Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Transformasi Badan Ekstrim: Belah Lidah Dan Tatu Mata Pun Ada, Berani Cuba?

13-12-2018 12:13 PM|Oleh: Intan| Komen: 9

Apakah perkara yang paling ekstrim yang pernah anda lakukakn terhadap tubuh badan anda? Tindik pusat? Tindik telinga sebesar 20 sen kemudian dikecam oleh ibu bapa anda? Ataupun membuat modifikasi hidung supaya lebih mancung sebab bosan dengan hidung kembang? 

Sedahsyat mana pun transformasi yang anda pernah lakukan mungkin tidak boleh lawan transformasi ini. 

1. Bagelheads


Bagi penggemar bagel mungkin boleh cuba. Bagelhead merujuk kepada orang yang menyuntik sejenis cecair iaitu saline untuk mewujudkan lapisan 'subdermal' di dahi terutamanya. Namun boleh juga cuba pada anggota tubuh yang lain. Mula terkenal sejak MODCON iaitu pesta meraikan aktiviti transformasi pelik dan jelik tubuh badan di Jepun. Namun jangan risau, kesan saline itu hanya bertahan sehingga satu hari sahaja sebelum menjadi normal semula.

2. Modifikasi telinga




Jika anda penggemar siri trilogi The Lord of The Rings dan berangan untuk menjadi seperti watak elf, boleh cuba buat pembedahan telinga ini. Telinga anda akan menjadi runcing dan tajam. Cantik juga ya.

3. Implan Transdermal



Implan Transdermal ini mula dicetuskan oleh Steve Haworth yang meletakkan besi runcing atau 'metal spike' ke atas kepala Joe Aylward's untuk mewujudkan metal mohawk pada tahun 1996. Namun, disebabkan oleh ancaman jangkitan, metal mohawk ini tidak dapat kekal lama di tubuh badan dan meninggalkan parut dalam dan lama.

4. Implan Subdermal



Satu langkah di hadapan Transdermal, implan Subdermal nampaknya lebih ekstrim dan menakutkan.. Kebanyakkan implan adalah diperbuat daripada silikon dan 'ditanam' di antara ruang tulang fascia dan subcutis.

5. Tongue Splitting



Semakin menjadi ikutan remaja dan juga belia, 'tongue splitting' ini menjadikan lidah anda terbelah dua. Mungkin ini definisi sebenar lidah bercabang. 

6. Scleral Tattoo





Rasanya transformasi ini yang paling dahsyat, kalau diberi peluang pun tak mahu buat.  Walaupun dikatakan proses melakukan tatu ini tidak menyakitkan namun kesan sampingannya mungkin akan meragut nyawa anda sendiri. Jangkitan kuman, menjadi buta atau kehilangan dua belah mata adalah di antaranya.


Anda rasa bagaimana? Berani cuba? Apa-apa pun ciptaan Allah S.W.T adalah sebaik-baik ciptaan. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 9
Komen

Previous : Pencemar Nombor Satu Bumi. 8 Fakta Kenapa Anda Perlu Sokong Kempen Anti Plastik

Next       : Mahu RM420k? Syarikat Ini Cabar Anda Hidup Tanpa Telefon Pintar Selama Setahun

Komen Terbaru

Quote Nico_Robin 18-1-2019 04:26 PM
Scleral tattoo tu macam Uta Tokyo Ghoul lah pulak

Lain-lain Komen

Quote kuzaime 13-12-2018 12:30 PM
Ni jangankan budak2 kecik yg nampak, kot aku tgk depan mata pun mau seminggu tido malam mengigau
Quote GigaMom 13-12-2018 12:31 PM
Gilo apa nk sebar bemda2 gini
Quote besarkecik 13-12-2018 01:53 PM
Tengah aku baca, terbau bau arak dari arah depan ni. Kau buat pesta arak ke pek
Quote MummySafa 13-12-2018 02:03 PM
mimpi ngeri..apo nak ubah cenggini bukan lawo pun..adoi
Quote mawar_pink 13-12-2018 03:14 PM
ubah bkn jd makin elok..makin buruk adalah..kalo yg lidah bercabang tu blh bercakap dgn jelas ke x ye
Quote Artemesiaa 13-12-2018 03:19 PM
Pasti mereka akan menyesal bila usia makin kerepot nanti
Quote syidasaleh 13-12-2018 05:25 PM
Rasa sakit. Seriaunya. Apa la kepuasan yg diorg dpt tu?
Quote abangadek 13-12-2018 06:56 PM
tanam2 kt kepala tu nampak sakit kottt
Quote Nico_Robin 18-1-2019 04:26 PM
Scleral tattoo tu macam Uta Tokyo Ghoul lah pulak

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.052197s Gzip On
    To Top