Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Burung Merpati Dengan Vest Berhias Dipertemukan Dengan Tuannya Selepas Hilang Seminggu

4-4-2019 05:26 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 16

Suratkhabar The Arizona Republic melaporkan bahawa seekor burung merpati yang menjadi viral dalam media sosial kerana dijumpai dengan rompi (vest) berhiaskan manik-manik yang bergemerlapan telah dipertemukan semula dengan pemiliknya.

 

Kredit foto: ABC7 Chicago



Marlette Fernando dan suaminya, pemilik burung merpati itu telah dihubungi oleh pusat penjagaan haiwan, Fallen Feathers Resque dan mereka telah pun menuntut burung merpati yang dinamakan Olive itu.

 

Kredit foto: ABC7 Chicago


Burung itu dihantar ke pusat perlindungan itu di Peoria lebih kurang seminggu lalu. Menurut pengarahnya, Jody Kieran, dia serta merta menyedari burung itu haiwan kesayangan seseorang apabila melihat vest istimewa yang dipakainya bergemerlapan dengan hiasan manik dan kristal. Pusat itu kemudiannya mengiklankan penemuan burung tersebut di Facebook.

 


Kredit foto: Inside Edition

Menurut pemiliknya Marlette, seorang kawannya yang telah melihat iklan itu telah menghubunginya. Olive dikatakan hilang dari rumah pada 7 November lepas. Pusat tersebut dalam iklannya memaklumkan bahawa burung itu akan diserahkan kepada pemilik baru jika tidak ada sesiapa yang menuntutnya dalam 10 hari.

 

Kredit foto: Fox 8


Pengarah Fallen Feathers Resque memberitahu, beliau terkejut ketika mula-mula menerima panggilan mengenai burung merpati tersebut kerana dalam 20 tahun sepanjang kerjayanya, beliau tidak pernah melihat burung merpati dipakaikan sedemekian. Seorang wanita nampak burung itu di perkarangan rumahnya dan menelefon pusat kami, kami terkejut dan bergurau mengatakan burung itu mirip penghibur terkenal Liberace yang popular dengan rompi bergemerlapan katanya lagi.

 

Nampaknya bukan anjing dan kucing sahaja yang diberikan pakaian, burung pun tidak terlepas dari trend ini. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 16
Komen

Previous : Kembar Siam Bhutan Jalani Pembedahan Pemisahan Hasil Sumbangan Rakyat Dan Kerajaan Australia

Next       : Lelaki VS Wanita, Kenapa Kita Berbeza?

Komen Terbaru

Quote Foxey 19-6-2019 09:59 PM
Selepas terkena flu berkaitan virus dibawa oleh birds, i'm starting to dislike birds

Lain-lain Komen

Quote multinicky 4-4-2019 05:44 PM
comel..dh mcm penguin pakai tux
Quote AwanCikDania 4-4-2019 07:58 PM
Comel sungguh lah burung merpati ni. Leh kirim surat tak. {:hooray
Quote Syamimi1117 4-4-2019 08:14 PM
Wow comelnyeeeeee
Quote Sang_Pencinta 4-4-2019 09:18 PM
Berat vest dia tu nak bawa terbang
Quote OrkedCattleya 5-4-2019 01:32 AM
Comel...{:childlike
Quote AyaqMeloSuam 5-4-2019 07:51 AM
Lagu mna la dia nk terbang.. ini 1 penganaiyan thdp binatang... repotttttttt kt aktivis hewannnn !!!!!
Quote adik_aza 5-4-2019 10:46 AM
comel lak burung ni pakai vest .. nak try pakaikan kat burung merpati rumah ni la .. tapi taklah jinak gini
Quote akuni 5-4-2019 11:28 AM
Kasihan pla Kat burung merpati ni...mesti berat vest tu nak dbawaknya terbang. Ini bukan haiwan kesayangan namanya...dah mcm haiwan deraan
Quote akuni 5-4-2019 11:28 AM
Kasihan pla Kat burung merpati ni...mesti berat vest tu nak dbawaknya terbang. Ini bukan haiwan kesayangan namanya...dah mcm haiwan deraan
Quote akuni 5-4-2019 12:24 PM
Ini bukan haiwan kesayangan ni..ini penderaan ke atas haiwan
Quote Artemesiaa 5-4-2019 01:10 PM
Wah comelnya cantik pulak dah dipakaikan sebegitu
Quote ikanmasin 5-4-2019 02:27 PM
alololooo comelnya.sng nak tau gak burung merpati sapalah yg hilang kan..
Quote Campanula 5-4-2019 03:57 PM
sian kat burung tu
Quote lee_sakura 5-4-2019 04:55 PM
ala tomeynya dia pakai vest
Quote miarshya 9-6-2019 06:58 AM
Vest tu ownernya ikat kat leher atau sayap?
Quote Foxey 19-6-2019 09:59 PM
Selepas terkena flu berkaitan virus dibawa oleh birds, i'm starting to dislike birds

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.077503s Gzip On
    To Top