Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Pernah Dipanggil Lubuk Santau, Tapi Gerik Antara Pekan Wajib Singgah. Sebab Apa?

3-12-2018 12:20 PM|Oleh: Nameera | Dilihat: 6574| Komen: 14

Suatu ketika dulu, pekan ini pernah digemparkan dengan tempat berlakunya santau angin secara berleluasa. Namun berita itu sudah lama berlalu. Kesahihanya pun tidak dapat dipastikan.

Foto: Carian Internet

Kini tiada apa yang perlu dirisaukan. Gerik yang ditakuti adalah antara tempat yang perlu anda kunjungi andai ke sebelah utara. Apa yang terbaik di GERIK?  

Tahukah anda pekan kecil ini adalah antara pekan yang mempunyai tempat makan menarik dan sedap?

Sisca Cafe
Foto: Carian Internet

Antara Menu menjadi kesukaan ramai adalah Boat Noodle, Chicken Chop, Spaghetti, Porridge, Mochi dan banyak lagi. Jangan risau mengenai harga, ia sangatlah berpatutan dan murah.

Foto: Carian Internet

Pasar Malam 
Foto: Carian Internet

Pasar malam gerik juga disenaraikan tempat makan terbaik. Antara makanan popular adalah Young Tau Foo Ayu, Cucuk-Cucuk Goreng bersama Sos Masam Manis , Apam Balik Minangkabau, Bihun Soto, dan banyak lagi.  Pendapat penulis, ia adalah antara pasar malam yang mempunyai kepelbagaian makanan yang sangat sedap.
Waktu Operasi :  Jumaat (Petang - 11.00pm)
Lokasi :  Maybank Gerik | Belakang Maybank,

Restoran Famidah 
Foto: Carian Internet


Ini adalah salah satu restoran 24 jam di Gerik yang sentiasa dipenuhi orang kerana masakan mamak dan masakan melayu yang tidak kurang enaknya. Selain itu banyak lagi kedai mamak di sekitar kawasan Gerik.

Lokasi :  Berhadapan Perhentian Bas Gerik | Belakang  KFC. 

Selain itu terdapat beberapa restoran lain sesuai untuk anda bersarapan pagi dan makan malam. Tanya saja warga gerik, pasti ada yang mengetahuinya.

Tahukah anda Gerik juga mempunyai destinasi menarik yang boleh anda kunjungi? Yang pasti salah satunya adalah Hutan Belum/Royal Belum.

Royal Belum
Foto: Carian Internet

Antara yang menarik, Royal Belum Resort, Hentian Royal Belum, Houseboat, Kawasan Memancing, Air Terjun, kampung orang Asli dan banyak lagi.

Lapangan Terbang Gerik

Foto: Carian Internet
Selain digunakan sebagai landasan untuk mendarat, ia tempat riadah utama untuk warga Gerik dan merupakan tempat diadakan sebarang Majlis.

Mendaki Gunung Pulut dan Gunung Kerunai/Kenderong

Sejak beberapa tahun ini Gerik juga terkenal dengan ekspedisi mendaki Gunung Pulut dan Gunung Kerunai/Kenderong. Ia cukup terkenal dalam kalangan pendaki untuk melihat awan karpet atau bukit atas awan. Pemandangan di sana cukup mengindahkan.

Gunung Pulut

Gunung Kerunai 

Namun dikatakan Gunung Kenderong tidak selamat didaki buat masa ini berikutan dari tanah runtuh yang berlaku.

Dataran Loma

Foto: Carian Internet

Musim ikan Loma hanya terdapat di Gerik -Lenggong.

Menarik bukan?  Ada yang pernah berkunjung ke Pekan Gerik ke? -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
4
Komen: 14
Komen

Previous : Uniknya Fenomena 'Malam Kutub'! Pekan Di Alaska Ini Tidak Akan Disinari Matahari Selama 65 Hari

Next       : Tak Payang Pening Kumpul Duit Untuk Down Payment, Ada Rumah Semurah $1 Di Detriot USA

Komen Terbaru

Quote pittjie 5-12-2018 10:24 AM
pernah gi gerik sekaliii je. tu pun sbb antar tantin kezen i yang dpt org belah2 sana. meols suka ya pekan gerik tu. dan jln gerik tu pun meols sukaaa. duduk satu malam kat rumah rehat kat situ.

Lain-lain Komen

Quote syadq 3-12-2018 12:43 PM
Patut highlight juga nasi ikan rebus, ikan pekasam & kuih-muih comel-comel dkt pasar pagi tu.
Quote besarkecik 3-12-2018 12:44 PM
Bukan bandar santau sepatutnya gopeng ke?
Quote Artemesiaa 3-12-2018 01:23 PM
Bagus ada info sebegini boleh tambah pengetahuan buat yang belum pernah sampai kesana
Quote buapakperut 3-12-2018 02:46 PM
baca mastika dulu2 katanya yang kuat santau kat gopeng? yeke ke dak? sampai airborne lagi santaunya kat pekan dan kedai2 makan
Quote momopoko 3-12-2018 04:26 PM
pernah stay 3 hari 2 malam di Kg Ulu Kenderong, Gerik. student asing pun teruja tengok area kampung ni.
Quote NmeeraR 3-12-2018 06:37 PM
buapakperut replied at 3-12-2018 02:46 PM
baca mastika dulu2 katanya yang kuat santau kat gopeng? yeke ke dak? sampai airborne lagi santaunya  ...

Pernah dengar jugak. dan salah satunya pekan gerik juga dalam senarai. Tapi tidak pasti betul atau tidak
Quote NmeeraR 3-12-2018 06:38 PM
syadq replied at 3-12-2018 12:43 PM
Patut highlight juga nasi ikan rebus, ikan pekasam & kuih-muih comel-comel dkt pasar pagi tu.

wah kuih muih pun ada... ?
Quote ded1 3-12-2018 06:40 PM
Edited by ded1 at 3-12-2018 06:42 PM

Buat @NmeeraR dan semua,

Daerah Gerik di Perak masih terdapat ramai pengamal / bomoh santau sehingga ke hari ini. Jadi berhati-hatilah sentiasa terutama di "musim serangan".

Kenyataan anda tentang tidak pasti kesahihan berita atau dan "sudah lama berlalu" adalah TIDAK TEPAT.

Santau hanya menunggu mereka yang "leka" dan bakal menjemput anda ke "negeri abadi" kelak :-)

* jerat tidak akan pernah melupakan pelanduk, tetapi pelanduk adakala melupakan jerat yang menunggu...*

Quote NmeeraR 3-12-2018 06:45 PM
Edited by NmeeraR at 4-12-2018 03:14 PM

best
Quote NmeeraR 3-12-2018 06:57 PM
ded1 replied at 3-12-2018 06:40 PM
Buat @NmeeraR dan semua,

Daerah Gerik di Perak masih terdapat ramai pengamal / bomoh  ...

Di mana-mana pun ada sebenarnya.. Baik pekan kecil atau bandaraya sebenarnya. Ada baiknya sentiasalah berjaga-jaga . Terima Kasih untuk peringatan @ded1
Quote Suchi 4-12-2018 09:06 AM
Thread all
about perak takde ye? Cari tak jumpa pun
Iols nak g perak bulan ni misi nak cari barang2 lama antik or tradisional utk props.
Cadang nak g pasar karat ipoh, kuala kangsar dan lain2.
Susah gak nak cari hotel yg sesuai tuk bermalam yg berdekatan ngn pasar karat tu. yg ade apartmen tuk duk beramai2.
Ade yg murah dan sesuai tuk duduk 4 beranak tp jenis share bathroom plak.
Ade yg kena deposit dulu, kalau boleh xnk prepayment dan nak yg free cancellation.
Quote puanbintang 4-12-2018 02:42 PM
tak pernah sampai gerik lagi...macam menarik jugak
Quote NmeeraR 4-12-2018 03:05 PM
puanbintang replied at 4-12-2018 02:42 PM
tak pernah sampai gerik lagi...macam menarik jugak

gerik banyak jugak tempat makan sedap n harga pun tak mahal mana.....
Quote pittjie 5-12-2018 10:24 AM
pernah gi gerik sekaliii je. tu pun sbb antar tantin kezen i yang dpt org belah2 sana. meols suka ya pekan gerik tu. dan jln gerik tu pun meols sukaaa. duduk satu malam kat rumah rehat kat situ.

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048133s Gzip On
To Top