Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Lelaki VS Wanita, Kenapa Kita Berbeza?

29-11-2018 12:20 PM|Oleh: NURUL AIN ARSHAD| Komen: 20|Location:

Memang tidak dinafikan seperti kata-kata mat saleh, "Lelaki daripada Planet Marikh, Perempuan daripada Planet Venus" memang menggambarkan betapa berbezanya sifat dan perangai lelaki dan perempuan. Lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dalam rutin harian, gaya hidup dan lain-lain lagi.

Walaupun kita mempunyai kelebihan dan kekurang masing-masing, tetapi dunia ini tidak akan indah jika semua makhluk diciptakan daripada jantina yang sama.

Cara lelaki berkerja dan melakukan tugasan harian sama ada di tempat kerja dan di rumah jauh berbeza jika dibandingkan dengan cara wanita melakukannya. Hal ini juga kadang-kadang boleh mencuit hati dan adakalanya boleh menimbulkan rasa geram atau tidak puas hati. 

Jom kita tengok ilustrasi lucu yang menggambarkan beza lelaki dan perempuan:


1. Gunting atau mendandan rambut

Kebiasaannya, lelaki lebih gemar pergi ke kedai gunting rambut yang sama dan hanya membelanjakan lebih kurang RM10 sahaja untuk menggunting rambut dan mengemaskan jambang. 

Tapi, kalau perempuan ke salun atau kedai mendandan rambut, hasilnya sering kelihatan sama sebelum dan selepas mendandan. Namun, harganya boleh mencecah hingga ratusan ringgit!


Sumber: worldoftattoos.com


2. Reaksi selepas putus cinta atau break-up

Kebiasaannya, wanita akan mengalami fasa kesedihan di awal break-up, manakala lelaki cenderung berasa lebih bebas selepas putus cinta. 

Tetapi, wanita akan mula berasa kuat dan bersemangat selepas beberapa hari atau minggu kemudian. Manakala, si teruna pula akan mula berasa sedih apabila menyedari tentang realiti yang sedang dihadapinya! Akhirnya, si dara akan berasa bebas seperti burung dan seronok, manakala si teruna pula akan patah hati dan menangis di dalam hati. 

Percaya tak? Percayalah, kerana lelaki juga manusia biasa.


Sumber: pics.me.me


3. Menunggu giliran di bilik air

Gambar ini menunjukkan perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seperti biasa, naluri wanita akan lebih cenderung untuk beratur dan menunggu giliran ketika menggunakan tandas awam. Tetapi, berbeza pula bagi lelaki yang akan cuba mencari tempat gelap dan tersembunyi untuk memenuhi 'hajat kecil' mereka. 

Mengapa? Secara saintifiknya, otot spinchter (otot yang menahan urin kekal di dalam pundi) lelaki tidak sekuat otot spinchter wanita. Menarik bukan?


Sumber: tuzlanski.ba


4. Bersiap untuk keluar atau berkerja

Ini satu lagi contoh rutin harian yang menunjukkan betapa berbezanya lelaki dan wanita bersiap untuk berkerja atau keluar. Seperti langit dan bumi! 

Kaum lelaki biasanya akan terus bercukur, gosok gigi, mandi dan memakai baju dalam masa singkat. Manakala, kaum wanita akan meregang badan dahulu, menilik muka di cermin, mandi, bersolek dan bersiap paling kurang 30 minit! 

Mungkin juga kaum wanita khususnya ibu-ibu akan bangun lebih awal untul menyiapkan sarapan pagi dan bekalan anak-anak dan suami, menyiapkan anak-anak ke sekolah. Oleh itu, mereka mengambil masa yang lebih untuk bersiap. Setuju?


Sumber: nouw.com


Sumber: tufing.com


5. Mengemas beg untuk percutian

Mengemas dan menyusun barang untuk bercuti biasanya menjadi mimpi ngeri dan cabaran untuk kaum wanita. Kebiasaannya, kaum wanita lebih suka bersiap sedia sebulan atau berminggu-minggu lebih awal, namun apabila tiba di lokasi percutian pasti akan ada barang tertinggal! Betul tak? 

Berbeza dengan kaum lelaki yang biasanya hanya mengambil beberapa minit atau jam untuk menyiapkan beg sebelum memulakan perjalanan.


SUMBER: mynd.nu


6. Laman Sosial

Ini mungkin (ataupun tidak) menyedihkan untuk kaum lelaki. Sekiranya kaum lelaki atau perempuan meninggalkan laman sosial tanpa mengemaskini status terkini mereka, hal ini mungkin terjadi. Tapi, tak mustahil ini berlaku kepada kaum wanita dan sebaliknya berlaku kepada kaum lelaki. Setuju? 


SUMBER: 9GAG.COM


7. Tempat kerja dan skrin komputer

Kebiasaannya, tempat kerja kaum lelaki dipenuhi dengan barang, fail, dokumen dan makanan. Kaum lelaki menggelarkannya "organized mess" atau sepah yang disengajakan walaupun pada hakikatnya ia tetap bersepah! 

Bagi wanita pula, mereka lebih suka meja yang nampak kemas dan teratur serta sedap mata memandang.

Tapi, berbeza pula halnya apabila bercerita tentang skrin komputer! Lelaki biasanya hanya meletakkan ikon asas dan diperlukan sahaja. Manakala, skrin komputer wanita seperti rumah setinggan, penuh dan berselerak! Sampaikan tak muat nak letak ikon baru.


SUMBER: QUNKI.COM


8. Jenama syampu

Mencari syampu yang sesuai bagi kaum wanita tak jauh bezanya seperti saintis mencari penawar penyakit. Kaum wanita lebih suka mencari dan melakukan sedikit penyelidikan untuk mencari jenama syampu paling sesuai. Bermula daripada jenis, warna, pengesyoran daripada kawan-kawan, ulasan netizen sampailah ke bentuk botol, serta kandungan sebelum membeli. 

Tapi, berbeza bagi kaum lelaki. Mereka akan mengambil apa sahaja yang bertulis 'syampu' pada botol tersebut. Betul ke ni?


SUMBER:. ZADN.VN


9. Warna

Kaum lelaki bukanlah rabun warna, tetapi persepsi mereka terhadap kepelbagaian warna asas tidaklah seluas persepsi kaum wanita. 

Kalau wanita boleh senaraikan pelbagai jenis warna merah jambu seperti pink belacan, pink terang dan pink lembut, lelaki hanya akan sekadar menyebut warna pink untuk kesemua jenis pink yang ada! 

Kenapa? Secara biologinya, kaum wanita mempunyai sel-sel rod (terdapat pada kornea manusia) yang lebih banyak berbanding kaum lelaki. Menarik bukan?


SUMBER: WWW.BOMB01.COM


10. Pilihan pakaian

Walaupun dengan pilihan baju, blaus di dalam almari serta pelbagai jenis kasut tumit yang penuh di dalam rak kasut, kaum wanita biasanya akan merungut "Tak ada baju nak dipakai" setiap pagi dan setiap kali mereka bersiap ke tempat kerja atau kenduri. 

Ini juga antara penyebab mengapa mereka selalu membeli-belah dan menambah pilihan pakaian mereka. Berbeza pula bagi kaum lelaki yang hanya ada beberapa helai kemeja, kemeja T, sepasang seluar jeans dan seluar slack hitam di dalam almari mereka. 

Kebanyakan lelaki hanya mempunyai sepasang kasut kerja dan sepasang selipar. Perempuan pula mempunyai satu almari kasut yang pelbagai! Betul kan? 


SUMBER: DESKGRAM.NET


11. Mencari barang yang hilang

Sekiranya kaum lelaki tidak menjumpai barang mereka, kebiasaannya mereka akan bertanya kepada ibu atau isteri di mana barang tersebut. Macam biasa dengarkan? 

Satu lagi situasi di mana, isteri atau ibu meminta mereka mencari bahan di dalam peti ais, kaum lelaki kebiasaannya mengalami kesukaran untuk menemui bahan tersebut. 

Kenapa? Sebab kaum lelaki mempunyai pemandangan binokular atau teropong. Mereka berkebolehan dan cenderung melihat objek yang jauh. Manakala kaum wanita pula mempunyai pemandangan mata periferal yang lebih luas berbanding lelaki. Mereka berkebolehan melihat corak dan butiran halus yang terdapat pada objek berhampiran mereka. 


SUMBER: BUZZFEED.COM

Walau bagaimanapun, perkara-perkara ini tidaklah berlaku kepada semua lelaki atau wanita. Perbezaan ini tidak memberikan sebarang kelebihan atau kekurangan pada mana-mana pihak dan kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. 

Oleh itu, hargailah kelebihan dan terimalah kelemahan pasangan atau kawan berlainan jantina kita. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
4
Bosan
1
Komen: 20
Komen

Previous : Suami Pukul Isteri Dikatakan Dayus. Bagaimana Jika Isteri Pukul Suami?

Next       : Name Shaming? Bukan Main Seronok Persenda Nama Abcde, Syarikat Penerbangan Mohon Maaf

Komen Terbaru

Quote AlFayyadh636 4-12-2018 10:16 AM
meklalala replied at 3-12-2018 05:57 PM
Ya betul tu..ok u bersiap berapa lama?

Oh satu lagi pasal mengemas tu..mek kalau kat kg time m ...

For me, it took around 15 minutes. Haha.  Drpd mandi-dah siap bertudung. 15 minit. Ok kot kan. Hahaha.

Mengemas pulak, jenis yang buang benda yang betul-betul tak guna je. Lain bersih n simpan..hehe

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 29-11-2018 12:39 PM
Kalau sama je semuanya pasti akan membosankan bila ada sedikit perbezaan baru meriah dunia
Quote mdhelmi 29-11-2018 02:11 PM
ada 1 lagi
mengemas rumah
kalo aku kemas rumah siap2 pegang plastik sampah
mana2 benda rasa xperlu buang je
kalo pompuan itu xbole buang ini xbole buang
Quote buapakperut 29-11-2018 03:15 PM
bab2 mandi dan bersiap tu, iols dengan anak lagi pantas dan tuntas dari suami ya.
Quote ninjago 29-11-2018 03:40 PM
buapakperut replied at 29-11-2018 02:15 PM
bab2 mandi dan bersiap tu, iols dengan anak lagi pantas dan tuntas dari suami ya.

sebijik cm my uncle. kalau tunggu dia bersiap cam pengantin lamanya.. nak kata metrosexual tak jugak.. ntah apa dia buat ntah.. anak2 3 org ngan bini semua dah siap lama.. pastu kena menunggu dia. EVERY.SINGLE.TIME.
Quote ninjago 29-11-2018 03:42 PM
mdhelmi replied at 29-11-2018 01:11 PM
ada 1 lagi
mengemas rumah
kalo aku kemas rumah siap2 pegang plastik sampah

terbalik pulak kat umah ktorg.. i yg akan amik plastik and buang segala benda yg bersepah yg rasa2 cam tak perlu nak simpan or boleh beli lain. especially toys budak2 nie.. takde keje nak sort tgk satu2 perlu buang ke tak..tapi laki i yg bising apsal buang tu apsal buang nie.. yihhhh
Quote buapakperut 29-11-2018 07:15 PM
ninjago replied at 29-11-2018 07:40 AM
sebijik cm my uncle. kalau tunggu dia bersiap cam pengantin lamanya.. nak kata metrosexual tak jug ...

tu la, mungkin terbiasa wat slow slow
Quote whitePoison 29-11-2018 10:42 PM
Itu yang membezakan lelaki dan perempuan..perbezaan itu membuat adam dan hawa saling diperlukan satu sama lain untuk melengkapi sebuah kehidupan..
Quote RatuDunia94 30-11-2018 01:32 AM
Yg lelaki pukul 7 tu tgh cikcap ke? {:smile

Quote meklalala 30-11-2018 09:56 AM
mek boleh bersiap less than 15 minit je..

tapi bila ayah ajak keluar, kena bersiap sejam sebelum! kalau nampak hint hint nak keluar tu kena siap terus..sebab sekali dia ''jom'' dia dah tunggu dalam kereta dah
Quote meklalala 30-11-2018 09:59 AM
oh btw mek pun ada post pasal beza lelaki dan perempuan tapi dari segi perspektif psikologi evolusi..boleh try baca kat sini hehe

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1

Quote AlFayyadh636 3-12-2018 05:40 PM
meklalala replied at 30-11-2018 09:59 AM
oh btw mek pun ada post pasal beza lelaki dan perempuan tapi dari segi perspektif psikologi evolusi. ...

Wow. Thank you mek!
Quote AlFayyadh636 3-12-2018 05:41 PM
meklalala replied at 30-11-2018 09:56 AM
mek boleh bersiap less than 15 minit je..

tapi bila ayah ajak keluar, kena bersiap sejam sebelum! ...

Setuju. So basically, takle pukul rata semua orang bersiap lambat or cepat based on their gender kan? Tapi kebanyakan wanita memang takes time skit. Hehe
Quote AlFayyadh636 3-12-2018 05:44 PM
Artemesiaa replied at 29-11-2018 12:39 PM
Kalau sama je semuanya pasti akan membosankan bila ada sedikit perbezaan baru meriah dunia

Setuju. Kalau sama je. Bosan
Quote AlFayyadh636 3-12-2018 05:45 PM
mdhelmi replied at 29-11-2018 02:11 PM
ada 1 lagi
mengemas rumah
kalo aku kemas rumah siap2 pegang plastik sampah

Wow. Ni memang lain daripada yang lain. Good!
Quote AlFayyadh636 3-12-2018 05:46 PM
buapakperut replied at 29-11-2018 03:15 PM
bab2 mandi dan bersiap tu, iols dengan anak lagi pantas dan tuntas dari suami ya.

Betul. Biasanya perempuan lagi cekap bila dah selalu handle situasi camtu
Quote AlFayyadh636 3-12-2018 05:46 PM
ninjago replied at 29-11-2018 03:42 PM
terbalik pulak kat umah ktorg.. i yg akan amik plastik and buang segala benda yg bersepah yg rasa2 ...

Haha..lucu ni.
Quote AlFayyadh636 3-12-2018 05:47 PM
whitePoison replied at 29-11-2018 10:42 PM
Itu yang membezakan lelaki dan perempuan..perbezaan itu membuat adam dan hawa saling diperlukan satu ...

Setuju. Sebenarnya we compliment each other.
Quote meklalala 3-12-2018 05:53 PM
AlFayyadh636 replied at 3-12-2018 05:40 PM
Wow. Thank you mek!

No problem..free nanti masuk la thread mek tu..boleh share nanti..
Quote meklalala 3-12-2018 05:57 PM
AlFayyadh636 replied at 3-12-2018 05:41 PM
Setuju. So basically, takle pukul rata semua orang bersiap lambat or cepat based on their gender k ...

Ya betul tu..ok u bersiap berapa lama?

Oh satu lagi pasal mengemas tu..mek kalau kat kg time mek mengemas mek akan buang segala mak nenek yang mek rasa memang patut buang..tp mak i tak macam tu..dia akan simpan..kadang keluar dari mulut dia, "mek kalau mengemas semua benda dia buang"..pastu boleh pulak bila dah buang dia poi amek balik ...see padahal kami sama gender tp berbeza pemikiran..

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046739s Gzip On
    To Top