Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Skandal, Pedofilia, Penjara Dan Kematian. Betul Ke Pelakon Glee Terkena Sumpahan?

28-12-2018 12:51 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 5

Ketika rancangan televisyen, Glee mula menemui penonton pada tahun 2009, ramai tidak menyangka barisan pelakonnya yang nampak muda itu akan dibelenggu kontroversi demi kontroversi. Sehingga ada peramal yang mengatakan mereka terkena sumpahan!


Kredit foto: Inquiries Journal

Terbaru, salah seorang pelakonnya , Jesse Luken, 35 ditahan polis bulan ini kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk, lapor Fox News. Ini bukan tragedi pertama yang melanda pelakon siri tersebut. 


Kredit foto: Carian Google

Berikut disenaraikan beberapa kes yang membuatkan peminat tertanya-tanya kesahihan dakwaan, adakah mereka terkena sumpahan atau sekadar bernasib malang?

 

 

1.       Mark Salling

 

Kredit foto: Reuters

Pelakon yang membawa watak nakal Noah Puck Puckerman dalam siri itu dijumpai meninggal dunia, disyaki kerana membunuh diri. Beberapa minggu sebelumnya, Salling dibicarakan di mahkamah dan mengaku bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak. Ketika polis menggeledah komputernya, mereka terkejut apabila menjumpai lebih 50,000 imej lucah membabitkan kanak-kanak. Beliau dibebaskan sementara untuk menunggu penghakiman pada bulan berikutnya dan dijangka akan dipenjarakan 4 hingga 7 tahun. Tetapi beliau memilih untuk menamatkan hidupnya.

 

2.       Naya Rivera

 


Kredit foto: TMZ

Naya Rivera yang melakonkan watak cheerleader Santana Lopez turut didakwa di mahkamah kerana keganasan rumahtangga pada Januari tahun ini. Bagaimana,tuduhan itu digugurkan apabila suaminya menarik balik laporan polis yang dibuatnya. Dalam memoirnya Sorry Not Sorry: Dreams, Mistakes and Growing Up, Naya mendedahkan beliau pernah mengugurkan kandungan pada tahun 2010 kerana kesibukan dengan penggambaran Glee.

 

 

3.       Cory Monteith

 

Kredit foto: Carian Google

Bintang utama siri Glee ini dijumpai mati di dalam kamar hotelnya di Vancouver, British Columbia pada Julai 2013. Autopsi mengesahkan beliau mati kerana pengambilan dadah jenis heroin yang berlebihan. Melakonkan watak Finn Hudson, beliau secara terbuka pernah mengakui masalah ketagihan dadah. Kematiannya mengejutkan peminat siri itu dan seluruh barisan pelakonnya.

 

                                                                                                                                                               

4.       Lea Michele, Heather Morris, Becca Tobin dan Melissa Benoist

 

Kredit foto: Carian Google

Beberapa orang bintang wanita dalam siri tersebut menjadi mangsa penggodam online dan gambar bogel mereka telah didedahkan. Gambar peribadi Lea Michele, Becca Tobin, Heather Morris, dan Melissa Benoist telah dimuatnaik di beberapa portal lucah tanpa kebenaran mereka. Heather Morris bagaimanapun tidak kisah dengan kejadian tersebut malahan berseloroh ???Nasib baik saya kelihatan cantik dalam gambar yang didedah itu??? katanya.

 

 

5.       Jesse Luken

 

Kredit foto: TMZ

Terbaru bulan ini salah seorang pelakon pembantu siri Glee, Jesse Luken, 35, telah ditahan polis kerana memandu dalam keadaan berbahaya. Menurut sumber Fox News, Jesse ditahan pada 6 Disember di Glendale, California dan terpaksa membayar USD5 ribu sebagai jaminan. Beliau dikatakan terlibat dalam sebuah kemalangan dan pemeriksaan mendapati beliau berada dalam keadaan mabuk.


Nampaknya, tak habis-habis barisan pelakon siri ini Glee dirundung malang walaupun tayangannya telah lama berlalu. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
8
Terkejut
7
Sedih
10
Lawak
8
Bosan
7
Komen: 5
Komen

Previous : Jennifer Garner Gesa Ben Affleck Ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak

Next       : Katie Holmes, Jamie Foxx Bakal Kahwin Tahun 2019. Apa Agaknya Perasaan Tom Cruise?

Komen Terbaru

Quote Orix 28-12-2018 03:54 PM
Puck plg i tak sangkaaaa sgatt {:cryrun

Lain-lain Komen

Quote makbedah 28-12-2018 01:13 PM
Diana tu lawa betul. I suka!
Quote makbedah 28-12-2018 01:14 PM
Diana tu lawa betul. I suka.
Quote makbedah 28-12-2018 01:14 PM
Diana tu lawa betul. I suka.
Quote hunters 28-12-2018 03:18 PM
klau korea skrg i nmpak laughter Waikiki curse...4 org cast utama dia ada bad luck after drama..
Quote Orix 28-12-2018 03:54 PM
Puck plg i tak sangkaaaa sgatt {:cryrun

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.079354s Gzip On
To Top