Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Maut Ditibai Kerana Curi Pisang?

4-12-2018 09:46 AM |Dilihat:2823| Komen: 89
Padah mencuri pisang, seorang lelaki maut dibelasah di belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payong, di sini, semalam.

Memetik Berita Harian, lelaki dalam lingkungan usia 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah kira-kira jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Ketika ini, punca kematian dan motif kejadian masih dalam siasatan. Mengenai dakwaan yang tular di laman sosial mengatakan mangsa dibelasah kerana mencuri pisang, kita masih menjalankan siasatan.

Setakat ini, kita masih dalam siasatan dan tidak dapat mengesahkan dakwaan itu, katanya.

Pemeriksaan awal polis menemui pisang berhampiran lokasi kejadian dan rumah berkenaan dipercayai milik peniaga pisang.

Kita sudah mengenal pasti identiti suspek dan gerakan memburu suspek giat dijalankan, katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 89
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Syd 12-12-2018 01:32 PM
Pemilik kebun yang dituduh bunuh pencuri pisang dihadapkan ke mahkamah

Astro Awani |  Diterbitkan pada Disember 12, 2018 13:05 MYT



Pemilik kebun yang dituduh bunuh pencuri pisang dihadapkan ke mahkamah
Ismail (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang hari ini atas pertuduhan membunuh hingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Kampung Tebakang, Marang pada 3 Disember lalu. - Gambar Bernama

HULU TERENGGANU: Seorang pemilik kebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki.

Tertuduh, Ismail Mohd Don, 38 tahun, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan, tertudun didakwa menyebabkan kematian Salahuddin Ismail, 46, di sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang antara pukul 3.15 hingga 3.45 petang pada 3 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Marang.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap di belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang.

Dalam kejadian itu, tertuduh mengesyaki mangsa mencuri hasil pisang di kebunnya.

Lain-lain Komen

Quote tupaiterbang 3-12-2018 10:02 PM
sampai terkencing kena pukul
Quote dodolgemok 3-12-2018 10:15 PM
Bodohnya kau smpai mampos sebab curi pisang jah? Cash!
Quote Decaffeinated 3-12-2018 10:24 PM
sedap kot pisang orang lain...

Quote zamnie 3-12-2018 10:26 PM
Ya Allah.. kesiannye... nape smpai bunuh psl pisang jek pun...
Quote dua_chzy 3-12-2018 10:28 PM
OMG pisang je! Ko campak2 je benih pon tumbuh melata pisang tu, dah kenapa nak curik!
Quote cahaya_almas 3-12-2018 10:55 PM
dua_chzy replied at 3-12-2018 10:28 PM
OMG pisang je! Ko campak2 je benih pon tumbuh melata pisang tu, dah kenapa nak curik!

Pencuri u .mana ada rajin..yg dia tau pisang dh berbuah tu dia punya...biarpun org lain yg tanam.....huhu
Quote jazaa100 3-12-2018 11:12 PM
Knp le sanggup nk bunuh org pasal pisang....anggap je lah sedekah....bersihkn duit kau selama ni....
Quote slyfynx 3-12-2018 11:53 PM
dua_chzy replied at 3-12-2018 10:28 PM
OMG pisang je! Ko campak2 je benih pon tumbuh melata pisang tu, dah kenapa nak curik!

Pisang bukan ke membiak dgn anak pokok
De benih eh?
Quote Syd 3-12-2018 11:59 PM
Update: Polis mengesahkan suspek berusia 36 tahun (pemilik kebun pisang)  memukul suspek sehingga mati.  Suspek kini ditahan di Balai Polis Marang bagi siasatan lanjut #curipisang
Quote Syd 4-12-2018 12:00 AM
Adalah membawang sikit tadi.
Quote dua_chzy 4-12-2018 12:27 AM
slyfynx replied at 3-12-2018 11:53 PM
Pisang bukan ke membiak dgn anak pokok
De benih eh?

Benih yang ai maksudkan, bukan biji benih. Anak pokok tu bukan benih pisang ka?
Quote dua_chzy 4-12-2018 12:28 AM
Syd replied at 4-12-2018 12:00 AM
Adalah membawang sikit tadi.

Choi, sek2 dadoh rupanya!
Quote famri7 4-12-2018 12:29 AM
Syd replied at 3-12-2018 04:00 PM
Adalah membawang sikit tadi.

Tak psl2 pisang yang innosen terpalit.
Quote melnanzz 4-12-2018 12:33 AM
Curi pisang je tapi kena pukul sampai mati.

Curi duit rakyat tapi hidup masih elok, dan masih mendapat sanjungan pengikut2 setianya.
Quote melnanzz 4-12-2018 12:34 AM
Kalau zaman khalifah dulu, bukan dihukum pencuri pisangnya. Tapi ditanya kenapa kerajaan tak menyediakan pisang pada rakyat sampai ada yang terpaksa mencurinya.
Quote Syd 4-12-2018 12:43 AM
dua_chzy replied at 4-12-2018 12:28 AM
Choi, sek2 dadoh rupanya!

Itu gosip mak jemah.

Nanti kita tunggu perkembangan lanjut
Quote slyfynx 4-12-2018 12:53 AM
dua_chzy replied at 4-12-2018 12:27 AM
Benih yang ai maksudkan, bukan biji benih. Anak pokok tu bukan benih pisang ka?

Oh, anak benih...
Ok ok
My mistake
I is keliru td


Quote ultra78 4-12-2018 12:56 AM
dua_chzy replied at 4-12-2018 12:27 AM
Benih yang ai maksudkan, bukan biji benih. Anak pokok tu bukan benih pisang ka?

Teringat suatu ketika dulu saya ada ambil anak pokok pisang dari rumah atuk dan letak di tepi pagar rumah di kg. Walaupun dah lebih 10 tahun pokok pisang tu masih ada di situ sebab ia beranak. Bila tebang ia tumbuh balik.
Quote tikusmontok 4-12-2018 04:11 AM
dua_chzy replied at 3-12-2018 10:28 PM
OMG pisang je! Ko campak2 je benih pon tumbuh melata pisang tu, dah kenapa nak curik!

Pisang apa yg tanam pakai benih tu sis?

Lihat semua komen(89)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059202s Gzip On
To Top