Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Jubah Konvo Ni Bukan Murah, Dah Kenapa Pakai Pergi Mandi Sungai..

Oleh: Whitney|28-11-2018 12:32 PM Komen: 30
Sebaik sahaja menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi, perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh para graduan ialah untuk menyarung jubah konvokesyen dan menerima skrol di majlis konvokesyen yang diadakan oleh pihak universiti atau kolej. Ia sudah pasti mencipta sejarah dan memori terindah dalam hidup setelah beberapa tahun berusaha bersungguh-sungguh menamatkan pengajian mereka. 
Perasaan menyarung jubah konvo sempena hari konvokesyen adalah suatu yang sangat membanggakan dan menyeronokkan. Ia bukannya selalu tetapi mungkin hanya sekali dalam seumur hidup. Jadi, rata-rata para graduan akan menggunakan peluang yang ada untuk mengabdikan kenangan mereka menyarung jubah konvo mereka dengan mengambil seberapa banyak foto malah ada yang menggunakan khidmat jurufoto untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik untuk dijadikan kenangan. 

Bagaimana pun, seorang pengguna twitter ini telah mengecam seorang graduan yang memuat naik gambarnya memakai jubah konvokesyen di sebuah kawasan air terjun. Mungkin ingin mencipta kelainan dan menjadikan kenangan yang tidak akan dilupakan dalam hidupnya, dia telah membasahkan jubah konvokesyen yang disarungnya itu dan mengambil beberapa keping gambar dengan pelbagai aksi. 

Janganlah basahkan jubah tu...
Dari segi etika, jubah konvokesyen hanya diberi sewa untuk jangka masa yang ditentukan dan graduan wajib menjaganya dengan baik kerana ia perlu dipulangkan semula. Malah, ia sepatutnya tidak boleh dibasahkan dan perlu dicuci dengan kaedah cucian kering bagi mengelakkan kerosakan pada benang sulaman. Seterusnya, jubah tersebut akan diulang pakai oleh graduan pada majlis konvokesyen pada tahun berikutnya. 

Dah konvo pun bodoh
Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran lelaki ini dalam status twitternya. Mereka turut mengecam dan menganggap ia merupakan suatu perkara yang bodoh dan tidak boleh diterima apabila ia dilakukan oleh seorang individu terpelajar. 


Kena beli kalau nak buat sesuka hati
Jubah konvokesyen bukanlah murah dan setiap graduan perlu menjaganya dengan baik tanpa membuat kerosakan. Netizen menyuruh graduan tersebut membeli jubah konvokesyen tersebut jika ingin melakukan sesuka hatinya. 

Trend konvo yang melampau
Bukan apa, makin lama, makin mengarut pula trend konvokesyen sekarang.  Para graduan masing-masing berlumba-lumba untuk mencipta kelainan dan menarik perhatian orang ramai dengan idea kreatif dan luar biasa mereka semasa menyarung jubah konvokesyen. Termasuklah apa yang dilakukan oleh graduan ini sehingga dilihat sudah hilang rasa hormat pada jubah konvokesyen. 

Kesian...gambar takdelah cantik pun
Malah, ramai netizen yang mengecam gambar yang diambil tidaklah secantik mana. Ia seakan tidak berbaloi dengan apa yang dilakukan tetapi teruk dikecam oleh netizen. 

Jadi, janganlah bersikap pentingkan diri demi memuaskan hati dan melahirkan rasa gembira yang teramat. Benarlah, peluang menyarung jubah konvokesyen bukanlah selalu, tetapi abadikan kenangan tersebut dengan cara yang lebih beretika. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 30
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mjla 3-12-2018 11:53 AM
Boleh buat kain kapan skali dik

Lain-lain Komen

Quote swimswim 28-11-2018 12:41 PM
Baru diploma. Kalau dpt phd ni mau mandi lava gunung berapi
Quote prettyuglybabe 28-11-2018 12:43 PM
kalau dia dah beli jubah tu, lantak dia la..
Quote allysumc 28-11-2018 12:51 PM
mungkin dia beli jubah tu dgn baki duit ptptn yg msh ada..husnuzonn
Quote buapakperut 28-11-2018 12:56 PM
graduan jakun
Quote moonbug 28-11-2018 12:59 PM
BBNU biasalah
Quote sapeka 28-11-2018 01:16 PM
ni semuanya poyo
Quote shernazz 28-11-2018 01:18 PM
swimswim replied at 28-11-2018 12:41 PM
Baru diploma. Kalau dpt phd ni mau mandi lava gunung berapi

Kalau phd..mmg sure beli ounya lah
Susah woo nak dpt ..huhu
Quote slipar_jepon 28-11-2018 01:20 PM
IQ rendah{:thief
Quote miszclassique 28-11-2018 02:46 PM
Nak dapat like punya pasal
Quote EvieWanKenobi 28-11-2018 03:24 PM
perbuatan tak masuk akal..
Quote makton 28-11-2018 03:34 PM
aku masa konvo, lepas hbis je majlis amik pic sikit2 ala kadar, terus aku lari pegi pulangkan jubah. malas aku nak simpan lama2.

yg penting aku kuar dr uni cepat2 sbb malas nak mengadap jem & cuaca panas
Quote Skuau 28-11-2018 03:42 PM
bagai kera dpt jubah.(pepatah baru)
Quote mdhelmi 28-11-2018 04:33 PM
basahkan je ape ada hal
lainla dia gunting baju tu buat alas kaki
Quote nishikido 28-11-2018 04:46 PM
Bbnu sekarang ramai mengada2..konon habis hipster lahh tu pose pelik2 tu.belom lagi buat thread kat twidder meratap hiba abah/emak/kak long/nenek/jiran sekampung xdapat datang tengok korang konvo..pelisss..konvo jer pon,dip je lak tu..
Quote kroit92 28-11-2018 08:19 PM
kalau dia dah beli, lantak dia la nak buat ape dengan baju tu..

gambar buruk ke, lawa ke, salahkan photographer
Quote ipanimanz1 28-11-2018 08:26 PM
omg,mmg jubah skg beli ek?zmn akak dlu sewa ja...hri ke3 dah pulangkn blik...
Quote bungarose 29-11-2018 12:45 AM
Manusia maner yang bodoh sgt tuh
Quote mieymiey 29-11-2018 09:04 AM
Kalau jubah ko takder siapa kecam dek.
Tapi kalau 'barang pinjaman', memang tak elok perangai ko.
Quote itams 29-11-2018 09:25 AM
rare la sangat nya  tuh

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057539s Gzip On
To Top