Masih lagi dengan kehangatan model antarabangsa, Bella Hadid yang mengunjungi Kuala Lumpur beberapa hari lalu. Ramai selebriti mengambil kesempatan untuk merakamkan foto kenangan bersama supermodel itu seperti Neelofa dan Scha Alyahya.
Pastinya dengan ketinggian 170cm menghampiri ketinggian Bella (175cm), gambar Scha lebih mendapat perhatian berbanding artis lain. Apatah lagi mereka mempunyai raut muka, aura model dan bentuk badan yang hampir serupa menyebabkan ia tampak cantik dan fotogenit.
Namun apabila ada peminat yang menyatakan Scha lebih cantik berbanding Bella, ramai pula yang merasakan ianya satu ulasan tidak adil kerana kedua-duanya memiliki kecantikan tersendiri, jadi tidak adil untuk membandingkan kedua-duanya.
|