Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Remaja Meninggal Dunia Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cas Telefon

Oleh: Myra Rozi|5-12-2018 10:41 AM |Dilihat:3436| Komen: 62
Seorang remaja berusia 16 tahun mati ketika tidur akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas.

Utusan Online melaporkan, Mohd Aidi Azzhar Zahrin, 16 ditemui dalam keadaan tertiarap di lantai bilik tidur oleh ibunya pada jam 12.45 tengah hari.


Foto: Utusan Online
Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata,

"Ibu mangsa, Jamaiyah Amizah yang pulang dari bekerja cuba mengejutkan anaknya tetapi mangsa tidak bergerak dan seluruh badan anaknya sejuk. Pemeriksaan ke atas tubuhnya mendapati tiada kesan lebam atau luka tetapi di telinga sebelah kiri terdapat kesan darah.

"Selain itu sebuah telefon bimbit yang sedang dicas ditemukan berdekatan mangsa. Fon telinga pula masih terpasang di telinga kiri dan terdapat kesan terbakar."

Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 62
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cik_sssara 6-12-2018 04:39 PM
Malaysia.Doom replied at 5-12-2018 11:09 AM
Kat rumah aku USB guna plug socket camni.

Ok ke?

Kat rumah I pun ada suis macamni tapi tak guna untuk handphone, guna cas fitbit & headphone je. Bagi I lah suis ni selamat, tapi pastikan yang berkualiti dan ada cop SIRIM atau lulus safety standards (negara lain).

Lain-lain Komen

Quote cap_ayam 5-12-2018 07:58 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah buat keluarga.
Quote Syd 5-12-2018 08:01 AM
Salam takziah.
Quote Syd 5-12-2018 08:03 AM
Antara gambar
Quote Syd 5-12-2018 08:03 AM
Ummah mohon amik teladan.
Quote putehkundor 5-12-2018 08:06 AM
darah beku ke kat mata tu?
muda2 dah pergi. inalillah
Quote insulin 5-12-2018 08:10 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah buat keluarga.
Quote pagaruyung 5-12-2018 08:13 AM
takziah buat keluarga..harap bukan mcm kes ceo tu..
Quote FanTasyCreaTioN 5-12-2018 08:20 AM
harap arwah meninggal terus la .. takde sempat rasa sakit ..

Takziah untuk keluarga

"Ketika itu mangsa sedang memakai 'earphone' dan telefon bimbitnya yang berada bersebelahan telinganya sedang dicas,"katanya.
memang bahaya


Quote Diablo 5-12-2018 08:20 AM
Innalillahiwainna ilaihirojiun...

Aku selalu pesan pada anak2. Risau perkara mcm ni
Quote Syd 5-12-2018 08:29 AM
Diablo replied at 5-12-2018 08:20 AM
Innalillahiwainna ilaihirojiun...

Aku selalu pesan pada anak2. Risau perkara mcm ni

Ya.

Pls hug yayang deyy for me. Jgn main hp pesan ke dia. Nanti i kurung dia dalam washing machine ngan kucing.

I tepek je news dan pic ni kat semua tingkap whatsaap i. Nasib la kalau ckp i bebel.
Quote mawarmatahari 5-12-2018 08:31 AM
hp tgh charging ni jika boleh elakkan utk digunakan elakkan la..off dulu suis charger baru guna..dah ada bebarapa kes dah kan...peringatan utk diri sendiri jg
Quote ice_sky92 5-12-2018 09:16 AM
Kalau kita plug earphone dekat phone yang tak dicharge tak bahaya kan? Ada siapa tahu? Aku setiap malam dengar lagu masa tidur...kalau tak tak boleh lena
Quote buragazz 5-12-2018 09:17 AM
Dah sampai ajal ko dik.. semoga kau ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman

Ok yang hidup ni yang ada anak or diri sendiri.. tolonglah nasihatkan mereka2 ni.. sekarang berlambak Bluetooth speaker yang ghege 20 hinggit sila la pakai bukan nak dengau kuat2 pun dengar sayup je nak tido klu ada duit beli yang canggih klu music dah habis dalam beberapa minit dia akan off sendiri...
Quote VirginLady 5-12-2018 09:24 AM

macam mana tu 'soket yang tidak ditutup'
Quote dubuk 5-12-2018 09:28 AM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Quote Foxey 5-12-2018 09:31 AM
innalillahi wainna ilaihi ra'jiun

takziah kepada keluarga mangsa

kecut pulak baca ni. sendiri mau beringat ni sebab salu gak guna fon masa tengah charging.

Quote AbukRokok 5-12-2018 09:36 AM
rasanya mcm pernah buat
klu sambung powerbank ok ke?

dulu zaman walkman... pasang earphone sambung walkman walkman sambung power adapter sambung ke soket .... ternyata alat2 zaman dahulu sgt berkualitas
Quote aHoi83 5-12-2018 09:36 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Quote kucingitam 5-12-2018 09:37 AM
alamak..kalau guna dkt pc cemana?

Lihat semua komen(62)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055040s Gzip On
To Top