Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kenapa Anak-anak Boleh Jatuh Sakit Bila Mandi Kolam Renang?

7-12-2018 12:10 PM|Oleh: monolog | Dilihat: 975| Komen: 14

Salah satu aktiviti wajib bersama anak-anak di musim cuti sekolah ialah membawa mereka mandi di kolam renang, laut, sungai  dan sebagainya.

Namun, pernahkah anda atau anak-anak jatuh sakit selepas bercuti akibat daripada mandi di kolam renang?

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, ada beberapa panduan untuk mengelakkan anak-anak daripada jatuh sakit akibat mandi di kolam renang atau mengunjungi tempat rekreasi.


Kredit foto: Google

Recreational water illness (RWI) merujuk kepada pelbagai penyakit yang disebarkan oleh tempat rekreasi seperti kolam renang, kolam air panas, spa, sungai, danau dan lautan.


1. Sekiranya air yang mengandungi kuman masuk ke saluran penghadaman, ia akan menyebabkan anak-anak mengalami gejala muntah dan cirit birit.

2. Mata akan berasa pedih dan kemerahan jika kuman masuk ke dalam mata atau telinga.

3. Batuk, sakit tekak dan selsema boleh terjadi apabila kuman meruap dan masuk ke saluran pernafasan, sekali gus ia boleh menyebabkan jangkitan paru-paru.


Kredit foto: Google

Klorin yang diletakkan ke dalam kolam renang bertujuan untuk membunuh kuman. Ya, memang benar. Namun, sekiranya kolam renang di cemari najis, air kencing dan kotoran, bahan kimia ini tidak mampu berfungsi dengan sempurna.

 
Kredit foto: Everyday Health

Malah, sekiranya anda menghidu bau bahan kimia yang kuat di dalam kolam renang, ia sebenarnya bau kotoran seperti najis dan air kencing yang bercampur dengan klorin! 

Oleh itu, kita perlu peka dengan bau dari kolam renang kerana ia boleh menjadi punca penyakit berjangkit. Peranan semua pihak sangat diperlukan untuk sama-sama menjaga dan memastikan kolam renang bersih.


Fakta penting!

1. Jangan kencing atau membuang air besar di dalam kolam renang

2. Jangan benarkan anak yang tidak sihat mandi di dalam kolam renang

3. Bersihkan badan sebelum masuk ke dalam kolam renang.

4. Jangan mandi di dalam kolam renang sekiranya ada penyakit kulit atau sebarang luka terbuka

5. Jangan minum atau berkumur di dalam kolam


Air biru yang tenang jangan disangka tiada kuman. Jadi, marilah sama-sama kita menjaga kebersihan dan peka pada persekitaran kita. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Previous : Suami Pukul Isteri Dikatakan Dayus. Bagaimana Jika Isteri Pukul Suami?

Next       : 3 Peraturan Queen E Ketika Buka Hadiah Krismas, Lebih Murah Lebih Bagus!

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 10-12-2018 12:14 PM
Bagus info yang dikongsikan tapi persoalannya berapa ramai yang ikut peraturan asas sebegitu.  Kebanyakan nampak kolam je terus biarkan anak masuk tanpa periksa dulu keadaan lesihatan anak ketika tu.

Lain-lain Komen

Quote Orgkgdukobesi 7-12-2018 01:29 PM
Info yang menarik. Tq
Quote Nana_Man 7-12-2018 02:29 PM
Tapi ramai jer yg tak peduli. Buat kolam renang tu mcm kolam rumah sendiri.
Quote Nana_Man 7-12-2018 02:29 PM
Tapi ramai jer yg tak peduli. Buat kolam renang tu mcm kolam rumah sendiri.
Quote CiliPadiSedap 7-12-2018 03:41 PM
Kaka masuk kolam awal pagi je sebab kaka yang rasmikan dulu. Lain2 dapat merasa saki baki
Quote kroit92 7-12-2018 07:06 PM
aku dari kecik geli nak masuk kolam renang, sebab ada cerita apentah kat tv dulu, cakap,
"Swimming pool is a public toilet"

lepas tu masa kat u dulu, pegi kolam renang untuk student
tengok international students, yang jenis itam berkerak, berbulu, busuk berpeluh semua terjun dalam kolam, ada yang ludah-ludah

no thank you
Quote Jorja 7-12-2018 11:54 PM
"Breaking news"
Quote faraway1 7-12-2018 11:54 PM
Edited by faraway1 at 7-12-2018 02:56 PM

me tak kasi my daughter berenang kat pool di malaysia
sebab tak percaya camana dibersihkan..
plus doctor kat penang masa bawa my daughter demam
pun bagitau jangan bagi my daughter mandi kat pool
sebab bukan dibersihkan bebetul...

dan klcc tu, sekali bawa my daughter main air
best best tengah main tetiba lalu tahi seketul ...
yuk
Quote anaktoyol 7-12-2018 11:56 PM
Aku klu terpaksa jer turun pool....klu x
..mmg x lah...sbb pernah nampak org dewasa yg tersedak air pastu muntah on the spot kat dlm pool pastu larutttttt muntahnya dlm air..
Quote armin 8-12-2018 12:06 AM
Habis mcm mana nak ajar anak berenang kalau tak blh mandi pool. Takkan nk bina pool kt rumah pulak
Quote PU-ndan 8-12-2018 02:17 AM
yg tak bervaksin pun ramai dok menguatkan immune system dlm pool. dkt fb tu ada sorang runner popular ni anak2 dia yg kecik semua tak divaksinkan tiap2 minggu bawak anak masuk hutan nak menguatkan badan.

ye la kalau kena polio ke anak dia kan bukan mak bapak
Quote haliamerah 9-12-2018 02:36 PM
tp mak bapak skrg ramai je yg bawak anak mandi kolam..kalau kite xbawak anak mandi kolam katenye xreti nak biasekan anak dgn outdoor...
Quote adeqbun 10-12-2018 07:55 AM
menterian pendidikan suruh masukkan blaja berenang silibus baru uollls..so agak2 camno tu ngan fakta2 kat atas..mak pak leh say no tak atas alasan pool x bersih
Quote miemiecha 10-12-2018 10:02 AM
abg mek anti sungguh ngan kolam...
so anak2 dia mmg main kolam plastik depan umah jelah...

Quote Artemesiaa 10-12-2018 12:14 PM
Bagus info yang dikongsikan tapi persoalannya berapa ramai yang ikut peraturan asas sebegitu.  Kebanyakan nampak kolam je terus biarkan anak masuk tanpa periksa dulu keadaan lesihatan anak ketika tu.

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046781s Gzip On
    To Top