Tengok Aiman Hakim Ridza berlakon dalam drama, boleh cair dibuatnya para gadis.
Namun katanya dia sekarang lebih memilih apa yang yang ingin dilakukan dan memilih untuk menjadi lebih cerewet dalam memilih karya.
"Saya sudah menerangkan beberapa kali kenapa saya memilih karya sebelum menerima tawaran berlakon.
"Saya memilih skrip kerana memikirkan ini sangat penting untuk karier saya.
"Bukan saya sahaja tetapi artis lain juga perlu memilih malah memastikan ia bagus untuk masyarakat," katanya kepada Astro Gempak.
Aiman juga memberitahu yang sikap lantangnya di media sosial adalah untuk kepentingan dirinya.
"Bagi saya semua orang mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dalam kehidupan ini. Jadi saya melakukan itu untuk manfaat diri sendiri.
"Saya semestinya ingin bekerja dalam keadaan yang baik bersama skrip yang bagus.
"Semua orang menginginkan perkara itu cuma apa yang membezakan adalah menyuarakan atau mendiamkan diri.
"Masalah di Malaysia ialah apabila kita menyuarakan rasa tidak puas hati akan dilabel diva dan bagi saya pemikiran seperti itu salah.
"Setiap artis perlu ada ruang untuk meluahkan idea dan kreativiti kerana itu sangat penting.
"Kebanyakan daripada skrip tidak ada ruang seperti yang diinginkan umpama lembu dicucuk hidung."
Apa pun semoga Aiman terus berjaya dalam apa juga yang dilakukannya. -CARI
|