Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Mujur Zamani Tak Tumbang Dirempuh Peminat Fanatik - Macam Sambutan Penyanyi Kpop Pula

4-12-2018 11:28 AM|Oleh: Azza | Dilihat: 5078| Komen: 58




Ramai yang meramalkan bintang-bintang Gegar Vaganza 5 tidak akan 'mendunia' selepas pertandingan tersebut berakhir. Maklumlah juara yang berjaya menarik perhatian peminat hanyalah Siti Nordiana GV2, manakala juara yang lain walaupun lagenda seperti Aisyah pula seakan sendu di persada hiburan.

Namun berlainan dengan Zamani, fenomena peminat menggilai penyanyi lagenda ini tidak terhenti setakat pertandingan itu. Sambutan yang diterima oleh para peminatnya tidak kira tua dan muda di luar jangkaan, bagaikan peminat menyerbu artis K-Pop pula.

Terbaharu di Pameran Pertanian, Holtikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018,  peminat menyerbu Zamani lalu melaungkan "I Love You" di sebalik puluhan peminat yang mengerumuni kereta yang dinaiki penyanyi Gerimis Mengundang itu. Malahan kelibat Zamani yang bertopi hitam juga tidak kelihatan dek kerana ramainya orang. Mujurlah beliau tidak tumbang dek kerana ketidakstabilan badannya.


Dalam persembahan sebelum itu, peminat yang nampaknya muda (BBNU) juga turut tidak ketinggalan bertanyakan soalan mengenai habit Zamani yang gemar memegang telinga ketika menyanyi lalu disambut dengan jenaka spontan oleh "Habis, nak pegang apa kan?" membuatkan ramai penonton tergelak beramai-ramai.



Zamani juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu yang menjulang namanya kembali dan menjadi fenomena iaitu "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta".


Lebih istimewa peminantnya mencoretkan mengenai momen-momen menarik seperti habit memegang telinga, menyelak rambut, mengusiknya supaya membuka cermin mata hitam dan sikapnya yang rendah diri membuatkan peminatnya lebih menyanjungi penyanyi ini.

Foto - IG

Foto - IG

Tidak kira apa yang Zamani lakukan, peminatnya akan sentiasa memberi sokongan moral terhadapnya. Mungkin ini aura yang dibawa sejak zaman muda belia dan berterusan kerana dia adalah Zamani, seorang lagenda yang disukai segenap umur masyarakat. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 58
Komen

Previous : Lari Kerana Didera? Kucing 'Dodi' RM50K Milik Aliff Syukri Dijumpai Selepas Hilang..

Next       : Intan Najuwa Disuruh Cuba Tutup Aurat Sebab Dah Seksi Sangat!

Komen Terbaru

Quote biozipstar 11-12-2018 09:45 PM
menyanyi berdiri tak penat ke.... kata sakit belakang

Lain-lain Komen

Quote doubleA 4-12-2018 11:44 AM
agitewwww i lebiu abgadek



Quote azwanaliori 4-12-2018 11:59 AM
Klu berisi sikit mesti hensem
Quote mieymiey 4-12-2018 12:07 PM
Semoga kembali sihat (mencapai berat badan ideal) yer abang adek
Quote whadda 4-12-2018 12:16 PM
dah kertu pon tetap jadi igauan BBNU.. harap jangan tenggelam balik
Quote bambimo 4-12-2018 12:20 PM
tahniah semoga manfaat peluang kedua. jaga kesihatan bang
Quote myakayina 4-12-2018 12:33 PM
Alhamdulillah..sambutan sangat menggalakkan.. penangan GV5..jaga kesihatan..mkn banyak vitamin ..bagi naik sikit badan tu abg adik..baru ada tenaga utk road tour dan next show..
Quote Watermelon786 4-12-2018 12:42 PM
doubleA replied at 4-12-2018 11:44 AM
agitewwww i lebiu abgadek

Hihi bersua kembali kaka.. meolss dtg sini pulak..
Quote Labeaute 4-12-2018 01:00 PM
hakak pun tak nak ketinggalan jugak
Quote little_sis 4-12-2018 01:05 PM
harap2 job lebat akan bawa perubahan dlm hidup dia.. dptkan rawatan terbaik, teruskan hidup dgn sebaik mungkin, dan semoga bertemu jodoh, amin.. semoga Allah makbulkan..
Quote Watermelon786 4-12-2018 01:08 PM
Labeaute replied at 4-12-2018 01:00 PM
hakak pun tak nak ketinggalan jugak

Hello kakak .. chuolsss pun ada sini ye?
Quote jusperia 4-12-2018 01:10 PM
cantik rambut zamani pakai syampoo apo tu?
Quote anakliar 4-12-2018 01:10 PM
BBNU bodoh. mane yang trending itu je jadi ikutan. poser sangat.
lagi best jadi bbnu zaman 90 / 80 an. muzik adalah attitude way of life.

yang muzik rock..memang betul rocker. yang underground macam punk.skinhead memang betul punker.
yang minat hiphop memang true macam too phat.

sekarang? konon zamani trending. konon minat zamani siap cakap i love you.haha


slam ada beberapa album terbaik aku tak rasa bbnu ni dengar pun.
Quote mixed 4-12-2018 01:11 PM
mmg hebat lejen ni
mana pemenang GV5 & 2nd  ada x
news dlm cari ni
Quote Labeaute 4-12-2018 01:15 PM
Watermelon786 replied at 4-12-2018 01:08 PM
Hello kakak .. chuolsss pun ada sini ye?

sajok ronda2 amik angin kejap..
Quote Paiya 4-12-2018 02:09 PM
hebat zamani
moga2 tidak mendadih lagi
Quote Rhyno 4-12-2018 02:29 PM
katanya single baru Zamani nanti ciptaan Haqiem Rusli.
Quote puanbintang 4-12-2018 02:33 PM
mendonia betul zamani lepas gv ari tuh...alhamdulilah, rezeki dia..
Quote abadi84 4-12-2018 02:39 PM
I wish artikel mcm ni boleh masuk beautifulnara. Ni asik2 gosip cinta kontroversi picisan jah..cite karier retis x byk.
Quote iza.moha 4-12-2018 02:44 PM
Nampak ceria pic bersama fbi

Lihat semua komen(58)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044756s Gzip On
To Top