Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Lelaki Malaysia Cenderung Kahwin Lewat Sampai Ada Pilih Kahwin Usia 91 Tahun?

3-1-2019 10:42 AM|Oleh: Ambiossa| Komen: 13

Dikatakan, lelaki di negara ini cenderung untuk berkahwin lewat sampai ada yang memilih untuk berkahwin pada usia 91 tahun!

Menurut laporan Jabatan Statistik Malaysia, trend lelaki berkahwin lewat berterusan berlaku iaitu pada usia 29 tahun pada 2017 berbanding 28 pada 2016.

Lelaki paling tua dilaporkan mendirikan rumah tangga adalah pada usia 91 tahun manakala 84 tahun bagi wanita.

Bagi statistik melibatkan umat Islam, kebanyakan lelaki mendirikan rumah tangga pada usia 27 tahun berbanding 30 bagi lain-lain agama, manakala wanita muslimah cenderung berkahwin di usia 26 tahun berbanding 28 tahun bagi bagi lain-lain agama.


Gambar: Carian Google

Perkembangan baru ini membuktikan bahawa sentimen hanya perempuan sahaja lebih gemar berkahwin lewat kerana menumpukan perhatian kepada kerjaya sudah tidak relevan.

Lelaki juga kini mempunyai masalah sama, sekali gus membawa kebimbangan kepada masa depan negara ini.

Faktor 'putus cinta' juga memainkan peranan, apatah lagi rata-rata generasi muda menolak daripada dijodohkan keluarga dengan pasangan tidak dikenali.

Ditambah pula gejala lelaki gay dan transgender (pondan) serta perkahwinan dengan wanita warga asing yang terus meningkat saban tahun, apalah agaknya nasib anak gadis tempatan dalam mencari jodoh. Belum dikira masalah hantaran tinggi melangit.

Apakah penyelesaian kepada masalah ini? Fikir-fikirkanlah. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 13
Komen

Previous : Juan Pedro Franco Bukan Lagi Pemegang Rekod Lelaki Paling Gemuk Dunia

Next       : Punyalah Panjang Lidah, Pemandu Bas Ini Boleh Jilat Dahinya Sendiri

Komen Terbaru

Quote PU-ndan 5-1-2019 07:28 AM
kalau kawin pakai duit mak bapak, lepas kawin duduk dgn parents bertaun2, akak no komen dik. early 30s tu ok jugakla dah ada savings agaknya.. mid 30s laki mmg ok sgt kalau dah beli rumah semua tu. kat opis akak ada mid40s tak kawin lagi, dah keje 9-5, balik rumah tak keluar2 dah, weekend pun main PS4. bercinta pun asyik kena tipu je katanye. pompuan kaki kikis ni ramai tu mmg akak tau sgt.

kalau gay tu x payah la kawin menyusahkan perempuan dan diri sendiri je nanti dik better lah x payah penat2 berlakon

Lain-lain Komen

Quote pearl.silver 3-1-2019 10:51 AM
Yg 91thn n 84 thn tu bujang trang tang2 ke duda/janda
Quote AbukRokok 3-1-2019 10:56 AM
malas la nak fikir fikir
kita kan dasar pandang ke timur (jepon)
Quote kroit92 3-1-2019 07:35 PM
memang la lewat kawen cerita dia

dah le ekonomi teruk
kerja susah dapat, kalau dapat, tak tentu kekal
50-60% bila2 je boleh kena terminate
gaji kecik ciput
nak makan sendiri pun ikat perut, apentah lagi nak tanggung anak bini pulok

kos saban hari makin meningkat. tak pernah nak turunnya
3-4 tahun lepas, risau rakyat Malaysia tak lahirkan anak,
1 family kena ada AT LEAST 5 ORANG ANAK katanya. betul, takut kita menuju graying country, semua orang tua, takde orang muda

1 anak pun tak tentu mampu
kawen pun tak tentu dapat kumpul duit
berhuhu la termenung tengok bulan..
keje, simpan duit, lebur, bil, sewa bagai

lepas tu ada orang berbunyi lak, "Huii, bila nak kawen? Umo dah lanjut!"
dia dah kawen, kerja dapat guna cable, membesar, belajar mak ayah tanggung sedap la usik orang

ni tak campur lagi kadar perceraian yang meningkat tahun demi tahun
negara duda dan janda, ingat lagi tak?
sekarang, bujang lapok, andartu, duda & janda
haih laa..
Quote aechae 3-1-2019 07:39 PM
Main letak je kot nombor tu...laki kawin lmbt?mcm tipu je...bleh ke kawal nafsu?
Quote CharlesDera 3-1-2019 07:52 PM
aechae replied at 3-1-2019 07:39 PM
Main letak je kot nombor tu...laki kawin lmbt?mcm tipu je...bleh ke kawal nafsu?

apa susah..jadilah etis...AMALKAN SEKS SELAMAT SEKS LUAQ NIKAH......wakakakkakakakakka
Quote aechae 3-1-2019 08:39 PM
CharlesDera replied at 3-1-2019 07:52 PM
apa susah..jadilah etis...AMALKAN SEKS SELAMAT SEKS LUAQ NIKAH......wakakakkakakakakka

Mcm berpengalaman je...haaaa
Quote Malaysia.Doom 3-1-2019 08:54 PM
Aku skandal ngan laki orang je senang.
Quote CharlesDera 3-1-2019 08:54 PM
aechae replied at 3-1-2019 08:39 PM
Mcm berpengalaman je...haaaa

saya bukan etis...jangan jadi etis...etis ni percaya manusia ni hasil bestialiti manusia dan beruk...tau....wakakakkkakakakakak
Quote aechae 3-1-2019 08:56 PM
CharlesDera replied at 3-1-2019 08:54 PM
saya bukan etis...jangan jadi etis...etis ni percaya manusia ni hasil bestialiti manusia dan beruk ...

Syukur lh bkn etis..
Quote abangbikerz 3-1-2019 08:58 PM
aechae replied at 3-1-2019 07:39 PM
Main letak je kot nombor tu...laki kawin lmbt?mcm tipu je...bleh ke kawal nafsu?

Alhamdulillah setelah saya membaca Al quran 30 juzuk setiap Hari, berpuasa Dan solat tahajud setiap mlm. Nafsu Hanya tinggal nafsu sahaja.
Quote ninja boy 3-1-2019 11:43 PM
tak payah beranak, jika sibling ada 4 org pastikan ada cucu hanya ada 2-4 org utk waris harta atuk dan sibling. budak2 dah kaya sorang terjamin dapat 1-2 rumah + kebun
Quote sinalegna 3-1-2019 11:50 PM
AbukRokok replied at 3-1-2019 10:56 AM
malas la nak fikir fikir
kita kan dasar pandang ke timur (jepon)

Satgi depa kata pandang ke boleh.. ikot jgn.
Quote PU-ndan 5-1-2019 07:28 AM
kalau kawin pakai duit mak bapak, lepas kawin duduk dgn parents bertaun2, akak no komen dik. early 30s tu ok jugakla dah ada savings agaknya.. mid 30s laki mmg ok sgt kalau dah beli rumah semua tu. kat opis akak ada mid40s tak kawin lagi, dah keje 9-5, balik rumah tak keluar2 dah, weekend pun main PS4. bercinta pun asyik kena tipu je katanye. pompuan kaki kikis ni ramai tu mmg akak tau sgt.

kalau gay tu x payah la kawin menyusahkan perempuan dan diri sendiri je nanti dik better lah x payah penat2 berlakon

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.045231s Gzip On
    To Top