Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

'Super Mom' Kendong Bayi Ke Tempat Kerja! Apa Reaksi Anda?

13-12-2018 10:59 AM|Oleh: Nia Mohamad| Komen: 14

Golongan ibu memang jaguh perihal menguruskan anak-anak sambil melakukan pelbagai kerja lain. Seorang bapa belum tentu mampu melakukan perkara sama. Hebat betul para ibu!

Baru-baru ini, foto seorang pelayan kedai makan bekerja sambil mengendong anaknya berusia 2 tahun setengah telah tular di Internet. Foto ini diambil dan dimuat naik oleh seorang pelanggan bernama Kelly Gentry ketika beliau sedang makan di Greenback Drug Store & Diner di Tennessee.


Kredit foto : finance.yahoo.com

Menurut pelayan wanita yang bernama Kori Dotson itu, beliau terpaksa bekerja lebih masa disebabkan Greenback tidak mempunyai kakitangan mencukupi sedangkan pelanggan terlalu ramai.

Oleh itu, beliau meminta izin daripada majikannya untuk membawa anaknya bersama kerana penjaga bayi tiada di rumah ketika itu. 

"Tuan saya sangat baik. Dia juga seorang ibu jadi dia faham situasi saya," kata Dotson, 26, yang turut mempunyai pekerjaan utama sebagai terapi respiratori. 



Kredit foto : finance.yahoo.com

Anaknya, Rhody turut membantu mengelap dan menyiapkan meja, melipat tisu untuk set sudu garpu, memberi menu kepada pelanggan, mengisi bekas gula yang kehabisan dan memegang pengaut sampah untuk membantu ibunya menyapu lantai. Walaupun masih kecil, tetapi sudah pandai dan rajin! 

Ibu ini menjadi inspirasi kepada orang ramai. Rata-rata memuji sifatnya yang bertanggungjawab selain memuji juga sikap majikannya yang prihatin. 

Adakah di Malaysia kita dibenarkan membawa anak ke tempat kerja seperti beliau? Mungkin tidak! - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 14
Komen

Previous : Kencing Manis Ketika Hamil? Mari Semak Langkah Mengawal Dan Cegah Diabetes!

Next       : Makhluk Yang 'Terpadam' Kromosomnya, Kes Aneh Wanita Bernama Kim Whim

Komen Terbaru

Quote puanbintang 19-12-2018 09:44 AM
kalau tak menganggu keja ok jela kan, bos pun faham, officemate faham..tp kalau smua keja tak jadi, asyik layan anak je kat opis kena paham sendiri jela...

Lain-lain Komen

Quote adila39 13-12-2018 11:07 AM
Superb mum.
Quote friedfishsoup 13-12-2018 11:12 AM
Wow respect this mom. Sanggup bawa anak ke kerja. Respect juga pada boss dia.
Quote noraidil_06 13-12-2018 11:16 AM
Much respect.
Selama mana x menganggu kerja, yes y not.
I allow my staf to bring the kids to office.
So far x ganggu pun kerja
Quote besarkecik 13-12-2018 11:29 AM
Teringat masa kecik selalu ikut mak kerja. Mak aku kerja cleaner. Kalau ikut, aku tolong mak cuci tandas, mop lantai opis. Pekerja opis tu baik baik. Tapi orang kawasan rumah pandang hina. Sekarang ni dah senang, aku yg berkerja jaga mak aku pulak.
Quote Levespa 13-12-2018 11:44 AM
semua org nak buat mcm ni kalau boss kasi
Quote miss_bear 13-12-2018 11:47 AM
Aku pun bawa anak kerja juga dulu, tapi rasa tak boleh nak buat kerja sebab anak aku baby lagi, tengah meeting dan jumpa client pun boleh merengek menangis, so aku pilih untuk berhenti kerja atas dasar tanggungjawab sendiri, tak nak ganggu urusan kerja orang lain..
Quote bawangkecik 13-12-2018 11:48 AM
rindu pulak anak kat nursery.
Quote senahitam 13-12-2018 11:57 AM
ex bos aku dulu kalo ada problem anak kat rumah dia x bg EL, tapi suruh bawak anak ke opis. sbb masa anak dia kecik pun dia slalu je bawak anak ke opis. bertuah dpt bos memahami mcm ni.

cuma kadang kita la segan sbb mcm mengganggu org lain buat keja. tengah cakap tepon dgn client tetiba lak dgr budak nangis.

pada aku selagi x ganggu keje n orang lain...bawak la...mcm org kat pasar mlm. baik2 je anak dorang ikut parent meniaga kat pasar. pas dah besar sikit dah tolong mak ayah dlm masa yg sama blaja math n self confidence.
Quote whadda 13-12-2018 12:01 PM
bile ibu dah takde pilihan.. aku pulak tak boleh nak bawak anak gi keje walopon bos bagi.. susah nak buat keje.. asek merengek kejap tu kejap nak ni.. dok taska lagi baik enjoy ngan kawan2
Quote niena90 13-12-2018 12:13 PM
Kalau dgn bos I mmg mendapat la email cacian. Kawan I cuti tapi dtg ofis bwk anak just nak amik barang & setel keje skit pun bos I sindir 'kalau mcm ni saya pun nak bawak cucu saya'. Errrr ko dah kenapa? Chill la bos
Quote arm_band 13-12-2018 01:43 PM
untung laa..... majikan malaysia ni tak ramai yang berfikiran camni

memang impian aku nak kerja sendiri and bawa anak2 masuk office, tolong buat kerja. biar diorg paham - this is how you earn a living, duit bukan senang nak cari. dengan harapan, dah besar nanti takde la dia jadi biawak hidup, membebankan anak bini pulak  
Quote MummySafa 13-12-2018 01:50 PM
kalau terpaksa mmg ke bawak jgk ke pejabat. kalau bos yang memahami tu bonus,tp most of the time rasa takut menyusahkan org lain sbb anak kecik lain peel dia. makanya cuti kecemasan je la option dia.
Quote Artemesiaa 13-12-2018 03:22 PM
Wah kagum dengan kesungguhannya nasib dapat boss baik
Quote puanbintang 19-12-2018 09:44 AM
kalau tak menganggu keja ok jela kan, bos pun faham, officemate faham..tp kalau smua keja tak jadi, asyik layan anak je kat opis kena paham sendiri jela...

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.045455s Gzip On
    To Top