Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Di Sebalik Pesona Bintang, Jackie Chan Sebenarnya 'Kaki Curang' Dan Sering Langgan Pelacur

3-12-2018 11:35 AM|Oleh: Sang_Pencinta | Dilihat: 7698| Komen: 72

Pelakon Jackie Chan, 64, mengaku beliau sering melanggan pelacur, mengabaikan anaknya dan kerap mengecewakan keluarga dengan kelakuan buruknya. Bagaimanapun, beliau berkata sudah insaf dan berubah demi keluarganya. Beliau membuat pendedahan berani itu dalam edisi terbaru buku terjemahan biografinya ‘Never Grow Up’ yang mula dipasarkan 4 Disember ini.

 
Kredit foto: New Strait Times
Dalam buku tersebut, Jackie Chan mendedahkan kehidupan peribadinya yang kucar kacir, suka berganti-ganti pasangan , tabiat pemarah dan kegagalannya sebagai seorang bapa. Beliau juga mengaku sejak muda beliau suka menghabiskan wang gajinya dengan melanggan pelacur, mabuk, berjudi dan hidup berpoya-poya. Malahan, beliau mengaku pelanggan tetap kepada seorang pelacur top digelar ‘Number Nine’.

 
Kredit foto: Neststark
Memetik laporan Daily Mail, sebelum mengecapi kejayaan di Holywood, Jackie Chan mempunyai seorang kekasih bukan artis yang mengasihinya sepenuh hati tetapi beliau melayannya dengan buruk sehinggakan hubungan itu tidak berkekalan. Beliau kemudian bercinta dengan artis Taiwan, Teresa Teng tetapi kerana sering merasa rendah diri atas kejayaan Teresa, beliau mula berkelakuan kurang ajar dan hubungan itu juga tidak berkekalan.

 
Kredit foto: Carian Google
Selepas Teresa, Jackie berkahwin dengan Joan Lin selepas Joan mengandung anak pertamanya, tetapi Jackie meninggalkanya apabila terlibat skandal dengan Elaine Ng, bekas pemenang Miss Asia 1999 sehingga Elaine hamil luar nikah. Jackie berkata ada mulut-mulut yang memporak-porandakan perkahwinannya dengan Joan Lin dengan menyebarkan cerita kononnya Joan sengaja mengandung untuk menjeratnya.


Kredit foto: Batam TribunNews
Selepas skandalnya dengan Elaine terbongkar, peminat mula mencemuh Jackie Chan. “Masa itu saya sangat sombong kerana mula mengecapi kekayaan, saya tinggalkan Joan Lin yang banyak berkorban dan anak lelaki saya Jaycee juga tidak menerima kasih seorang bapa’ tambahnya. Jackie Chan yang mengaku pernah ketagihan alkohol dan mempunyai masalah mengawal kemarahan kini menginsafi semua tindakan masa lalunya. ‘Saya betul-betul menyesali tindakan saya dahulu’ katanya.

 
Kredit foto: Tribun Jakarta
Walaupun Jackie bersikap sangat terbuka dalam bukunya itu, beliau tidak menulis sebarang cerita tentang anak gadisnya dengan Elaine, Etta Ng, 19, yang juga tidak mempunyai hubungan baik dengannya. Etta, seorang lesbian, kini sudah berkahwin dan hidup miskin susulan tidak diterima ibunya yang menentang gaya hidupnya. ‘Saya sering menolong kawan-kawan saya sedangkan keluarga sendiri terabai, saya bukan ayah dan bapa yang baik tetapi saya kini cuba menebus kesilapan lampau dengan membantu anak lelaki dan bekas isteri saya’ kata Jackie Chan lagi.

Nampaknya di sebalik pesona lakonan Jackie Chan yang sempurna di mata peminat, beliau bukanlah hero sejati di luar filem. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
5
Sedih
4
Lawak
4
Bosan
3
Komen: 72
Komen

Previous : Ariana Grande Dedah Mantan Kekasih Pernah Mendengar 'Thank U,Next' Sebelum Dipasarkan

Next       : Cubaan 'Threesome' Dengan Dua Wanita Terbongkar, Cardi B Nekad Ceraikan Suami Gatal

Komen Terbaru

Quote SebastianLoving 12-12-2018 02:21 PM
Fav Movie " Who Am I "
windu layan cerita JC hehehe

Lain-lain Komen

Quote riyadhK 3-12-2018 11:42 AM
Kendu jugak pacik Jackie ni ya muda dulu
Quote Sang_Pencinta 3-12-2018 11:45 AM
Cerita peribadi dia jarang kena jaja

Ke dalam media bahasa Cina sahaja?
Quote manehnya 3-12-2018 12:04 PM
pempuan semua segak2, solid2.. x padan ngan dia.. x sedo di untong
Quote manjalara_01 3-12-2018 12:07 PM
Sang_Pencinta replied at 3-12-2018 11:45 AM
Cerita peribadi dia jarang kena jaja

Ke dalam media bahasa Cina sahaja?

ha ah...dan masuk 2018...baru la tahu sisi peribadi die mcm mana..
knp media x minat nak dedahkan kisah gelap die agaknye?...sbb die cina ke? racist betul
Quote Sang_Pencinta 3-12-2018 12:08 PM
manjalara_01 replied at 3-12-2018 12:07 PM
ha ah...dan masuk 2018...baru la tahu sisi peribadi die mcm mana..
knp media x minat nak dedahkan ...

Media cina tak suka membawang kot???
Quote Sang_Pencinta 3-12-2018 12:09 PM
Kalau media kita Jackie Chan korek taik hidung pun dah lama jadi bahan gossip  
Quote manjalara_01 3-12-2018 12:16 PM
Sang_Pencinta replied at 3-12-2018 12:08 PM
Media cina tak suka membawang kot???

x maksud i...media hollywood...yg x kluar cite psl JC ni knp?...sbb racist la
Quote Clan204 3-12-2018 12:30 PM
Jeki chan dgn geng2 die dari dulu mmg kaki cheong... Tp sbb dieorg nh pengaruh kuat dlm industri tu media sana takut nak ckp byk
Quote Sang_Pencinta 3-12-2018 12:33 PM
Maksudnya media sana banyak cover skandal2 dia lah
Quote raxief 3-12-2018 12:35 PM
perangai biasa bagi sesetengah lelaki cina kan..
Quote Sang_Pencinta 3-12-2018 01:15 PM
Ada juga artis Cina yg setia, Jay Chou, Chow Yun Fat, etc gtapi godaan artis muda memang banyak

Apa lagi yg top2 dan berjaya macam Jackie Chan
Quote makbedah 3-12-2018 02:08 PM
Dah lama Baru terbongkar. Tapi kenapa dia tak mentioned langsung anak lesbian dia tu?!
Quote Joannalee 3-12-2018 02:41 PM
Cine biasa la
Quote cikgujun 3-12-2018 03:03 PM
suka dgn Andy Lau,sbb pilih Malaysian haha
Quote abangadek 3-12-2018 03:42 PM
bukan dia ada wife nama sizuka ke? i ingat nama wife dia ni sbb nama mcm watak katun doraemon
Quote Sang_Pencinta 3-12-2018 03:55 PM
abangadek replied at 3-12-2018 03:42 PM
bukan dia ada wife nama sizuka ke? i ingat nama wife dia ni sbb nama mcm watak katun doraemon

Tak ada pulak

Sis ingat watak Doraemon kot???
Quote am2020 3-12-2018 03:59 PM
Cina pedehal..mmg gaya hdp dorang begitu..melayu islam pin byk gitu..nikan plak cina kafir
Quote annehuda 3-12-2018 05:01 PM
mcm idola heols la bruce lee tu
masa bruce lee nk meninggal dunia heols sbnrnye tgh beromen ngan retis pompuan mane ntah
tp dlm buku terus tulis 'kawan' je
Quote epullipan 3-12-2018 05:16 PM
cam hanat gak perangai dia

Lihat semua komen(72)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049950s Gzip On
To Top