Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tak Mahu Dipaksa Ke Hospital, Warga Emas Tikam Diri Sendiri

Oleh: Myra Rozi|7-12-2018 10:44 AM Komen: 11
Seorang anak tidak menyangka yang ugutan bapanya untuk membunuh dirinya sendiri sekiranya dipaksa ke hospital benar-benar berlaku.

Lelaki tersebut bertindak menikam dirinya di hadapan kedai gunting rambut di Flat Sri Saujana, Jalan Macallum.
 
Utusan Online melaporkan, mangsa yang berusia 84 tahun dan menghidap penyakit jantung itu menikam dirinya sekurang-kurangnya empat kali di bahagian perut.

Anak mangsa yang bekeja di kedai gunting rambut itu memberitahu, bapanya sering mengugut untuk membunuh diri jika dibawa ke hospital.

Foto: Utusan Online
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata,

"Mangsa mengalami masalah penyakit jantung dan sakit tua.

"Anak mangsa tidak menyangka mangsa betul-betul menikam diri sendiri hari ini di hadapan kedainya."

Bagaimanapun mangsa kini dalam keadaan stabil walaupun kecederaan yang dialaminya agak serius dan sedang menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
13
Marah
17
Terkejut
10
Sedih
13
Lawak
9
Bosan
11
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 12-12-2018 12:06 AM
ada satu teori daripada pengamal kesihatan china qigong.. orang sakit patut di suruh bersenam.. kalau masuk hospital duduk atas katil badan makin sakit..

ada kebenaranya, harap lepas ni hospital ambil tapak permainan kanak2 buat litar senam untuk pesakit.. budak2 bagi baca buku teks spbt.. harap hospital tak jadi macam menteri afrika minta kolam renang kt hotel.

Lain-lain Komen

Quote onexox97 7-12-2018 09:27 AM
akhirnya ke hospital jua pokcik
Quote matamata 7-12-2018 09:29 AM
Arwah atuk aku pun mcm ni, bapak aku hantar gi spital, digigitnya belakang bapak aku....so utk kes ni aku paham sgt perasaan si anak atuk tu...
Quote auntyaya 7-12-2018 09:44 AM
ya allah kesian nye.. memang dia org susah nak ke spital
Quote Sasakim 7-12-2018 10:54 AM
last pak cik p jugak hospital.moga diberikan kesembuhan.
Quote meklalala 7-12-2018 11:17 AM
adeh la pakcik..pakcik ingat bila tikam diri sendiri tu terlepas la ya pergi hospital..eemmm

nenek mek pun sejenis yang tak mau pergi hospital..bila kami anak cucu balik, dia mengadu sakit tu sakit ni..so kami ni cakap lah..haa jom pergi hospital..cepat kemas baju semua...eh eh elokk sihat dah..kadang kadang dia buat muka kalau ajak pergi hospital..haha lawak la, sebenarnya dia nak bermanja dengan anak cucu je..nak suruh picit picit sikit..
Quote meklalala 7-12-2018 11:20 AM
ada sorang lagi nenek..lepas balik umrah awal tahun ritu dia kena batuk..pastu dia pergi rumah mek..abang mek bawak dia pergi hospital..pastu kena warded n kuarantin seminggu dua jugak..keluar je hospital dia cakap apa tau, taknak dah pergi rumah mek time demam batuk semua tu takut nanti kena bawak pergi hopital lagi..aduyaii nenek oh nenek..

orang tua macam tu la perangainya, dengar perkataan hospital tu macam apa ntah takutnya
Quote DollahRepek 7-12-2018 11:53 AM
Aku pernah tanyer ayah mertua aku kenapa diaorg takut nk gi hospital. Mertua aku kata org dulu2 mmg takut sbb ada yang pergi hospital bila balik jadi mayat. Tu antara sebab org dulu2 takut nk pegi. Mcm biasa la bila ada yang balik dari hospital jadi mayat confirm ada yang akan membawang pasal hospital.
Quote Santut 7-12-2018 05:16 PM
Pacik blm sampai ajal. Kalau pacik tikam 5 kali. Silap2 jalan trs.
Quote miemiecha 10-12-2018 09:53 AM
senang2 msk hospital...
Quote Foxey 10-12-2018 10:42 AM
lagi cederakan diri, lagi la kena p hospital pakcik. takpelah, apapun dah selamat dah masuk hospital walaupun kaedahnya agak lain dari orang lain
Quote CiliPadiSedap 12-12-2018 12:06 AM
ada satu teori daripada pengamal kesihatan china qigong.. orang sakit patut di suruh bersenam.. kalau masuk hospital duduk atas katil badan makin sakit..

ada kebenaranya, harap lepas ni hospital ambil tapak permainan kanak2 buat litar senam untuk pesakit.. budak2 bagi baca buku teks spbt.. harap hospital tak jadi macam menteri afrika minta kolam renang kt hotel.

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.231581s Gzip On
To Top