3 benang cerita benda yang sama.. huhuhuhuhu
Quote anarina 31-12-2018 10:04 AM
danieladam replied at 31-12-2018 02:39 AM
Memang undang2 negara Thai mcm tu ke?

Agak2 xde duit, tolak je anak tengah jalan raya. Untung2 le ...

Tailen paling ssh nak nego, tu pun i rasa ada kompromi sbh org tua, kalau muda taktau apa jadi, mmg apa dia nak tu kena bagi, dgr nya yg dilanggar tu mati kan? So lg rumit la kes ni
Quote ninja boy 31-12-2018 10:30 AM
Kesianya tua2 kena tanggung, jgn jual rumah la, minta derma boleh.
Org tailand driver teruk motor tak pakai helmet, tak ikut halaju, sampai kena 3kali aware di jln raya berbanding malaysia
Quote () 31-12-2018 11:00 AM
kat thailand ni mmg diorang kalau jalan kaki main lintas aje...tp apa boleh buat,yg memandu/bawak motor pun kena lah berhati2...hmm tp benda dah jadi kan, terima aje lah
Quote grouper 31-12-2018 11:04 AM
Bwk superbike ke ape mcm laju je
Quote CharlesDera 31-12-2018 11:08 AM
ingatkan duit Malaysia tak laku kat Thailand...wakakakakkakakakakakakka
Quote Malaysia.Doom 31-12-2018 11:17 AM
Kau bawak motor macam pelesit memang patutla kena jual rumah.

Btw kau istihar muflis jelah...rumah tu tukar nama ke anak....bapak nye istihar muflis.
Quote famri7 31-12-2018 11:26 AM
Hadap sngt sis nk beromentik atas moto di negara pprt. agak cash disitu diperlukan.
Quote prettyuglybabe 31-12-2018 11:31 AM
ada harta jual je la..
usaha dulu sebelum minta derma..
Quote harizs 31-12-2018 11:38 AM
CharlesDera replied at 31-12-2018 11:08 AM
ingatkan duit Malaysia tak laku kat Thailand...wakakakakkakakakakakakka

Mcmn dorg blh tukar duit kat money changer? Dulu masa usd1 = 3.80 pun mufti kata duit Msia dah x laku
Quote CharlesDera 31-12-2018 11:42 AM
harizs replied at 31-12-2018 11:38 AM
Mcmn dorg blh tukar duit kat money changer? Dulu masa usd1 = 3.80 pun mufti kata duit Msia dah x l ...

tu la pasai...dah laku balik la tu....wakakakakakkakakakakaka
Quote lavakru 31-12-2018 11:48 AM
CharlesDera replied at 31-12-2018 11:42 AM
tu la pasai...dah laku balik la tu....wakakakakakkakakakakaka

bukan kat thailand je, sampai arab sono mahacai PH fitnah duit malaysia tak laku
Quote CharlesDera 31-12-2018 11:51 AM
lavakru replied at 31-12-2018 11:48 AM
bukan kat thailand je, sampai arab sono mahacai PH fitnah duit malaysia tak laku

dapat kuota haji...tapi pi haji sana duit tak laku...wakakakakkakakakka
Quote shamsadis 31-12-2018 11:59 AM
kalau dalam negara, tunjuk kad OKU je boleh lepas
Quote eLiaD 31-12-2018 12:10 PM
kt m'sia klaw kna lenyek smpi mati dgn pemandu mabok pon dpt simpati je waris satu sen tarak dpt apa
Quote armin 31-12-2018 12:24 PM
Malaysia.Doom: Kau bawak motor macam pelesit memang patutla kena jual rumah.Btw kau istihar muflis jelah...rumah tu tukar nama ke anak....bapak nye istihar muflis.

Betul tu baik istihar muflis je biar dpt lepas.

Kenapa kena byr pampasan lak? Ada law mcm tu ke?

Bawak laju mana ni sampai meninggal.. takutnya.. kalau amik insurans pun xleh cover

Lihat semua komen(125)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.108637s Gzip On
To Top