Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pelajar Ugut Bunuh Pensyarah Kerana Awalkan Masa Peperiksaan

Oleh: Sang_Pencinta|6-12-2018 10:33 AM |Dilihat:537| Komen: 6
Seorang pelajar kolej di Florida ditangkap polis kerana mengugut untuk membunuh pensyarahnya yang menetapkan jadual peperiksaan seawal jam 7 pagi.


Kredit foto: New York Post

Rafael Decomas, 20, dari Florida Atlantic University (FAU) ditangkap selepas memuat naik ugutan di Twitter bahawa dia akan membunuh profesornya kerana menetapkan waktu peperiksaan seawal jam 7 pagi. 

Rafael Decomas didakwa atas tuduhan cuba melakukan intimidasi berupa ugutan atau mencederakan. Menurut rekod polis, seorang pengguna Twitter dengan nama Cutie Claus telah memuat naik status tersebut dan polis berjaya menjejaki identitinya dengan memadankan identiti Twitter tersebut  dengan pangkalan data pelajar FAU.


Kredit foto: WPLG

Seorang pegawai polis berjaya menghubungi Decomas dan menyakinkannya untuk menyerah diri di balai polis berdekatan. 

Menurut siasatan, Decomas mengakui beliau sebenarnya tidak berniat untuk benar-benar mencederakan profesornya, sebaliknya sekadar melepaskan rasa geram. 

Katanya, pensyarah subjek Struktur Data telah mengawalkan waktu peperiksaan subjek itu pada jam 7 pagi dan dia berasa sangat tertekan kerana tinggal jauh di Riviera Beach dan terpaksa bangun seawal jam 5 pagi untuk mengejar masa.

 
Kredit foto: Heavy.com

Memetik sumber Buzzfeed News, Decomas dibebaskan sementara atas jaminan ASD5000 (RM20,000) dan polis dikatakan masih meneruskan siasatan mereka.

Satu lagi pengajaran untuk pelajar-pelajar supaya tidak melepas geram di media sosial. Tapi memang geramlah kalau ada pensyarah jenis suka mengubah jadual sesuka hati, kan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 6-12-2018 06:31 PM

Kesilapan sendiri

Lain-lain Komen

Quote chinta89 6-12-2018 10:49 AM
kesiannya dia
Quote Sang_Pencinta 6-12-2018 10:56 AM
silap langkah ni, geram sangat pun tak payah tulis di status sampai nak bunuh

Tapi sana cepat pula polis bertindak untuk kes ugut2 medsos
Quote Artemesiaa 6-12-2018 10:58 AM
Kalau marah pun janganlah sanpai ugut nak bunuh kan dah mendapat
Quote sukacactus 6-12-2018 11:04 AM
Ucapan camtu mmg biasa bila geram tp bila pergi tweet tu kelihatan mencari masalah di situ
Quote Sang_Pencinta 6-12-2018 11:06 AM
Sy pun pernah geram melampau , pensyarah kunci dewan kuliah tak bagi masuk kerana lambat 5 minit
Quote Sang_Pencinta 6-12-2018 06:31 PM

Kesilapan sendiri

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050216s Gzip On
To Top