Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kalendar 2019 Putin Tidak Berbaju, Laris Di Kalangan Wanita Jepun

20-12-2018 11:41 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 11

Kalendar memaparkan gambar-gambar Presiden Rusia, Vladmir Putin tidak berbaju dan sedang mandi di tasik berais, berjalan-jalan dan mengangkat berat di gimnasium nampaknya menjadi pilihan utama wanita Jepun kerana jualannya kini mengatasi selebriti tempatan lain.


Kredit foto: New York Post
Rangkaian kedai The Loft yang mempunyai hak cipta eksklusif ke atas jualan kalendar itu melaporkan pemimpin Rusia berumur 66 tahun itu mendominasi jualan kalendar di kedai mereka seluruh negara Jepun.

 
Kredit foto: Japan Today
Dengan baki hanya dua minggu lagi, jualan kalendar 2019 milik Putin telah jauh meninggalkan personaliti terkenal termasuk pelakon Kei Tanaka di tempat kedua dan Yuzuru Hanyu, juara bertahan Olimpik luncur ais di tempat ketiga.

 
Kredit foto: Carian Google
Walaupun terdapat sumber membuat spekulasi bahawa jualan kalendar tersebut laris kerana ianya satu hadiah gurauan yang sesuai untuk wanita, tetapi sumber memberitahu Sora News 24 bahawa kebanyakan pembelinya benar-benar tertarik dengan gaya hidup dan pesona pemimpin dari Kremlin itu.


Kredit foto: here.ie
Ini bukan kali pertama Putin mendominasi penjualan kalendar di Jepun. Kalender dengan imej macho Putin juga mengungguli carta jualan pada tahun 2017. Antara gambarnya pada tahun tersebut termasuklah bermain-main dengan binatang peliharaannya termasuk seekor anjing hadiah dari kerajaan Jepun atas bantuan Rusia ketika kejadian bencana Mac 2011.

Kredit foto: CBS Philly
Tahun pertama kalendar Putin dipasarkan di Jepun ialah pada tahun 2016 di mana beliau menunjukkan kejaguhan seni mempertahankan judo tanpa berbaju. Ramai berpendapat imej Putin yang macho itu menjadi igauan wanita Jepun kerana bertentangan dengan imej konservatif Jepun secara umumnya.

Kredit foto: 20Ocean
Tidak dapat dipastikan apa pendapat Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengenai hal ini kerana mereka berdua masih lagi bertelingkah mengenai pemilikan sempadan di antara utara Jepun dan wilayah Kurils di Rusia. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 11
Komen

Previous : Pusingan Suku Akhir Grand Slam of Darts Kecoh, Pemain Saling Menuduh 'Siapa Kentut'?

Next       : Siapakah Di Sebalik Fathi Yakan, Tokoh Dunia Islam

Komen Terbaru

Quote tokchik 31-12-2018 04:17 PM
Putin ni handsme

Jepun2 terliur tgk puting si putin

Hahaaaaa

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 20-12-2018 11:44 AM
Lantak ler dia orang suka ke hapa ikut taste masing2
Quote chicozinn 20-12-2018 12:49 PM
euuuww...

tak pham fetish org jepun ni pelik2..
Quote kucingitam 20-12-2018 02:31 PM
ok wat putin..
Quote precious_chicas 21-12-2018 12:41 AM
cuba jual kat Malaysia hehe. laris jugak kot. Nak2 pulak gambar dia dgn beruang dan Siberian tiger.hahah
Quote debab76 22-12-2018 05:27 PM
kalau PM kanada yg jadi model kalendar tu meols terus borong yach!
Quote Sang_Pencinta 22-12-2018 05:53 PM
debab76 replied at 22-12-2018 05:27 PM
kalau PM kanada yg jadi model kalendar tu meols terus borong yach!



ini ke?
Quote nurelle 23-12-2018 03:12 PM
euwww....takat putin je taste pompuan jepun ni??
Quote missinpiece 27-12-2018 10:23 PM
Teruja jugakla tgk heols dan aktiviti memancing tu.   
Quote matkpop 29-12-2018 09:08 PM
kalau jual kat Malaysia pun ramai juga rasanya yang beli
Quote namr 31-12-2018 02:50 PM
oh abam putin
Quote tokchik 31-12-2018 04:17 PM
Putin ni handsme

Jepun2 terliur tgk puting si putin

Hahaaaaa

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043556s Gzip On
    To Top