Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

"Perempuan Mental Koyak" - Netizen Bertelagah Gara-gara Komen Alyah Di IG Tokram..

21-11-2018 03:57 PM|Oleh: Amiey| Komen: 6

Gara-gara komen penyanyi Alyah pada posting Instagram suaminya, Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tokram,netizen pula yang bertelagah mempertahankan pendapat masing-masing.


Isu bermula apabila Tokram memuat naik video dimana pasangan pengacara Gegar Vaganza, Jihan dan Nabil mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepadanya secara berseloroh dengan 'menyembahnya'.

"Ada ke orang 'wish birthday' macam ni? Ingat aku tokpekong ke?," tulis Tokram diruangan kapsyen. 

Posting tersebut mendapat perhatian ramai termasuk isteri Tokram sendiri iaitu Alyah, yang meninggalkan komen seolah-olah memerli suaminya itu dan seterusnya menimbulkan tanda tanya buat netizen. 

"Macam ni lah yang dia suka.. sambutan birthday macam ni la yang dia nak," tulis Alyah. 

Foto: Instagram Tokram

Alyah seolah-olah memerli suaminya itu dengan mengatakan Tokram suka 'dipuja' sebegitu kerana jika diadakan acara bacaan Al-Quran di rumah, Tokram akan 'kepanasan' dan keluar dari rumah. 

Alyah turut berbalas komen dengan seorang individu yang cuba untuk 'campur tangan' dalam urusan rumah tangganya itu

Individu tersebut juga meminta Alyah untuk cepat-cepat bercerai dengan Tokram kerana kasihan dengan Tokram yang memiliki isteri seperti Alyah. Alahai!

Foto: Instagram Tokram

Disebabkan komen-komen Alyah tersebut, netizen lain turut campur tangan dan mula bertelagah di ruangan komen milik Tokram yang rata-rata menyokong Alyah.

Foto: Instagram Tokram

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Alyah enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai desas-desus yang mengatakan hubungannya dengan Tokram kini berantakan. 

Mungkin Alyah terlampau tertekan sehingga gagal mengawal emosinya. Apa pun masalah yang dihadapi mereka kami berharap ianya dapat diselesaikan dengan baik.-CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Previous : Aishah Harap Pemenang Gegar Vaganza (GV5) Tak Alami Nasib Yang Sama Dengannya..

Next       : Apa Pasal Banyak Gambar Mira Filzah Dekat IG Remy Ishak Berbanding Tunang Sendiri?

Komen Terbaru

Quote Redvelvet3 27-11-2018 01:05 PM
Mcm2 hal la kan

Lain-lain Komen

Quote kerengga 21-11-2018 04:30 PM
Kehkehkeh kesian tokram.. dah tua2 tahap yoda pon nak kena hadap bini gini uhukkkk
Quote munchkin 21-11-2018 04:40 PM
Tak paham aku minah ni. Kalau tak suka blah jelah.
Quote meklalala 21-11-2018 05:23 PM
agak agak apa yang dia rasa ya dia buat macam tu? ke dia bergurau je? tapi macam tak kena je..buka aib si suami tanpa sedar dah bukak aib sendiri..eemmm
Quote RajaUdang 21-11-2018 05:56 PM
meklalala: agak agak apa yang dia rasa ya dia buat macam tu? ke dia bergurau je? tapi macam tak kena je..buka aib si suami tanpa sedar dah bukak aib sendiri..eem ...
Quote zie_indah 22-11-2018 04:12 PM
Apo nak kata lagi..tokram pun apasalah delete aja video tu klo slain binik dia gigih delete alasan xnak bagi notezn gado2 tp part bini nan hadooo ja dia buat
Quote Redvelvet3 27-11-2018 01:05 PM
Mcm2 hal la kan

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.033923s Gzip On
To Top