Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Masih Ingat Alam Perwira, Pedang Setiawan? 5 Sebab Kenapa Komik Ini Jadi Kegilaan Dulu!

20-12-2018 10:23 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 42

Bagi mereka yang membesar pada tahun 90-an dan awal 2000, salah satu fenomena paling tidak dapat dilupakan adalah nostalgia kegemilangan komik persilatan terjemahan dari karya pelukis-pelukis Hong Kong. 

Pada zaman itu, komik-komik seperti Alam Perwira, Dendam Kesumat, Jejak Wira, Pedang Setiawan, Lingkaran Terkunci dan Dewata Raya menjadi kegilaan ramai.


Kredit foto: CariGold

Mungkin generasi muda masa kini tidak lagi mengenal pelukis ternama Hong Kong seperti seperti Tony Wong, Ma Weng Seng dan juga Wan Yat Leung. 

Mungkin juga ada yang tidak pernah mendengar kehebatan jurus Gaya Menggempa Bumi Membelah Langit, Cakar Menolak Awan, Gaya Neraka Vincci, Tendangan Vijra, mahupun Hikmat Suria.

 
Kredit foto: Orang Wangsa Maju

Kalau dibandingkan, bahan bacaan komik pada zaman itu jauh berbeza kualitinya dengan komik sekarang. Walaupun sirinya panjang dan mencecah hingga ratusan episod, pembaca tetap setia mengikuti dan membelinya setiap keluaran. Malah, ada yang sanggup berkongsi wang di sekolah untuk membeli komik keluaran terbaru. 

Meninjau kembali nostalgia lalu, ini antara kelebihan komik persilatan berkenaan;


1. Gaya Lukisan Menarik


Kredit foto: Carian Google

Gaya lukisan sesuatu komik yang cantik amat mempesonakan. Setiap pelukis mempunyai gaya lukisan tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan pesaingnya. Setiap watak mempunyai gaya berpakaian, karektor dan perwatakan tersendiri. Gaya persilatan yang penuh aksi juga mampu diterjemahkan dengan baik dalam setiap lukisan.

 
2. Jalan Cerita Penuh Mendebarkan


Kredit foto: Komik HK

Jalan cerita sesuatu komik itu menarik untuk diikuti. Sentiasa ada konflik dan twist yang tidak disangka-sangka. Di penghujung setiap komik selalunya ada cerita tergantung yang membuatkan pembaca tertunggu-tunggu keluaran komik seterusnya. Walaupun sentiasa ada watak baik dan jahat, pembaca akan mempunyai watak kegemaran masing-masing.

 
3. Harga Murah


Kredit foto: Carousell

Harga yang terjangkau dan berbaloi! Ada di antaranya yang mampu dibeli dengan harga kurang RM2.00. Nilai ini berbaloi dengan kualiti kertas dan jumlah muka surat. Oleh itu, ramai peminat yang mampu menjadikan komik ini sebagai koleksi berharga dan disimpan sebagai kenangan.

 
4. Saiz Kecil Mudah Dibawa


Kredit foto: Peace289Blog

Kerana saiznya yang ringan, nipis dan mudah dibawa, penulis selalu menyelitkannya di antara celah buku teks ketika ke sekolah. Pada waktu rehat, rakan sekelas akan bertukar-tukar bahan bacaan. Walaupun saiznya kecil, kualiti gambarnya tetapi terjaga dan kertasnya juga berkualiti

 
5. Bahan Bacaan Seisi Keluarga


Kredit foto: PASBANA

Pendek kata, seisi keluarga boleh menikmati bahan bacaan ini kerana kandungannya yang bersesuaian. Komik ini juga tidak terhad untuk golongan muda, malah, ramai lelaki dewasa menggemarinya. Penulis pernah mengenali seorang warga emas yang menjadikan komik ini sebagai bahan bacaan wajibnya.

Sayang sekali dengan perkembangan teknologi dan media sosial hari ini, bahan bacaan bercetak kini kurang diminati kerana pembaca boleh mendapatkannya terus dari Internet. Tetapi, bagi penggemar komik persilatan, penghujung tahun 90-an dan awal 2000 adalah zaman nostalgia yang tidak mungkin dilupakan.

Mungkinkah zaman kegemilangan komik dari Hong Kong itu akan berulang kembali? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
10
Marah
11
Terkejut
11
Sedih
8
Lawak
9
Bosan
8
Komen: 42
Komen

Previous : Burung Merpati Dengan Vest Berhias Dipertemukan Dengan Tuannya Selepas Hilang Seminggu

Next       : Braces, Trend Atau Keperluan ? 5 Perkara Ini Anda Perlu Tahu Sebelum Pakai Braces

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 19-1-2019 01:37 PM
Seisi keluarga tu x la..dlm dewata raya ke alam perwira tah ade babak nak release kan Qi pendekar perempuan, dia mntk member2 dia cucuk jari kt fefet sbb katenya pmpuan bole smpan Qi tersembunyi dlm uterus


Iols layan la kejap komik china ni sblm menjumpai komik mutiara naga

Lain-lain Komen

Quote kucingitam 20-12-2018 10:27 AM
best komik2 ni..tapi penat baca tak habis2..panjang naw plotnya
Quote Sang_Pencinta 20-12-2018 10:29 AM
Edited by Sang_Pencinta at 20-12-2018 10:32 AM

Teringat komik ni dulu bawa ke sekolah passing2 baca sempai lunyai lol
Quote buragazz 20-12-2018 10:30 AM
Alam Perwira... Aku baca sebab tertarik dengan Leftenan Penyulam...
Quote MrBriteSide 20-12-2018 10:34 AM
buragazz replied at 20-12-2018 10:30 AM
Alam Perwira... Aku baca sebab tertarik dengan Leftenan Penyulam...

sama do.  aku minat gile alam perwira sebab leftenan penyulam
kelass skill guna benang putuskan tangan orang jahat...
last last terpaksa korbankan kesucian utk laga2 kan ayah sang pipit merah dan anak lelaki die tu
Quote Sang_Pencinta 20-12-2018 10:35 AM
MrBriteSide replied at 20-12-2018 10:34 AM
sama do.  aku minat gile alam perwira sebab leftenan penyulam
kelass skill guna benang putuskan t ...

Baca sampai siri habis ke? Aku tak ingat ending dia LOL
Quote buragazz 20-12-2018 10:38 AM
MrBriteSide replied at 20-12-2018 10:34 AM
sama do.  aku minat gile alam perwira sebab leftenan penyulam
kelass skill guna benang putuskan t ...

Perghh ko lagi power boleh ingat story line aku dah samar2
Quote dua_chzy 20-12-2018 10:38 AM
Sebab ke-6:

HADA UNSUR EROTIK SOFT PORN yang engaging terutama Alam Perwira tuh. Apa jah takda dalam komik tu? Tinggal karakter tak dilukis telanjang sepenuhnya jah, wakakaka.
Quote palmolive 20-12-2018 11:09 AM
buragazz replied at 20-12-2018 10:30 AM
Alam Perwira... Aku baca sebab tertarik dengan Leftenan Penyulam...

tok bulu hijau
Quote buragazz 20-12-2018 11:38 AM
Aku yang paling ingat "pertembungan kuasa antara mereka mengeluarkan bunyi yang amat kuat""Klonggg..!!"
Quote kucingitam 20-12-2018 11:49 AM
buragazz replied at 20-12-2018 11:38 AM
Aku yang paling ingat "pertembungan kuasa antara mereka mengeluarkan bunyi yang amat kuat""Klonggg.. ...

hahahaha...betul2
Quote buragazz 20-12-2018 11:52 AM

mangimbau sangat kan... dulu ada satu edisi tu diaorang kluarkan poster2 hero dan heroin.. masa tu aku simpan siap tampal kat bilik masa study.. pojaan gitu...
Quote AbukRokok 20-12-2018 12:32 PM
dua_chzy replied at 20-12-2018 10:38 AM
Sebab ke-6:

HADA UNSUR EROTIK SOFT PORN yang engaging terutama Alam Perwira tuh. Apa jah takda da ...


lukisan anatominya agak cantik dan berseni
xmcm komik mulayu masa tu... mulut mcm muncung buaya lah... muka mcm kucing xsiap lah
badan papan leper semua


Quote AbukRokok 20-12-2018 12:34 PM
~Sha! ~Sha! ~Sha! ~Sha!
Quote besarkecik 20-12-2018 12:49 PM
Seisi keluarga? Ada part xunan kena rogol dengan gay dalam Pendekar Laut..
Quote abduldel 20-12-2018 03:32 PM
hebat komik lama ni. dulu baca dewata raya sampai habis entah berapa jilid.
sampai ke tua ni pun masih ulang baca. hari tu baca dewata raya balik tapi sampai separuh saja. lepas tu baca pendekar laut pun separuh jg sbb kengkangan masa.
Quote MrBriteSide 20-12-2018 03:59 PM
Sang_Pencinta replied at 20-12-2018 10:35 AM
Baca sampai siri habis ke? Aku tak ingat ending dia LOL

Ha ah aku gigih sampai abes beli. ade koleksi , balik cuti sem abes mak aku bakar seme..
ending die Ji Fat jadi maharaja China , permaisurinya of course la first love Biduanda Layang, Maharaja Zhou mati dgn gundik jahat Daji, pastu sang pipit merah dan Nenek Merbuk kembali ke tempat asal masing2..
Quote MrBriteSide 20-12-2018 03:59 PM
dua_chzy replied at 20-12-2018 10:38 AM
Sebab ke-6:

HADA UNSUR EROTIK SOFT PORN yang engaging terutama Alam Perwira tuh. Apa jah takda da ...

Kan.. Ji fat tu seme merasa..
Quote MrBriteSide 20-12-2018 04:00 PM
buragazz replied at 20-12-2018 11:38 AM
Aku yang paling ingat "pertembungan kuasa antara mereka mengeluarkan bunyi yang amat kuat""Klonggg.. ...

Aku plak impressed dgn nama nama
Rahib Esa
Siluman Halus
Biduanda Tebuan
Quote hasniey 20-12-2018 04:05 PM
Anak2 wira.
Fav satu family.mak ai siap beli versi jilid yg tebal tu...dasyat ooo penangan komik ni

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.086233s Gzip On
To Top