Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Remaja Bela Rambut Sampai Ke Kaki, Macam Rapunzel Atau Pontianak?

5-12-2018 01:13 PM|Oleh: Nia Mohamad | Dilihat: 906| Komen: 8

Anda lebih selesa berambut pendek atau panjang? Rambut yang pendek biasanya lebih rapi dan kemas serta senang diuruskan berbanding rambut panjang. 

Individu yang memiliki rambut panjang perlu sentiasa menjaga kekemasan dan kebersihan aset yang dimiliki sepanjang masa. Namun, ia bergantung kepada minat masing-masing untuk memilih gaya rambut mana yang lebih selesa.


Kredit foto : guinessworldrecord.com

Abril Lorenzatti, remaja berusia 18 tahun memilih untuk hidup dengan rambut panjangnya hingga mencecah 1.52 meter. Punca beliau tidak lagi memotong rambutnya adalah kerana trauma dengan fesyen rambut yang digunting oleh sebuah kedai gunting 11 tahun lalu. Sejak hari itu, beliau tidak lagi menggunting rambut.

Remaja yang berasal dari Argentina ini mempunyai rambut terpanjang dalam Guiness World Record untuk kategori remaja. Beliau digelar Rapunzel oleh orang sekelilingnya. 


Kredit foto : guinessworldrecord.com

Apabila ditanya jika beliau mempunyai rutin khas dalam penjagaan rambutnya, beliau menjelaskan rutinnya sama seperti orang lain, menggunakan syampu dan perapi yang dijual di farmasi. 

Ibunya pula membantu meleraikan hujung rambut yang kusut yang tidak dapat dicapai oleh Abril. Abril juga membiarkan rambutnya kering dengan sendiri tanpa menggunakan pengering rambut. Namun, Abril menghadapi sedikit masalah setiap kali angin kuat apabila keluar dari rumah dan setiap kali menaiki tangga disebabkan rambutnya yang sangat panjang.

Memiliki rambut yang panjang bukan mudah. Jika tidak pandai menguruskannya, mungkin anda boleh kelihatan seperti pontianak. 


Kredit foto : in.bookmyshow.com

Adakah anda juga pemilik rambut panjang seperti Abril?  Atau lebih panjang daripadanya? Manalah tahu, mungkin anda pemegang rekod seterusnya! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 8
Komen

Previous : Kenali Bintang Beladiri Khabib Nurmagomedov, Juara UFC Beragama Islam Yang Pertama

Next       : Budak Lelaki 12 Tahun Hadiahkan Keluarga Sebuah Rumah Hanya Dengan Bersolek!

Komen Terbaru

Quote awexgaban7 5-12-2018 05:34 PM
rugi shampoo

Lain-lain Komen

Quote MsKathryn 5-12-2018 01:47 PM
Rambut panjang sgt pun x lawa..
Quote zuuu 5-12-2018 02:25 PM
Rambut dye sama tinggi ngan aq...
Quote chchm0yy 5-12-2018 03:48 PM
{:question
Quote mzzenma 5-12-2018 03:50 PM
Mzz tak boleh rambut panjang sgt..nanti asyik gugur ja. Yang rambut panjang tu silalah ikat..biar kemas sikit..
Quote missDollie 5-12-2018 03:56 PM
Tak lawa la rambot kau dek..
Quote armin 5-12-2018 04:17 PM
Tak lawa.. potong la sikit
Quote miemiecha 5-12-2018 04:22 PM
penat nk shampooo..
penat nk sikattttttt
Quote awexgaban7 5-12-2018 05:34 PM
rugi shampoo

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042042s Gzip On
    To Top