Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

3 Peraturan Queen E Ketika Buka Hadiah Krismas, Lebih Murah Lebih Bagus!

6-12-2018 05:05 PM|Oleh: Ain | Dilihat: 1657| Komen: 12

Bila bercerita mengenai sebarang isu bersangkut paut dengan keluarga diraja Britain, pasti kita menjangkakan protokol dan peraturan ketat.

Begitu juga dengan sambutan Hari Natal atau Krismas di mana Ratu Elizabeth, 92, mempunyai tiga peraturan ketat apabila keluarga diraja itu membuka hadiah pada Malam Krismas.


Kredit foto: Mirror/Getty Images

Memetik Mirror, tradisi yang telah ditetapkan berpuluh tahun lalu itu turut 'mewajibkan' setiap ahli keluarga menyediakan barangan lucu atau jenaka sebagai hadiah Krismas.

Apa saja yang tidak dimiliki keluarga diraja? Mereka sudah memiliki segalanya. Jadi, mereka memerlukan sesuatu yang berlainan. Barulah lebih meriah, kan?

Difahamkan, ahli keluarga akan berkumpul seawal jam 6 petang pada hari sebelum Krismas (Christmas Eve) untuk membuka hadiah di dalam bilik tamu di Sandringham.


Kredit foto: TBK

Pada petang itu, setiap ahli keluarga perlu menyelinap masuk ke dalam bilik berkenaan dan meletakkan hadiah mereka tanpa disedari sesiapa.


Peraturannya adalah:

1. Tiada siapa boleh membuka hadiah sebelum mendapat kebenaran daripada Putera Philip yang mengawasi proses membuka hadiah.

2. Setiap hadiah mestilah barangan yang melucukan sebagai jenaka.

3. Lebih murah hadiah itu, lebih bagus!


Antara hadiah paling tidak boleh dilupakan adalah topi mandi dengan kapsyen "Ain't life a bitch" yang diberikan Putera Harry kepada Queen E. Nakal ya, Harry!


Kredit foto: The Sun/Getty Images

Hadiah diterima Harry daripada Duchess of Cambridge, Kate Middleton juga tidak kurang hebatnya. Kate yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Harry memberikannya boneka Grow Your Own Girlfriend yang boleh membesar hingga enam kali saiz asal sebelum Duke of Sussex itu dating dengan Meghan Markle.


Kredit foto: The Sun

Manakala, Puteri Anne pernah memberi tempat duduk tandas kulit putih kepada Putera Charles yang kini sering dibawanya ketika melakukan siri lawatan ke luar negara.

Keluarga Diraja Britain juga memiliki beberapa tradisi Krismas unik termasuk memberi 1,500 puding Krismas kepada kakitangan istana dan mengenakan tema 'Black Tie' pada makan malam keluarga.

Queen E juga menegaskan bahawa hiasan Krismas tidak boleh dikemas sebelum dia meninggalkan Sandringham.

Bagaimana agaknya sambutan Krismas keluarga diraja kegemaran ramai pada tahun ini ya? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 12
Komen

Previous : Kenapa Anak-anak Boleh Jatuh Sakit Bila Mandi Kolam Renang?

Next       : Si Cilik Kaut Hampir RM100 Juta Setahun Hanya Dengan Review Permainan Kanak-kanak!

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Selamatkan Nyawa! Jom Derma Darah Jika Lepas Semua Syarat Asas Ini
Kasih Hingga Hujung Nyawa, Ibu Tunggal Bunuh Diri Bersama Anak OKU
Miss Nepal 2018 , Selain Cantik Dia Juga....
Kenapa Anak-anak Boleh Jatuh Sakit Bila Mandi Kolam Renang?
"Boleh Ke Lelaki Perempuan Satu Saf? Macam Tak Kena Je..." - Aliff Syukri Buat Apa Lagi Tu?
Starbucks Sekat Akses Pornografi Melalui Wifi Mulai 2019
Pelajar Ugut Bunuh Pensyarah Kerana Awalkan Masa Peperiksaan
"Anak You Tu Kasi Cantik Sikit" - Anak Nana Mahazan Pula Jadi Mangsa Kutukan
Menjijikkan! Pekerja Hotel Guna Tuala Sama Untuk Cuci Tandas Dan Cawan
Hantar Bangkai Lembu, Lelaki Ugut Bunuh Salahuddin Ayub Direman
Palsukan Kehilangan Anak Untuk Uji Kesetiaan Suami
Remaja Cuba Bunuh Diri Terjun Tembok Loji Kumbahan
"Boleh Nak BerTikTok, Tapi..." - Siapa Suka Bergelek Tu Sila Baca Pesanan PU Azman Ini!
Aiman Dengan Zahirah Bercinta, Ramai Nak Tahu Apa Reaksi Fathia Latiff?
Dituduh Promosi Seks Bebas Oleh 'Geng Ustazah', Mentaliti Melayu Dikecam
Beijing Nekad Hapuskan Papan Tanda Tak Masuk Akal Menjelang Winter Olympic 2022
Sami Dera Anak Sampai Mati
"Haha... Hebat Mencari" - Ini Respons Siti Nurhaliza Bila Dituduh Pakai Busana Ciplak
Peminjam Teraniaya Harap Syed Saddiq, KJ Selesaikan Isu Bayar Balik PTPTN
Maszlee Umum Skim PGB Ditangguhkan
Maut Selepas Batuk Kuat Hingga Tersembur Serpihan Paru-paru
Selepas Putus Cinta Dengan Brooklyn Beckham, Chloe Moretz Kini Lesbian?
"Dah Gatal Bagi Orang, Sibuk Nak Kutip Balik" - Aliff Syukri Bengang Dengan Ibu Yom
Si Cilik Kaut Hampir RM100 Juta Setahun Hanya Dengan Review Permainan Kanak-kanak!
"Go To Hell With United Nation" - Tajuddin Maki PBB
"Berbaloi Ke Nasi Goreng Bodoh Macam Ni Hampir RM12?" - Fiza Berang Harga Cekik Darah
"Terus Menjandalah Jawabnya..." - Anak Tak Izinkan Mas Idayu Kahwin Lain
Saya Tiada Akses Wang Untuk Beli Harta - Waytha Moorthy
Permainan Retro Klasik, Menggamit Nostalgia Zaman Kanak-kanak Era 90-An
Suami Kahwin Diam-diam, Ini Nasihat Kental Untuk Isteri-Isteri
Ini Senarai Lagu Tema Rancangan Kanak-Kanak 90-an. Ada Yang Masih Ingat Ke Tu?
Name Shaming? Bukan Main Seronok Persenda Nama Abcde, Syarikat Penerbangan Mohon Maaf

Komen Terbaru

Quote kucingitam 7-12-2018 03:06 PM
jazaa100 replied at 7-12-2018 01:53 PM
Bagus lah kauu....

Aku pn tak suka klu org bg doorgift ada coklat & gula gula..

yerla..pi bagi kat budak, kita lak kena hadap anak punya rengek nak makan juga.
haihla..dr bagi gula2 pe sume, bagi je la duit singgit kat bebudak..lebih kurang je kosnya dgn gift gegula tu...


Lain-lain Komen

Quote pearlady 6-12-2018 10:20 PM
Fuhhh..sambut Raya pun kena ikut protokol{:question{:question
Quote CiliPadiSedap 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus buat salji dan naik van rusa turun kt malaysia.. kalau hari raya dapat hadiah kan best?? Budak2 bg coklat gula2.. masa kaka raya kt russia bukan serambi moscow budak2 sana raya dapat coklat gula2..
Quote Spicymami 7-12-2018 09:28 AM
Klu sesama dorg bg hadiah lucah merepek2 boleh plak ek  klu si meghan tu x ikut protokol sikit terus menggelupur satu istana.
Quote hotmak 7-12-2018 10:06 AM
jenuh fikir hadiah yg kelakar ni, dahlah tiap tahun rutin sama
Quote hotmak 7-12-2018 10:07 AM
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus  ...

ada tgk instafamous tu, family dia buat tradisi tukar hadiah pagi raya, best jgk, hadiah nya pun takde mahal2 biasa2 je yg penting bagi
Quote kucingitam 7-12-2018 11:49 AM
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus  ...

tak suka betoi kalau org bagi bebudak gula2, coklat semua..
especially yang bagi kat budak kecik2 ni..
coklat/gula2 pula yg jenis color2, china/thialand mari punya...aiyyoo...halal ke idok?


Quote meow_tompok 7-12-2018 12:17 PM
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus  ...

ok gak bagi gula2.... lagi budget
manja sgt dah bebudak sekarang RM1 tak pandang

Quote jazaa100 7-12-2018 01:50 PM
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus  ...

Iya lah tu.....

Klu dulu, suka lah bebudak dpt coklat & gula gula...skrg tak de pandang nya....

Salah gaya kau kena balut ipad & iphone....
Quote jazaa100 7-12-2018 01:53 PM
kucingitam replied at 7-12-2018 11:49 AM
tak suka betoi kalau org bagi bebudak gula2, coklat semua..
especially yang bagi kat budak kecik2 ...

Bagus lah kauu....

Aku pn tak suka klu org bg doorgift ada coklat & gula gula..
Biskut timbang tu semua.

.takut tak halal
Quote cik-jaja 7-12-2018 01:55 PM
Drama apa plk akan timbul masa Krismas nanti? Tah2 Meghan tak join...
Quote CiliPadiSedap 7-12-2018 02:05 PM
hotmak replied at 7-12-2018 10:07 AM
ada tgk instafamous tu, family dia buat tradisi tukar hadiah pagi raya, best jgk, hadiah nya pun t ...

Ok tunggu kaka jadi instafamous nanti kaka raya handbag letak atas kepala mohon viralkan sambil bagi hadiah
Quote kucingitam 7-12-2018 03:06 PM
jazaa100 replied at 7-12-2018 01:53 PM
Bagus lah kauu....

Aku pn tak suka klu org bg doorgift ada coklat & gula gula..

yerla..pi bagi kat budak, kita lak kena hadap anak punya rengek nak makan juga.
haihla..dr bagi gula2 pe sume, bagi je la duit singgit kat bebudak..lebih kurang je kosnya dgn gift gegula tu...


Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.041603s Gzip On
    To Top