Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

E-Sports Berpotensi Jadi Sukan Di Masa Hadapan! Apa Kata Anda?

24-12-2018 09:55 AM|Oleh: Hafiz Ahmad| Komen: 11

Anda masih ingat pada bulan Oktober lalu, ramai mengecam tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bermain FIFA19 bersama penyampai radio Era di pejabatnya? 

Antara kecaman yang diterima daripada netizen adalah berkenaan pejabat yang dijadikan tempat bermain dan teladan yang buruk kepada rakyat.


Foto: MalaysiaKini 

Tetapi, ramai yang tidak tahu sebenarnya Syed Saddiq sedang giat mempromosikan sukan elektronik (E-Sports). Menurut laman Facebook Era, perlawanan itu diadakan sempena mempromosikan Hari Sukan Negara. Lain kali kaji dulu sebelum marah, okey!


Foto: IG Era.je

Sedang segelintir netizen mengecam tindakan Syed Saddiq, ramai yang tidak tahu sebenarnya industri e-Sports ini bernilai jutaan dolar dan bakal mencecah angka billion. 

Menurut laman web Forbes, pada 2016 sahaja, nilai pasaran bidang e-sports bernilai 493 million USD dan melonjak ke 655 million USD pada tahun 2017. Dijangka menjelang tahun 2020, nilai industri e-Sports bakal melonjak ke ASD1.65 billion. 

Jadi, logik sangatlah Syed Saddiq memberi penekanan awal kepada industri ini sebelum negara kita ketinggalan pada masa akan datang.

Jika anda pemain DOTA 2, sudah pasti anda kenal Ah Fu atau nama sebenarnya Tue Soon Chuan, seorang pemain professional DOTA 2. Pada tahun 2017, Ah Fu dan pasukannya LGD.Forever Young telah memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah sebanyak ASD2.6 juta, bersamaan RM11.2 juta. Siapa sangka bermain game pun boleh menjana pendapatan?


Bagaimana industri e-Sports jana pendapatan?


Tajaan

Tajaan merupakan penyumbang terbesar dalam industry e-Sports. Sebagai contoh, pada April 2018, pasukan LGD.Forever Young telah bekerjasama dengan pasukan gergasi bola sepak, Paris Saint-Germain dan telah menukar nama pasukan kepada PSG.LGD. Nampak tak PSG pun berminat dalam industri ini.


Pengiklanan

Pengiklanan merupakan penyumbang kedua terbesar selepas tajaan. Antara syarikat yang terlibat dalam pengiklanan adalah pengeluar barangan komputer dan syarikat minuman, Red Bull.


Hak siaran media

Hak siaran media adalah pendapatan yang dijana dari syarikat penyiaran yang menyiarkan e-Sports. Antara yang terlibat adalah Twitch dan YouTube Gaming.


Bayaran pengeluar permainan

Ini pula adalah wang yang dibayar oleh syarikat pengeluar permainan seperti Valve untuk menganjurkan pertandingan.


Tiket dan cenderahati

Hasil kutipan jualan tiket dan cenderahati dari pasukan e-Sports atau pengeluar permainan.

 
E-sports telah diumumkan akan dimasukkan ke dalam Sukan Asia 2022, cuba bayangkan pada masa akan datang, wujudnya Piala Dunia untuk game FIFA sahaja. 

Jangan berasa pelik pula kerana macam-macam boleh berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang. Silap-silap, permainan Table Soccer dalam Plato juga akan dibuat pertandingan nanti.


E-Sports Berpotensi Menjadi Sukan di Masa Hadapan?


Jadi, buat ibu bapa di luar sana, janganlah marah jika minat anak anda ke arah permainan permainan video. Sokonglah mereka dengan memberi sedikit ruang untuk bermain dan pendedahan tentang dunia e-Sports. 

Buat anak-anak, jangan pula mengabaikan pelajaran dan bermain hingga tidak ingat dunia. Seimbangkan pelajaran dan minat anda. Ada perbezaan di antara minat bermain game dan malas belajar, ya!

Akhir kata, majulah e-Sports untuk Malaysia! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
1
Terkejut
8
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
4
Komen: 11
Komen

Previous : Stres Monyet Asyik Datang Rumah! Nah Tips Untuk Halaunya Jauh-Jauh

Next       : Tonton Filem Bambi Dan Dengar Muzik Klasik Sebagai Hukuman, Boleh Berubah Ke?

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 29-12-2018 08:21 PM
hafiz.ahmad replied at 29-12-2018 04:02 PM
Okay go on dengan cik punya ideology, hak masing masing

kalau  banggg saddiq yg naishatkan ,Diknah redhooooooooooooooo menerima esport muahhahahhahahha

Lain-lain Komen

Quote Rogue98 24-12-2018 01:58 PM
Tu bukan sports... cakap jer lah main video game kan senang.
Quote star_karat 24-12-2018 09:17 PM
Lemas tengok anak bujang kejap2 main game. Apa esports ni boleh buat income kah untuk masa depan?
Quote HannahMontana 24-12-2018 11:48 PM
yg pentinggg pakai set baju sukan from head to toe  , then u play the  game as esport then claimed urself as bersukan keluarkan peluh ke buang masa ,  pupuk lemak tepu dalam badan ,sekor skeor jadi gemuk biar menteri seornag saja jadi hensem.
Quote dreamdaddy 25-12-2018 12:54 PM
choyy jah nak claim main video game sebagai sukan. macam tu menyanyi pun boleh masuk kategori sukan jugak yach sebab involve coordination throat muscle larynx voice box proper air flow diaphragm apa bagai. menyanyi pun kena buat vocal warm up exercise jua nak kena sing on pitch make sure ikut tempo rhythm beats semua yach. salah teknik nyanyi pun boleh mengakibatkan vocal injury hoccay.
Quote hafiz.ahmad 29-12-2018 03:38 AM
Rogue98 replied at 24-12-2018 01:58 PM
Tu bukan sports... cakap jer lah main video game kan senang.

In future benda ni is a big thing
Quote hafiz.ahmad 29-12-2018 03:40 AM
dreamdaddy replied at 25-12-2018 12:54 PM
choyy jah nak claim main video game sebagai sukan. macam tu menyanyi pun boleh masuk kategori sukan  ...

Rasanya menyanyi dan e-sports tak related langsung cik. E-sports industry is the future. Banyakkan baca pasal revenue and industry ni
Quote hafiz.ahmad 29-12-2018 03:42 AM
HannahMontana replied at 24-12-2018 11:48 PM
yg pentinggg pakai set baju sukan from head to toe  , then u play the  game as esport then claimed u ...

Haha bitter sungguh komen cik. Tak semestinya kena keluarkan peluh, ada je sukan di olimpik yang tak keluarkan peluh langsung. Yang penting, kompetitif dan ada revenue. Banyakkan baca tentang industri e-sports cik
Quote hafiz.ahmad 29-12-2018 03:44 AM
Rogue98 replied at 24-12-2018 01:58 PM
Tu bukan sports... cakap jer lah main video game kan senang.

Artikel tu tulis e-sports dan bukan sports.

E-sports = sukan elektronik.



Quote HannahMontana 29-12-2018 07:02 AM
hafiz.ahmad replied at 29-12-2018 03:42 AM
Haha bitter sungguh komen cik. Tak semestinya kena keluarkan peluh, ada je sukan di olimpik yang t ...

e sport tu  bukan sport tetapi bebudak buang masa main game ,,,,sukan mesti keluar peluh . Bodohnya ko....biawak terencat.
Quote hafiz.ahmad 29-12-2018 04:02 PM
HannahMontana replied at 29-12-2018 07:02 AM
e sport tu  bukan sport tetapi bebudak buang masa main game ,,,,sukan mesti keluar peluh . Bodohny ...

Okay go on dengan cik punya ideology, hak masing masing
Quote HannahMontana 29-12-2018 08:21 PM
hafiz.ahmad replied at 29-12-2018 04:02 PM
Okay go on dengan cik punya ideology, hak masing masing

kalau  banggg saddiq yg naishatkan ,Diknah redhooooooooooooooo menerima esport muahhahahhahahha

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043876s Gzip On
    To Top