Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

"Fitri Haris, Kau Melampau. Tolong Jangan Nyanyi Lagu UNIC"

3-12-2018 10:17 AM|Oleh: Amirah | Dilihat: 2763| Komen: 23

Saat kumpulan nasyid UNIC sedang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk persembahan konsert tidak lama lagi, ada pula pihak tidak bertanggungjawab menggunakan populariti mereka sewenang-wenangnya.

Keadaan ini menimbulkan rasa marah dari ahli kumpulan UNIC sendiri dan menganggap perkara ini sudah berada di luar batasan.


Mereka begitu kecewa dengan Fitri Haris yang menggunakan nama UNIC untuk konsert nyanyiannya dan diminta untuk bina identiti sendiri.

Foto: Berita Harian
Foto: Carian Internet
Perkara ini telah lama dibincangkan oleh kedua-dua pihak namun pihak Fitri Haris seperti tidak mematuhi dengan apa yang telah dipersetujui.

Foto: IG Bazli
Bazli memuat naik teguran tersebut di Instagram namun niatnya bukanlah kerana dengki atau meminta Fitri untuk terus berhenti menyanyi nasyid malah mahu rakannya itu tidak lagi menggunakan lagu-lagu UNIC untuk mengadakan persembahan. UNIC hanya ada satu sahaja di Malaysia.


Najdi pula merasakan Fitri tidak menghormati perniagaan UNIC dan telah mencari jalan penyelesaian namun masih tiada perubahan.


Konsert Fitri yang akan berlangsung di UiTM pada 9 Disember ini menyenaraikan lagu-lagu lama nyanyian UNIC dan tarikh pula dekat dengan konsert UNIC iaitu 7 Disember.

Namun pengurusnya, Fazilah mengatakan bahawa lagu tersebut adalah permintaan daripada pihak penganjur sendiri.

Tambahnya lagi, Fitri membawakan lagu tersebut mengikut versi sendiri tanpa dibayangi UNIC malah tiada langsung niat untuk mencaras rezeki kawan-kawannya.

Mesti ada salah faham semasa perbincangan dengan pihak Fitri. Harap UNIC selesaikan perkara ini dengan baik tanpa memburukkan sesiapa. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 23
Komen

Previous : Mawar Rashid Digelar Kembang Semangkuk, Raf Yaakob Bidas Netizen Kurang Ajar

Next       : Bekas Isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa Tayang Kekasih Baru

Komen Terbaru

Quote miemiecha 4-12-2018 10:36 AM
fitri ni yg kaweenn dlu bg hantaran kancil varu...
hahahahhaha

Lain-lain Komen

Quote putehkundor 3-12-2018 10:27 AM
u.n.i.c
c.u.d.i.p.t
i.luv.bazli
Quote Burong_Hantuk 3-12-2018 11:30 AM
tak minat lah!!!
Quote AshkieLa 3-12-2018 11:39 AM
lagu2 tu diorg ke yang compose? kalau bukan, komposer sebenar ade bising?

penyanyi nasyid tapi mcm kejar glamer..
bak kata Bai dalam Seniman Bujang Lapuk..

"Lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan...apa salah makan sama-sama"
Quote mieymiey 3-12-2018 11:50 AM
Bukan Munif Hijjaz dah keluarkan statement ker pasal isu ni?
Atau ada isu lain yang berbangkit?
Ker reputz cari ni yang slow?
Quote AshkieLa 3-12-2018 12:10 PM
Ini nasihat abang-abang Hijjaz

“UNIC tak ada hak nak larang mana-mana bekas anggota kumpulan menyanyikan lagu kumpulan itu,” kata komposer Munif berhubung tindakan anggota UNIC yang didakwa melarang bekas anggota kumpulan itu Fitri Haris menyanyikan lagu mereka.

Munif yang juga komposer lagu Ainul Mardiah berkata, sesiapa sahaja boleh menyanyikan lagu kumpulan itu sama ada bekas anggota atau penyanyi lain.

Menurut Munif, tindakan UNIC adalah tidak wajar kerana hak cipta milik Hijjaz Records.

“Dari segi undang-undang, tak ada siapa yang boleh halang. Tindakan Fitri atau Hafiz menyanyikan lagu UNIC tidak salah. Lagu adalah umum dan sesiapa saja boleh menyanyikannya.

“Bagi saya, isu sebegini tak perlu timbul. Secara peribadi, saya tak ada masalah pun. Mungkin ada masalah dalaman membabitkan mereka hingga tercetusnya isu ini,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, anggota UNIC iaitu Najdi memuat naik status di Instagram yang menyindir tindakan Fitri yang masih menyanyikan lagu UNIC, semalam.

Seorang lagi anggota UNIC, Fakhrul memuat naik status sama tanpa menyebut nama penyanyi itu.

Sementara itu, Isman yang juga komposer lagu Hanya Tuhan Yang Tahu berpendapat UNIC tidak layak bertindak sedemikian.

“Apa hak mereka nak halang Fitri nyanyi lagu UNIC? Fitri pun bekas anggota kumpulan itu. Lagi pula, ketika bersama UNIC, Fitri yang lebih dapat perhatian bukan saja daripada segi personaliti tetapi juga vokal.

“Sekarang dalam UNIC anggota asal yang tinggal adalah Bazli. Jadi, kenapa dua anggota lain nak sibuk? Apa hak mereka?

“Sepatutnya, Hijjaz Records yang berhak nak halang bukan mereka. Ini kerana kebanyakan lagu UNIC adalah hasil ciptaan kami,” katanya.

Menurut Isman, UNIC sepatutnya berterima kasih kepada bekas anggota lain kerana masih sudi menyanyikan lagu kumpulan itu.

“Saya suka cara Fitri datang berjumpa dan minta izin ketika nak merakamkan semula lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dalam versi solo. Bagi saya, ia bagus.

“Begitu juga dengan Hafiz yang mana akan minta izin setiap kali nak menyanyikan lagu ciptaan kami. Sepatutnya, UNIC kena berterima kasih dan bukannya halang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 6:49 PM
Quote Lorra2411 3-12-2018 12:26 PM
mieymiey replied at 3-12-2018 11:50 AM
Bukan Munif Hijjaz dah keluarkan statement ker pasal isu ni?
Atau ada isu lain yang berbangkit?
Ke ...

hahaha, reputz lah lambat
Quote awex^returns 3-12-2018 12:33 PM
Lorra2411 replied at 3-12-2018 12:26 PM
hahaha, reputz lah lambat

reputs cari kan makan suap... selain rosakkan thread orang .. cari berita dari socmed buat thread
Quote hyie 3-12-2018 12:37 PM
promo untuk konsert jah ni...kowser sangat...
Quote ummizie 3-12-2018 01:02 PM
diorg tu dengki kat fitri ke....maksudnya diorg tak baik mana la ngan fitri tu ek..hurm..macam2..
Quote MisXoXo 3-12-2018 01:10 PM
ni gimik.manjang unic akan gimic.hr tu acah acah gaduh antra najdi dgn bazli kt ig..masa tu nk kuo unic lah apalah si najdi.ada konsert ke apa masa tuh..lapar perhatian agaknya unic tiga org ni.fitri xdak buat statement dn hnya akan balas balik dlm masa 10 hr mksdnya xnk kacau show unic.punyalah matang.mcm bdk bdk xbg nyanyi..betul apa..bazli ja tgl..dua org tu sapooooo..nyebok ja jd batu api.ustaz kekdahnya tp perangai hazabedah
Quote net_level 3-12-2018 01:19 PM
kalau tak boleh try lah saman... tengok apa court decision?
Quote VirginLady 3-12-2018 01:37 PM
Lolzer replied at 3-12-2018 12:10 PM
same as tagline bella aesthetic. Hidung mancung tanpa surgery. Girl, alter muka tak semestinya surge ...

salah komen ke kak..thread lain ni
Quote tintalangit 3-12-2018 01:38 PM
Lorra2411 replied at 3-12-2018 12:26 PM
hahaha, reputz lah lambat

Benang ni dah ada yach....kenapa buka lagi....

Pergi tengok benang nasihat abang2 hijjaz
Quote insulin 3-12-2018 01:42 PM
putehkundor replied at 3-12-2018 10:27 AM
u.n.i.c
c.u.d.i.p.t
i.luv.bazli

OT jap. Siapa perempuan kat DP bro tu?
Quote aleesyasofia 3-12-2018 03:01 PM
iolss minat unic pun sbb fitri okay.. harus iolss sokong fitri selamanya..
Quote terpaku 3-12-2018 03:05 PM
Fitri harus sedap #tiber
Quote Awan_Salji 3-12-2018 03:44 PM
tered dah ada

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D3
Quote putehkundor 3-12-2018 06:59 PM
insulin replied at 3-12-2018 01:42 PM
OT jap. Siapa perempuan kat DP bro tu?

bro? auntie wanita tulen la...

dp pun bukan pompuan...itu lah penyanyi pujaan auntie...bazli unic
Quote WajibulGhunah 3-12-2018 10:11 PM
putehkundor replied at 3-12-2018 10:27 AM
u.n.i.c
c.u.d.i.p.t
i.luv.bazli

Motip kak teh dah mcm bbnu???
i.luv.bazli tu mcm rempit je??
Kak teh ke yang dalam video viral kat twitter yang pelajar sekolah perempuan panjat motor dgn baju kurung skolah pastu menari terkinja2 atas moto tu??

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045880s Gzip On
To Top