Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Artis Simbol Seks Sepanjang Zaman, Siapa Artis BBNU Punya Potensi?

21-11-2018 11:44 AM|Oleh: Sang_Pencinta | Dilihat: 16075| Komen: 226

Artis simbol seks adalah seorang pelakon atau penyanyi yang dikenali ramai kerana tarikan seksualnya. Seorang artis simbol seks juga tidak mengira lelaki atau wanita, ahli muzik, peragawati, bintang remaja atau personaliti TV/Radio. 

Di Hollywood, takrifan simbol seks juga digunakan untuk ahli sukan dan juga ahli politik. Perkataan ‘simbol seks’ mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1950-an yang merujuk kepada populariti beberapa bintang filem seperti Marilyn Monroe, Brigitte Bardot, Marlon Brando dan Raquel Welch. 

Di negara kita, gelaran ini jarang digunakan secara terbuka kerana masyarakat mengaitkannya dengan konotasi negatif. Walau bagaimanapun, ramai artis yang tidak terlepas daripada menerima gelaran ini lantaran aura mereka yang mempersonakan dan menarik pandangan umum.

Antara mereka yang sinonim dengan gelaran ini ialah;

 
1. Saloma (1950-an)

 
Kredit foto: Carian Google

Saloma merupakan bintang filem kelahiran Singapura yang bukan sahaja ternama tetapi juga menjadi trendsetter dan ikon fesyen sekitar penghujung 1950-an. 

Saloma bermula sebagai pelakon watak kecil dalam filem Azimat, tetapi kerana pesonanya beliau diangkat memegang watak utama dalam filem-filem arahan P.Ramlee seperti Seniman Bujang Lapok dan Ragam P. Ramlee. Saloma dan P.Ramlee kemudiannya menjadi pasangan dalam dan luar filem paling masyhur dalam industri perfileman negara.

 
2. Jins Shamsudin (1960-an)

 
Kredit foto: Utusan


Kredit foto: Wikipedia

Mula menceburkan diri dalam dunia lakonan melalui filem Keadilan Illahi, Jins kemudiannya menjadi idola anak muda ketika membintangi filem Pancha Delima arahan P. Ramlee. 

Kemuncak auranya sebagai simbol seks boleh dilihat dalam filem aksi sebagai Jefri Zain, watak macho ala-James Bond yang popular sekitar penghujung 1960-an.


3. Noreen Noor (1980-an)

 
Kredit foto: Utusan


Kredit foto: Kosmo!

Bermula sebagai penyanyi, bintangnya semakin menyinar apabila menceburkan diri dalam bidang perfileman. Antara lakonannya termasuklah filem Talak, Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam. 

Beliau antara pelopor pose baring seksi di majalah hiburan tempatan. Tetapi, beliau tidak perlu berpakaian mendedahkan untuk menjadi simbol seks, cukup dengan aksi manja dan jelingan matanya yang menggoda.

 
4. Ziela Jalil (1990-an)


Kredit foto: Cari Infornet


Kredit foto: MyArtis 

Ziela Jalil mula menceburkan diri dalam dunia lakonan menerusi filem-filem komedi di bawah arahan A.R Badul pada tahun 1980-an. Beliau kemudiannya dilamar produser Indonesia di mana beliau dipasangkan dengan aktor simbol seks negara itu, Barry Prima dalam filem Tarzan Rimba. 

Peminat di tanah air kemudian dikejutkan dengan berita kononnya Ziela telah berlakon mendedahkan buah dada ketika membintangi beberapa lagi filem di sana. Walau bagaimanapun, gosip itu dinafikan oleh Ziela. 

Ziela adalah artis simbol seks yang dikenali dengan tubuhnya yang montok dan pakaian seksi ketika berlakon.

 
5. Sofea Jane (1990-an)

 
Kredit foto: Cinta Kita


Kredit foto: Malaysia Hollywood

Gadis kacukan yang mula diperkenalkan dalam filem Mira Edora, kemudian berlakon dalam Harry Boys terbitan Julie Dahlan. Seperti beberapa pelakon seksi lain, Sofea tidak segan-silu berpakaian renang untuk menghidupkan wataknya.

Selepas berlakon beberapa filem picisan, beliau kemudiannya menonjolkan mutu lakonan memberangsangkan dalam filem Kekasih Awal dan Akhir, Perempuan, Isteri dan..., serta Sayang Salmah sehingga memenangi anugerah Artis Paling Popular pada tahun 1993.


6. Edika Yusof (1990-an)


Kredit foto: Facebook


Kredit foto: Utusan

Edika Yusof adalah model kacukan yang mencipta nama kerana wajah kacaknya serta tubuh yang tegap. Beliau muncul dalam beberapa iklan popular tahun 1990-an antaranya Wrangler Jeans, Kingsway dan Peter Stuyvesant. 

Gaya dandanan rambut dan pakaiannya menjadi ikutan remaja ketika itu. Beliau kemudiannya mengorak langkah dalam bidang perfileman antaranya menerusi filem-filem arahan Yusof Haslam dan Aziz M. osman.

Selain bintang filem di atas, terdapat juga beberapa artis sekitar tahun 2000 yang sinonim dengan gelaran simbol seks antaranya Zila Bakarin, Hans Isaac, Fahrin Ahmad, Aaron Aziz dan, Rozita Che Wan. Walau bagaimanapun, pesona mereka tidak sekonsisten generasi simbol seks sebelumnya. 

Siapakah bintang senior lain yang anda rasa layak digelar simbol seks? Bagaimana pula dengan generasi BBNU? Hampir semua artis baru berlumba-lumba ingin menjadi simbol seks, tetapi tidak ditunjangi dengan bakat. Siapakah di antara mereka yang bakal malar segar seperti artis-artis senior di atas?  - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
4
Sedih
1
Lawak
4
Bosan
3
Komen: 226
Komen

Previous : Buat Apa Tunggu Lama-lama? Raja Ilya Nikah 23 Disember Ini!

Next       : "Dulu Kata Tak Mahu Tayang"-Elfira Loy Kongsi Gambar Dengan Tunang, Ramai Puji Kacak

"Jangan Dengar Kentut Saya Lagi!" - Murid Tak Tahu Kentutnya Menghasilkan Bunyi
Teruk Wan Saiful Wan Jan Dikecam Kerana Berdolak-dalik Isu Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
"Aduh Salah Benar Gayanya Ni,"-Selepas Mr. Cute Sabah, Sesi Fotografi Mr. Macho Man 2018 Pula Dikecam
Cantik Ke Kalau Sakit? 10 Trend Ini Menjadikan Wanita Hamba Fesyen Tanpa Sedar!
"Dah Terbukti, Nak Sembunyi Apa Lagi?" - KJ Gesa UMNO Akui Skandal 1MDB
"Tak Kisah Orang Kata Macam Bintang Porno, Ibu Saya Sendiri Tak Bising" - Zizi Kirana
"Duit Tak Boleh Beli Maruah" - Netizen Tempelak Aliff Syukri Luah Perasaan 'Kena Game' Dengan Astro
Meghan Markle Disuruh Ubah Penampilan Supaya Nampak Seperti Kerabat Diraja
Hina Mahkamah, Najib Boleh Dipenjara
Buat Apa Tunggu Lama-lama? Raja Ilya Nikah 23 Disember Ini!
Lelaki Melayu Rasis, Angkat Jari Tengah Pada Promoter Bir
Masih Ingat Pada Arabella Grace Garcia? Sudah Beranak-pinak Tapi Lebih Cantik Dari Anak Dara!
Dua Tahun Gaya Hidup Di Media Sosial Diciplak Gadis Misteri
Isteri Orang Sanggup Pandu Sejauh 160km, Dicekup Bogel Dalam Bilik Hotel Dengan Kekasih
"Dulu Kata Tak Mahu Tayang"-Elfira Loy Kongsi Gambar Dengan Tunang, Ramai Puji Kacak
'Biar Apa Orang Kata' Aliff Syukri Terlajak Ciplak Kulit Album Justin Bieber?
Tak Bahagia 100 Peratus, Tapi Masih Okey- Che Ta Nafi Fail Cerai
Hadiah Teragung Dari Tuhan-Alahai Cair Baca Ucapan Fattah Untuk Fazura
"Sebab Lelaki Tu Pakai Mercedes, Kalau Pakai Saga Ruhainies Tak Pandang"
Ardell Melalui Fasa Depresi Teruk, Tapi Semakin Pulih
Simbah Air, Buka Jaket-Aksi Biadab As'Ad Motawh Dikecam Hebat
"Isteri Pergi Mekah, Bergelek Sakan Aliff Syukri Dengan Perempuan Seksi"

Komen Terbaru

Quote mixed 29-11-2018 08:57 AM
allysumc replied at 28-11-2018 07:29 PM
simbol seks zaman ni haruslah zarina lavocah..wlupn x brp nk bbnu n retis ker?

dulo bole la sb pakai seksi seksa
now mana ada seksi tp seksa + busuk tang bibir sheol  

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 21-11-2018 11:54 AM
Saloma punya tek.tek inspirasi Madonna kah??
Quote manehnya 21-11-2018 12:11 PM
no 1-3 dah innalillah ...... still dpt gelaran simbol seks..
Quote Orgkgdukobesi 21-11-2018 12:11 PM
Adi Bebird dan Jul Ripin untuk zaman ini
Quote chicozinn 21-11-2018 12:11 PM
slain jins shamsuddin bagi aku mustapha maarof time muda2 hensem yachh..skali pandang muka dia cm dik manno pun hado..huhu..
Quote Temenung 21-11-2018 12:11 PM
Edited by Temenung at 21-11-2018 12:12 PM

Kalau bbnu skrang tanpa segan silu nya iols mencalonkan Zahirah Macwilson
Quote c===8 21-11-2018 12:14 PM
wa lagi tertarik dgn kereta MG tu
Quote bukan_ustazah 21-11-2018 12:16 PM
Temenung replied at 21-11-2018 12:11 PM
Kalau bbnu skrang tanpa segan silu nya iols mencalonkan Zahirah Macwilson

zahira mac tak seksi pada iols dia takde aura menggoda. Zila bakarin jangan dilupaaa
Quote datinamanda 21-11-2018 12:18 PM
edika yusof
Quote edoraixora 21-11-2018 12:18 PM
zizi kirana boleh masuk calon kot....walopun senduuuuuuu
Quote minguk 21-11-2018 12:21 PM
Edited by minguk at 21-11-2018 01:21 PM

tu siapa anak artis yang cucuk bibir tu, sama mak dia cucuk juga tu...
yang bapaknya singh tu
Quote K_Lily 21-11-2018 12:23 PM
artis sekarang ni, gambar hampir bogel pun belum tentu seksi. ramai yang kurus keding jer.
Quote Temenung 21-11-2018 12:28 PM
bukan_ustazah replied at 21-11-2018 12:16 PM
zahira mac tak seksi pada iols dia takde aura menggoda. Zila bakarin jangan dilupaaa

Entah la mata iols tgk dia seksi.kalau kat igs tu boleh beristighfar kekadang
Quote eunoia.alpas 21-11-2018 12:29 PM
Ziela jalil paling sexy. Teringat baju tarzan dia ya ampunnn very aummmmm. Kalau lelaki, i vote edika. Sampai skrg i rasa dia sexy wpun dah botak, sbb ikhlasnya dan setia jaga wife yg sakit tu.
Quote September14 21-11-2018 12:29 PM
Zaman skg uqasha senrose lah... muka n body dia mmg sexy.
Quote eunoia.alpas 21-11-2018 12:30 PM
Artis skrg suam2 kuku sexy namati mcm si hangrii tu selamanyalah sendu. Bimbo sgt kelihatannya. Duduk aje oz & modelling sana sini tehtaplah bimbo
Quote Sang_Pencinta 21-11-2018 12:30 PM
Hello!

Bezakan Simbol Seks dengan Artis Separa Lucah ya??
Quote Sang_Pencinta 21-11-2018 12:31 PM
Simbol seks tak payah tunjuk bibird atau gambar bogel

Cukup sekadar aura dia tu

Sebab tu ada yg dah pergi pun masih diingati
Quote Sang_Pencinta 21-11-2018 12:34 PM
chicozinn replied at 21-11-2018 12:11 PM
slain jins shamsuddin bagi aku mustapha maarof time muda2 hensem yachh..skali pandang muka dia cm di ...






Bolehlah, tapi dia jenis2 imej kekampungan sikit kan?
Quote Sang_Pencinta 21-11-2018 12:35 PM
minguk replied at 21-11-2018 12:21 PM
tu siapa anak artis yang cucuk bibir tu, samam mak dia cucuk juga tu...
yang bapaknya singh tu



Kilafairy ke? Tapi bakat tak ke mana

Lihat semua komen(226)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.072321s Gzip On
To Top