Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mati Lemas Di Australia, Perlu RM30,000 Untuk Bawa Pulang Jenazah

Oleh: Myra Rozi|4-12-2018 10:51 AM |Dilihat:5679| Komen: 114
Seorang rakyat Malaysia, Rizq Azzadin Mohd. Azhar, 32, mati lemas di Sungai Colo, Australia kira-kira pukul 9 pagi waktu Malaysia pada 2 Disember.

Sinar Harian melaporkan, mangsa yang juga merupakan anak sulung daripada empat beradik sedang mandi manda di sungai ketika kejadian.

Rizq, Foto: Utusan
Bapa saudara mangsa, Ramli Husin, 62,  berkata Rizq pergi ke negara tersebut bersama adiknya, Adam sejak Aidilfitri lepas sedang untuk bekerja kontrak.

"Semalam Rizq cuti dan dia bersama empat kawannya pergi mandi sungai.

"Menurut adiknya, Rizq turun dulu dalam sungai dan tidak naik semula. Adam dan yang lain takut untuk tolong kerana sungai dalam dan arus kuat." 

Tambahnya, kos untuk membawa pulang jenazah berjumlah RM30,000.

Rizq (kiri), Foto: Sinar Harian
"Jika kebumi di sana kosnya ialah RM40,000. Jika bawa pulang kosnya RM30,000. Jadi ibu bapa Rizq ambil keputusan bawa balik arwah.

"Kos untuk bawa pulang belum cukup. Pihak keluarga juga telah berurusan dengan kerajaan, namun dimaklumkan kerajaan tiada bajet."

"Mulanya arwah dan adiknya cadang ke New Zealand, tetapi kedua-duanya batalkan hasrat atas faktor tertentu."

Bantuan boleh disalurkan kepada ibu arwah melalui Maybank di nombor akaun 164397933465 atas nama Rokiah Hashim atau menghubungi talian 012-6929742. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 114
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote raihaneem 9-12-2018 11:02 AM
babynina30 replied at 4-12-2018 01:52 PM
Ig profile dia ckp dlu skolah plano east high tu i google persis dkt Texas, US.

Brgkali dlu dok  ...

Kira membesaq sekolah sana..

Lain-lain Komen

Quote Syd 3-12-2018 07:18 PM
Quote Syd 3-12-2018 07:19 PM
[fbp]https://www.facebook.com/MEDIADTTB/videos/363646677732310/[/fbp]
Quote Buritan 3-12-2018 07:22 PM
Mahalnya kos nak bwk balik jenazah.. sakit kat obersea pun mahai.. aku coti coti dimesia udahla..
Quote Buritan 3-12-2018 07:22 PM
Semoga dipermudahkan..
Quote jfq 3-12-2018 07:24 PM
Kenapa x kebumi kat sana aje
Quote Buritan 3-12-2018 07:26 PM
jfq replied at 3-12-2018 07:24 PM
Kenapa x kebumi kat sana aje

Kebumi lg mahai.rm40 ribu.. nak cekau mana..
Quote Syd 3-12-2018 07:37 PM
P sana kerja curi2 ker
Quote missinpiece 3-12-2018 07:38 PM
Moga dipermudahkan urusan
Quote ultra78 3-12-2018 07:53 PM
Kedutaan Malaysia tak boleh uruskan?
Quote dubuk 3-12-2018 08:23 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote akusukaq 3-12-2018 09:10 PM
ultra78 replied at 3-12-2018 07:53 PM
Kedutaan Malaysia tak boleh uruskan?

jiran aku ke aussie nak kerje petik buah.baru sebulan sampai dah kena sakit ketumbuhan. teruk hampir nak mati.masuk hospital siap kena bedah dua kali.bill hospital  pun sampai rm 80 k.mujor lah ada sorang aktivis malaysia kat sane yg tolong kutip derma dan langsaikan semua. selamat lah dia dah  balik pun sebelum visa dia tamat.
aku tumpang ucap terima je pd phk yg gigeh membantu. kesian kat anak anak dia yg ramai tu.
Quote shamsadis 3-12-2018 09:16 PM
Patut beli insurans
Quote jazaa100 3-12-2018 09:25 PM
akusukaq replied at 3-12-2018 09:10 PM
jiran aku ke aussie nak kerje petik buah.baru sebulan sampai dah kena sakit ketumbuhan. teruk hamp ...

kau tak ckp kat jiran tu kat sini pun berlambak kerja....
nak kutip buah durian pun ada....
kutip cili pun ada.....


Quote Decaffeinated 3-12-2018 09:41 PM
Colo River bapak jauh dari Sydney.

Sah lah bukan cuti2 OZ..

Local insurance tak cover ka kos pengkebumian? Kalau illegal susah lah. Accident pun not on the job.

Quote nishikido 3-12-2018 09:47 PM
akusukaq replied at 3-12-2018 09:10 PM
jiran aku ke aussie nak kerje petik buah.baru sebulan sampai dah kena sakit ketumbuhan. teruk hamp ...

Anak ramai gigih kerja jauh2 tinggalkan bini terkontang kanting uruskan sorang2.. cannot brain.sorry lah,patut i kena simpati but I just can't..
Quote prettyuglybabe 3-12-2018 09:48 PM
masuk kerja tu legal ke illegal?
takde amik insurance ke?
anyway, dah banyak kali jadi..
bila la orang kita nak amik iktibar..
and kata gaji sana lumayan..
pergi kejap dah boleh simpan puluh ribu..
ujung-ujung family jugak kena bersusah minta derma kat orang ramai..
baik kerja kat malaysia je gitu..
Quote MissNigga 3-12-2018 10:25 PM
abam syd ... cam berita lama jer ... cam pernah baca artikel ni thn lepas kot ...

huhuu
Quote Atifan 3-12-2018 10:46 PM
ultra78 replied at 3-12-2018 07:53 PM
Kedutaan Malaysia tak boleh uruskan?

Kes mcm ni mmg kedutaan akan tlg uruskan. Cuma ongkosnya kena cari sendiri. Minta la menteri or ahli parlimen atau aktivis atau billionaire yg sudi nk sponsor..kerajaan xde bagi peruntukan kewangan untuk kes2 kematian atau sakit rakyat malaysia di luar negara. Mungkin kita boleh cadangkan pada kerajaan buat tabung amanah mcm tabung harapan tu untuk bantu rakyat malaysia di luar negara dgn dana kutipan hasil sumbangan rakyat malaysia. Xde la setiap kali ada kes2 mcm ni family kena kutip derma kan? Kesian lah hai
Quote harizs 3-12-2018 11:08 PM
Insurans cover tak kos bw balik jenazah atau kos pengkebumian?

Lihat semua komen(114)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048808s Gzip On
To Top