Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Demi Cinta, Harta Benda Tergadai Warga Emas Ditipu Pemuda Sri Lanka

28-11-2018 11:58 AM|Oleh: Nia Mohamad| Komen: 26

Cinta tidak mengenal batas usia, bangsa, mauhupun warna kulit. Dek kerana cinta, ramai yang menghabiskan wang ringgit dan berkorban apa jua.

Itulah yang dialami wanita British berusia 60 tahun ini. Oleh kerana jatuh cinta terhadap seorang pekerja hotel di Sri Lanka yang cuba memikatnya, Dianne sanggup berhijrah ke negara itu.


Kredit foto: NZ Herald

Beliau menyangka, suaminya Priyanjana yang berusia 27 tahun itu ikhlas mencintainya. Malah, beliau sanggup menjual rumahnya di Musselburgh secara tunai dan menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah rumah di Sri Lanka dan tinggal bersama suaminya. Beliau turut membelikan bas mini untuk Priyanjana. 

Jumlah perbelanjaan yang telah dihabiskan untuk suaminya mencecah 90,000 pound sterling (RM481,150). Meskipun telah dinasihati keluarga dan rakan, Dianne berdegil dan menganggap Priyanjana cinta sejatinya. Akhirnya, Dianne sedar suaminya hanya mempergunakannya atas nama cinta. 


Kredit foto: tribune.com.pk

Namun, setelah Priyanjana tiba-tiba mati ditembak, keluarga Priyanjana menghalang Dianne meninggalkan rumah. Beliau masih bernasib baik kerana akhirnya berjaya meloloskan diri selepas dua tahun dan kini kembali ke negara asal beliau dalam keadaan sehelai sepinggang, tanpa sebarang simpanan untuk meneruskan kehidupan baru. 

Menurut Mirror, Priyanjana ditembak tiga kali pada 30 Mei lalu oleh pemeras ugut yang mengetahui dia memiliki banyak wang.


Kredit foto: NZ Herald

Kerana cinta, beliau hilang segala-galanya. Semoga apa yang terjadi kepada Dianne menjadi pengajaran kepada kita semua. Cinta itu memang buta, tapi jangan sampai kita membuta tuli mengikut kata hati tanpa berfikir panjang mengenai kesan dan akibatnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 26
Komen

Previous : Siapakah Tutu? Wajahnya Menjadi Dambaan Pelukis Potret Dan Pengumpul Seni Moden

Next       : "Jangan Gopoh..." - Pesanan Michelle Obama Buat Meghan Markle

Komen Terbaru

Quote nh1129 30-11-2018 11:40 PM
Artikel mcm karangan darjah 6. Tak clear la jalan cite

Lain-lain Komen

Quote Ferr_Remy 28-11-2018 12:05 PM
Artikel x jelas. Cmne tetibe laki die kena tembak? Sebelum tu plak tetiber bini tu tau laki tu cinta sebab harta je? Ke bini die yg tembak? Pakat mai explain skit chuols.
Quote buapakperut 28-11-2018 12:06 PM
sampai kurus sheols
Quote prettyuglybabe 28-11-2018 12:16 PM
cinta memang tak kenal usia rupa bangsa dan harta..
tapi wanita tak berupa memang senang diperdaya dengan cinta..
Quote RamonaFlower 28-11-2018 12:59 PM
Ape ni cerita tak lengkap
Quote Hanukkah.2Dec18 28-11-2018 01:00 PM
prettyuglybabe replied at 28-11-2018 12:16 PM
cinta memang tak kenal usia rupa bangsa dan harta..
tapi wanita tak berupa memang senang diperdaya  ...

Separyrnya keja pompuan giling rempah kat dapur layan suami...baru dapat syurga...syurga pompuan tu diperoleh dr suami.

Quote prettyuglybabe 28-11-2018 01:11 PM
Hanukkah.2Dec18 replied at 28-11-2018 01:00 PM
Separyrnya keja pompuan giling rempah kat dapur layan suami...baru dapat syurga...syurga pompuan t ...

fahaman mana u amik tu?
Quote Hanukkah.2Dec18 28-11-2018 01:17 PM
prettyuglybabe replied at 28-11-2018 01:11 PM
fahaman mana u amik tu?

Fahaman Mekah, Saudi Arabia.
Quote prettyuglybabe 28-11-2018 01:18 PM

elok la belajar lagi supaya lebih faham..
Quote Hanukkah.2Dec18 28-11-2018 01:20 PM
prettyuglybabe replied at 28-11-2018 01:18 PM
elok la belajar lagi supaya lebih faham..

Akak anut fahaman Mekah.

Pompuan Melayu malas giling rempah...susah sikit tak boleh. Fahaman KLCC korang tu akak tak anut...sorry.
Quote obses_budak 28-11-2018 02:23 PM
Bukan salah jantan la..bkn tk syg..tapi dh mati kene tembak..how hah? Hehehe fmly mentua syg la tu..sbb tu tk bg pindah.. Gitueew..{:run{:thief
Quote fushimi 28-11-2018 02:29 PM

AHAHAHHAHAHAHHHAHA
Quote fushimi 28-11-2018 02:32 PM
patutnya orang hodoh gemuk sepatutnya boleh pikir sejuta kali kenapa ada orang nak kat ko kalau ko sejenis banyak duit






Quote miemiecha 28-11-2018 03:17 PM
kazen mek kawen mamat hendon..
ujg2 kne kurung.. satu hal plak nk selamatkan..
xtau le camne p setel.. ade dh blik mesia ngan 2 org anak yg smpai arini mek rsa xde lg ic rsanya..

mls amik tau sbb mak nya ckp besor hamaaatttt
Quote namieamuro 28-11-2018 03:20 PM
miemiecha replied at 28-11-2018 03:17 PM
kazen mek kawen mamat hendon..
ujg2 kne kurung.. satu hal plak nk selamatkan..
xtau le camne p set ...

mamat tu mane?cane lolos pulg ke msia
Quote meklalala 28-11-2018 03:54 PM
ingatkan kes kena tipu dengan laki..kejamnya siapa yang tembak laki dia tu..
Quote miemiecha 28-11-2018 04:43 PM
namieamuro replied at 28-11-2018 03:20 PM
mamat tu mane?cane lolos pulg ke msia

yg mek tau dlu ader campur tangan org politaik lah, dpt bwk blik ngan anak..yg laki nya mek x nmpk, rsanya cerai lah kot..
msa bwak blik tu, kazen lain citer mmg mcm x cukup zat anak nya..
dok lam umah mcm bibik msa dia kat yendon..

tp bila pk blik, mebi itulah yg prlu dia bayor sbb belakangkan korge..
Quote taniabecks92 28-11-2018 08:18 PM
meklalala replied at 28-11-2018 03:54 PM
ingatkan kes kena tipu dengan laki..kejamnya siapa yang tembak laki dia tu..

laki tu mmg pergunakan dia pun. kira nikah sbb duit je. cuma nasib tk baik, kene tembak dgn geng penjahat kg dia. haha
Quote HannahMontana 28-11-2018 09:03 PM
pertama kita yg baca jgnlah persendakan perasaan  perempuan itu , xkena  xtahu ye ,cinta mmg bikin kita sewel.

kedua ,maisng2 tengoklah cermin dan pencapaian hidup kenapa diri kita kononnya disayangi sgt , org xde nak cintakan ko berlebih-lebihan jika ko xpunya apa2....mcm   budu lah ,nak ke minah lobos tu   dengan tua dan xhensem tu jalan laju pula tu jikalau xkaya-raya kahkahkah...
Quote eLiaD 28-11-2018 09:15 PM
deyy klau petikan dr mirror X pyah la nk pecaya bulat2 dh byk cite pelik X msuk akal mirror tu sotkabar sampah

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.048877s Gzip On
    To Top