Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Braces, Trend Atau Keperluan ? 5 Perkara Ini Anda Perlu Tahu Sebelum Pakai Braces

24-12-2018 11:00 AM|Oleh: MN_jarilaju| Komen: 77

Jika anda mengalami masalah gigi tidak teratur dan boleh menimbulkan kesusahan kepada anda untuk mengunyah makanan, sukar untuk tutup mulut dengan sempurna, gigi mudah berlubang dan pelbagai masalah lain, pendakap gigi atau braces merupakan pilihan terbaik untuk menyusun semula gigi dengan lebih teratur dan baik.


Foto: Dr. Frost

Selain menjadi keperluan kepada yang memerlukan, pendakap gigi juga dijadikan trend dan fesyen hingga menjadi kegilaan anak muda sekarang yang lebih dikenali dengan nama fake braces

Mempunyai pelbagai jenis reka bentuk dan warna yang mampu menarik perhatian, maka tidak hairanlah jika pendakap gigi palsu ini menjadi pilihan utama anak muda untuk berfesyen. 

Dalam keghairahan untuk berfesyen, anda juga perlu tahu bahawa pemakaian pendakap gigi palsu ini juga mempunyai impak negatif kepada si pemakai yang mempunyai gigi sihat dan kukuh. Gigi anda boleh mereput, rosak, bergoyang, tidak berfungsi dan terpaksa dicabut! Jika anda berkeras mahu mencuba untuk memakai braces, anda perlu tahu beberapa perkara ini. 


Foto: Imgrum


Pelbagai Jenis Braces

Terdapat beberapa jenis braces di pasaran yang boleh didapati. Antaranya Conventional Bracket (Metal and Ceramic), Clear Ceramic Braces, Self Ligating Bracket (Metal and Ceramic), Lingual Braces dan Clear Path Braces. Pilihan bergantung kepada bajet dan kesesuaian kes yang anda alami. 

Conventional Bracket (Metal and Ceramic) selalunya menjadi pilihan remaja terutama sekali golongan wanita kerana ia lebih murah dan mempunyai elastic berwarna yang mampu menarik perhatian orang yang melihatnya. 


Kena X-Ray Dulu

Sebelum pasang braces, anda perlu berjumpa dengan Pakar Ortodontik dan sinaran X perlu dibuat terlebih dahulu untuk menentukan jenis rawatan yang diperlukan. Contohnya, tampalan ataupun cabutan. Tapi, kalau pakar mengesan anda mengalami masalah serius, kemungkinan besar akan ada beberapa batang gigi rosak yang akan dicabut.


Sakit Atau Tidak?

Selepas pemasangan braces, anda akan berasa kurang selesa. Anda mungkin memerlukan ubat tahan sakit disebabkan rasa tidak selesa itu. Selepas seminggu, barulah rasanya berkurangan. 

Selepas tamat tempoh, braces boleh ditanggalkan tapi anda digalakkan untuk memakai retainer 24 jam sehari untuk tempoh enam bulan pertama bagi memastikan gigi betul-betul kukuh di kedudukan baru.


Pemeriksaan Susulan Setiap Bulan

Ini wajib dilakukan untuk memastikan gigi bergerak mengikut pelan rawatan yang telah ditetapkan oleh pakar atau doktor.


Had Umur

Tiada had umur ditetapkan dan apa yang paling penting adalah gigi dan gusi anda berada dalam keadaan sihat.

Tidak salah sebenarnya anda nak mencuba untuk memakai braces, tapi seboleh-bolehnya biarlah anda pakai yang berkualiti dan terjamin keselamatanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 77
Komen

Previous : Kembar Siam Bhutan Jalani Pembedahan Pemisahan Hasil Sumbangan Rakyat Dan Kerajaan Australia

Next       : Bahaya Ajar Anak Jadi Vegan Seawal Usia 6 Bulan, Jangan Memandai!

Komen Terbaru

Quote EncikH 18-1-2019 11:18 AM
org yg dh pakai brace, try list down makan2 yang x boleh makan:

1-
2-
3-

Lain-lain Komen

Quote kroit92 24-12-2018 01:05 PM
still, first step nye..

doktor kerajaan ke doktor swasta
kalau kerajaan, berapa lama kena tunggu giliran?
swasta, berapa ribu lemon kena prepare?

yang penting, harga ribu-riban lemon tu ler

lama teringin nak pakai braces ni
gigi berterabur macam kena lempang
nak tidur pun payah tutup mulut
Quote netto_ 24-12-2018 01:57 PM
Ade ke org saje2 pkai braces ni? Aku br 4 bln pkai da meluat je rase. Asik la berulang pegi dentist. Ade lg 2thn nk hadap ni
Quote kechikchomel 24-12-2018 01:58 PM
Kalau gomen bertahun jugak la. Kawan iolss buat kat gomen, dari form 4 dia register, 2nd year kat kolej baru pasang.

Kalau private, masa tahun 2015 iolss buat, lepas survey 5-6 klinik, dalam RM5k-5.5k
Quote idakamaruddin 24-12-2018 02:52 PM
kolig i br pakai last month..i sian tgk dia xleh makan...btl la org ckp beauty is pain

kurus gila dia skg sbb xleh nak makan sgt..asik telan bubur je

Quote moonbug 24-12-2018 03:29 PM
Bersyukurlah yang gigi teratur cantik tu
Quote moonbug 24-12-2018 03:30 PM
netto_ replied at 24-12-2018 01:57 PM
Ade ke org saje2 pkai braces ni? Aku br 4 bln pkai da meluat je rase. Asik la berulang pegi dentist. ...

Ada je yg pakai sebab ingat nampak cool pakai braces. Kalau tak, takdelah trend pakai fake braces warna-warni tu
Quote netto_ 24-12-2018 04:11 PM
idakamaruddin replied at 24-12-2018 02:52 PM
kolig i br pakai last month..i sian tgk dia xleh makan...btl la org ckp beauty is pain

kurus gila ...

Bln pertama je sakit sis. Bln ke2 nti da ok da. Nti lame2 da xsakit da, cume rase rimas je ade besi dlm mulut
Quote netto_ 24-12-2018 04:13 PM
moonbug replied at 24-12-2018 03:30 PM
Ada je yg pakai sebab ingat nampak cool pakai braces. Kalau tak, takdelah trend pakai fake braces  ...

Sanggup eh sbb nk ikut trend. Sakit kot pkai bende ni mula2. Yg fake tu xtau la cane gaye sakitnye. Dgn gg lmbt gerak mula la aku nk stress
Quote tikusmontok 24-12-2018 04:27 PM
mat shahir bf erra tu bertahun2 pakai tak bukak2 ok jer
Quote idakamaruddin 24-12-2018 04:31 PM
netto_ replied at 24-12-2018 04:11 PM
Bln pertama je sakit sis. Bln ke2 nti da ok da. Nti lame2 da xsakit da, cume rase rimas je ade bes ...

oo ye ke..nnt nk tgk bln 2 sheols cane..sbb skg ni asal nk lunch kene cari tmpt dia bole makan bubur sian la dia..tp tu la nk cantik pny pasal


Quote MN_jarilaju 24-12-2018 05:54 PM
kroit92 replied at 24-12-2018 01:05 PM
still, first step nye..

doktor kerajaan ke doktor swasta

Menunggu ni mmg perkara biasa kat Malaysia ini. Cth mcm kat bank pun, walaupun ada banyak kaunter tapi satu kaunter ja dia bukak. Hahaha.
Quote MN_jarilaju 24-12-2018 05:55 PM
netto_ replied at 24-12-2018 01:57 PM
Ade ke org saje2 pkai braces ni? Aku br 4 bln pkai da meluat je rase. Asik la berulang pegi dentist. ...

Ada ja. Macam-macam jenis. Tapi ada jgk yang pakai untuk kebaikan.
Quote MN_jarilaju 24-12-2018 05:56 PM
kechikchomel replied at 24-12-2018 01:58 PM
Kalau gomen bertahun jugak la. Kawan iolss buat kat gomen, dari form 4 dia register, 2nd year kat ko ...

Fuhh. Mahal jugak eh. Tengok kualiti jugak kot.
Quote MN_jarilaju 24-12-2018 05:57 PM
idakamaruddin replied at 24-12-2018 02:52 PM
kolig i br pakai last month..i sian tgk dia xleh makan...btl la org ckp beauty is pain

kurus gila ...

Beauty is pain ? Hahaha. Betul jugak tu. Siap boleh kurus ni kira tak perlu nk diet2 yg jenis hardcore jgk la kan.
Quote MN_jarilaju 24-12-2018 05:58 PM
moonbug replied at 24-12-2018 03:30 PM
Ada je yg pakai sebab ingat nampak cool pakai braces. Kalau tak, takdelah trend pakai fake braces  ...

Setuju. Macam-macam jenis ada sekrang ni.
Quote MN_jarilaju 24-12-2018 05:58 PM
tikusmontok replied at 24-12-2018 04:27 PM
mat shahir bf erra tu bertahun2 pakai tak bukak2 ok jer

Kes tu kot erra dok main tarik tali lagi dgn dia.
Quote moonbug 24-12-2018 06:02 PM
MN_jarilaju replied at 24-12-2018 05:58 PM
Setuju. Macam-macam jenis ada sekrang ni.

Yang saja pakai ni ingat they look cool, tapi sebenarnya pitiful orang yang betul-betul perlu pakai braces dok mengeluh seksa pakai braces. Anyway ada bad effect ke kalau saja-saja pakai braces ni?
Quote moonbug 24-12-2018 06:03 PM
netto_ replied at 24-12-2018 04:13 PM
Sanggup eh sbb nk ikut trend. Sakit kot pkai bende ni mula2. Yg fake tu xtau la cane gaye sakitnye ...

Kena cabut berapa batang gigi before pakai? My sis kena cabut 4. Seksa gila katanya
Quote MN_jarilaju 24-12-2018 06:05 PM
moonbug replied at 24-12-2018 06:03 PM
Kena cabut berapa batang gigi before pakai? My sis kena cabut 4. Seksa gila katanya

Kena cabut gigi yang menakutkan tu. Mgkn sbb gigi ada masalah kot.

Lihat semua komen(77)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.051395s Gzip On
    To Top