Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Simpan RM100 Ribu Dalam Tin Biskut, Habis Licin Dilarikan Penyamun

Oleh: Myra Rozi|3-12-2018 06:14 PM Komen: 8
Wang tunai berjumlah RM100,000 yang disembunyikan di dalam sebuah tin biskut habis licin dilarikan empat lelaki bersenjata yang memecah masuk sebuah rumah di Bukit Rahman Putra.

Berita Harian melaporkan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang berada bersama nenek, ibu saudara dan adiknya di dalam rumah terbabit ketika itu, tampil membuat laporan polis.

Selain wang tunai, suspek juga melarikan empat unit telefon bimbit pelbagai jenama pada kejadian jam 3.45 pagi itu.

Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafaaton Abu Bakar, berkata, 

Kita ada menerima laporan berkenaan satu kes samun bersenjata. Laporan dibuat oleh salah seorang ahli keluarga mangsa.

Dalam kejadian itu, kita mendapati semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Keempat-empat suspek dikatakan menutup muka dan memakai sarung tangan ketika memecah masuk rumah itu. Kita mengesyaki semua suspek terbabit adalah warga asing."

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
14
Marah
21
Terkejut
18
Sedih
23
Lawak
23
Bosan
15
Komen: 8
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote jajangmyeon 4-12-2018 11:19 AM
kesiannya.. tapi takot yg merompak tu kenalan sendiri sebb pandai dia cri tin biskut tu

Lain-lain Komen

Quote awexgaban7 3-12-2018 07:16 PM
Puak pencuri ni mmg bole bau duit {:thief
Quote multinicky 3-12-2018 08:55 PM
mak aihhh.. knp la xsimpan dkt bank teringat plak pasal yg rumah terbakar dulu2.. katanye simpan bawah bantal or tin biskut jgk n rugi puluhan ribu ringgit
Quote ninnakarinna 3-12-2018 10:09 PM
Kagum aku org simpan duit kat rumah ratus ribu n puluh ribu. Memang menabung ke?

Kalau aku sekejap je aku joli. Dah depan mata.
Quote armin 3-12-2018 10:11 PM
Orang tua mmg suka simpan cash kt rumah kan.. sbb tak percaya dgn bank. Kalau nenek simpan asb dah dpt 8k setahun free2 jew nek
Quote moonbug 3-12-2018 10:13 PM
Banyaknya duit {:childlike
Quote mdhelmi 3-12-2018 10:46 PM
armin: Orang tua mmg suka simpan cash kt rumah kan.. sbb tak percaya dgn bank. Kalau nenek simpan asb dah dpt 8k setahun free2 jew nek

Bukan xpercaya bank,tp xde masa dan transport nk pegi bandar cucuk duit semata2 nk beli milo
Quote whitePoison 4-12-2018 01:19 AM
Hebatnya boleh simpan cash banyak2 kat rumah..Kite yang simpan dalam bank pun asik swapppp je memanjang..Biarpun dalam dompet ada 10hinggit jer..
Quote jajangmyeon 4-12-2018 11:19 AM
kesiannya.. tapi takot yg merompak tu kenalan sendiri sebb pandai dia cri tin biskut tu

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.303154s Gzip On
To Top