Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Bahaya Ajar Anak Jadi Vegan Seawal Usia 6 Bulan, Jangan Memandai!

27-12-2018 11:06 AM|Oleh: Nia Mohamad| Komen: 0

Kita biasa mendengar tentang vegetarian, tetapi jarang sekali tentang vegan. Apa itu vegan dan apa itu vegetarian? Kedua-dua vegan dan vegetarian adalah mereka yang tidak makan daging. Sebaliknya, mereka bergantung kepada sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan mereka. 


Bahaya Ajar Anak Jadi Vegan Seawal 6 Bulan

Namun, vegetarian tetap memakan hasil produk tenusu daripada haiwan, contohnya telur, dan susu. Berbeza dengan vegetarian, seorang vegan tidak makan produk tenusu, malah turut mengelakkan penggunaan barangan berasaskan haiwan, contohnya yang diperbuat daripada kulit, bulu dan sutera haiwan.

Di luar negara khususnya, gerakan Vegan sudah sangat meluas hinggakan terdapat restoran khas untuk vegetarian/vegan. Antara negara yang mempunyai banyak restoran khas bagi golongan ini ialah Taiwan, Korea dan India.

Di Australia, sebuah kumpulan Vegan Baby Led Weaning telah ditubuhkan di Facebook dan mempunyai lebih 7700 ahli. Ia ditubuhkan khas bagi golongan vegan untuk melatih bayi mereka menjadi vegan sejak kecil. 



'Baby led weaning' merujuk kepada kaedah di mana bayi diberi peluang merasa, menyentuh dan memegang makanan mereka sendiri semasa peringkat umur makanan pepejal diperkenalkan, iaitu seawal usia enam bulan.

Para doktor menyuarakan kebimbangan terhadap golongan vegan ini apabila mereka tidak menghiraukan nasihat doktor bahawa bayi memerlukan zat dan tidak boleh mengikuti diet seorang vegan seawal usia itu.

Berikut adalah posting daripada para ibu Vegan di Facebook. 


Kredit foto: news.com.au

Setahun lalu, tular juga cadangan menukarkan susu lembu kepada susu beras sebagai pengganti.

Manakala, Mei lalu, sepasang suami isteri dari Sydney didakwa di mahkamah selepas bayi mereka yang berusia 20 bulan diserang sawan. 

Mahkamah memerintahkan tiga anak mereka untuk dipisahkan daripada suami isteri itu kerana bayi mereka mengalami kekurangan zat dan menghidap penyakit riket disebabkan ke-ku-rang-an vitamin D

Riket ialah penyakit tulang yang menyerang bayi dan kanak-kanak, yang mengakibatkan tulang lembut dan lemah. Ia biasanya berpunca daripada kekurangan vitamin D, kalsium atau fosforus. 


Gambar Hiasan. Kesan penyakit riket. Kredit foto-Google

Bayi malang itu terpaksa tinggal di dalam wad selama sebulan. Dalam tempoh itu, doktor dan jururawat bertungkus-lumus memberikan nutrisi secukupnya kepadanya hingga dia berjaya menaikkan berat sebanyak enam kilogram selepas sebulan.

Ibu bapanya didakwa sengaja mengawal ketat pemakanan anak mereka, lalu mengakibatkan malnutrisi atau kekurangan zat makanan melampau. 

Mahkamah mendedahkan, suami isteri tersebut melatih anak mereka menjadi vegan. Dia hanya diberi secawan oat, susu beras dan pisang pada waktu pagi, dan makan roti, ubi kentang, nasi dan tauhu pada sebelah malam

Amalan pemakanan vegan tidak seharusnya diamalkan bayi dan kanak-kanak kerana mereka memerlukan zat makanan mencukupi untuk tumbesaran mereka. 

Jangan pernah menyamakan apa yang diperlukan bayi dan kanak-kanak sama dengan keperluan manusia. Dapatkan info dan nasihat daripada pakar pemakanan dan tumbesaran bayi. Jangan memandai sendiri! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 0
Komen

Previous : Kembar Siam Bhutan Jalani Pembedahan Pemisahan Hasil Sumbangan Rakyat Dan Kerajaan Australia

Next       : Jangan Tiru Aksi Tiga Kanak-kanak Berkejaran Atas Bumbung Khemah Di Masjidil Haram!

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Universiti Harvard Disaman Amal Diskriminasi Ke Atas Pelajar Keturunan Asia
'Miss Comet' Belum Mati! Khabar Angin Kematian Pelakon Jepun Itu Disahkan Tidak Benar
Kencing Manis Ketika Hamil? Mari Semak Langkah Mengawal Dan Cegah Diabetes!
Pakatan Harapan Masih Kukuh, Utuh - Mat Sabu
"Umat Islam Jangan Sambut Krismas, Ada Unsur Syirik" - Pemuda PAS
Sedih, Saya Tak Pernah Cakap 'Anak Kau Hodoh' - Nana Terkilan Anak Dicemuh
Ditikam Isteri Kerana Membeli-belah Terlalu Lama
Pengunjung Terkejut Jumpa Kate Middleton Membeli-belah Untuk Krismas Di Pasar Raya
Tonton Filem Bambi Dan Dengar Muzik Klasik Sebagai Hukuman, Boleh Berubah Ke?
Tahniah! Raja Ilya Sah Bergelar Isteri Jejaka Australia, Mana Gambarnya?
"Ini Pariah Moorthy" - Nak Serang Balai, Polis Siasat Kenyataan Provokasi Azwanddin
"Mak Yang Lahirkan Sajat, Aku Cili Mulut Tu Nanti!" - Ibu Bapa Pertahan Status Jantina Sajat
Ratu 'Perintah' Kate, Meghan Berdamai Pada Hari Krismas
Nasi Lemak Punca Pergaduhan Di R&R Gambang
Raih Simpati Dengan Ulas Produk Sebab Dah Sendu? Ini Respons Noorkhiriah
Pengantin Perempuan Comel Menangis Teresak-esak Nak Ikut Ayah Pulang
Mujahid Seronok Baca Komen Tentang 'Warkah Dari Cordova Buat Nurul Izzah'
Budak Lelaki Selamat Dari Tsunami, Guna Gitar Kumpulan Seventeen Jadikan Pelampung
Keletah Si Kecil Yang Mungkin Buat Anda Fikir Banyak Kali Untuk Tambah Anak!
3 Peraturan Queen E Ketika Buka Hadiah Krismas, Lebih Murah Lebih Bagus!
Kau Kenal Tak Kau Siapa?
Masih Ramai Lagi Yang Belum Sedar, 8 Kelebihan Susu Ibu Buat Si Manja Yang Anda Perlu Tahu
Masih Ingat Alam Perwira, Pedang Setiawan? 5 Sebab Kenapa Komik Ini Jadi Kegilaan Dulu!
Jajan Kenangan! Yang Mana Menjadi Kegemaran Anda Dulu-dulu?

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.053789s Gzip On
    To Top