Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kencing Manis Ketika Hamil? Mari Semak Langkah Mengawal Dan Cegah Diabetes!

27-12-2018 11:35 AM|Oleh: natrahn| Komen: 2

Diabetes atau biasanya dipanggil Gestational Diabetes Mellitus (GDM) yang merupakan satu keadaan serius berlaku kepada wanita hamil apabila paras glukosa darah lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Mengikut pengalaman penulis, sebaik disahkan menghidap GDM, doktor mengarahkan untuk menyuntik insulin sehari sekali sebelum tidur. 



Doktor memaklumkan untuk menyuntik insulin sama ada pada peha atau perut kerana kawasan ini selalunya lebih tebal selain perlu mengikuti dan mengamalkan diet khas. Hasilnya, berat badan hanya naik empat kilogram sahaja sepanjang sembilan bulan kehamilan.

Di sini, penulis kongsikan sedikit tip daripada Dr Hamid Arshat antara langkah-langkah mengawal dan mencegah diabetes;


Kredit foto: Medlife


1. Ikuti nasihat doktor yang merawat

Jika diarahkan makan ubat saperti Metformin atau lain-lain, perlu patuh. Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, selepas puasa, selepas makan dan dua jam selepas makan.


2. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohidrat dan manisan

Nasi, mi, roti, kuih-kuih, nasi lemak, roti canai, aiskrim dan lain-lain kesemuanya mengandungi karbohidrat dan gula. Kurangkan kuantiti makanan dan makan ikut jadual bagi sarapan, makan tengah hari dan malam. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta lauk berasaskan protein.


3. Makanan yang perlu dikurangkan

- Jauhkan minuman soda, jus dalam tin, kotak atau botol kerana kandungan gula terlalu tinggi.
- Jauhkan makanan yang mengandungi gluten seperti gandum, germa gandum, barli dan bijirin. Gluten mencetuskan keradangan dan meningkatkan hormon steroid, sekali gus menyebankan tahap gula meningkat.
- Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 kasein yang sama tindakannya seperti gluten. Anda boleh menukar kepada susu kambing.
- Jauhkan minyak soya, minyak canola dan minyak jagung. Minyak kelapa dan kelapa sawit lebih baik.
- Jauhkan produk GMO seperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
- Jauhkan semua minuman keras.


4. Makanan yang disyorkan

- Makanan yang mengandungi fiber. Sayur tempatan seperti sawi, kangkung, pucuk ubi, keledek dan pucuk paku, nanas atau oat.
- Makanan yang mengandungi kromium seperti brokoli, raw cheese, kacang hijau dan kacang panjang.
- Magnesium seperti bayam, badam, yogurt, protein, ikan-ikan berminyak seperti salmon, makerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organik.
- Lemak-lemak baik - Minyak kelapa
- Makanan rendah gula, kekacang, biji labu, kuaci, buah beri, avokado.


5. Supplemen, gantian gula, herba

Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;

a. Kayu Manis (cinnamon)
Kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides disamping meningkatkan HDL cholesterol dalam darah.

b. Peria (bitter gourd)
Kajian menunjukkan peria boleh mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga boleh bantu mencegah komplikasi diabetes seperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salur darah. Di pasaran terdapat jualan kapsul dan tablet peria.

c. Alpa Lipoic acid
Ini satu jenis antioksida yang membantu metabolisme glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama adalah daripada brokoli, bayam dan tomato.

d. Fish oil 1000 mg setiap hari
Ia membantu meningkatkan insulin sensitivity dan mengurangkan keradangan. Bertindak mengawal kolestrol dan meningkatkan HDL, seklai gus membantu mengawal diabetes.

e. Gantian gula
Sweetener atau pemanis P3 - Berasal dari gula tebu dan diproses dengan teknologi Nano. Glycemic index sifar (zero). Boleh didapati di pasar raya seperti Mydin. Sesuai untuk gantian gula. 

Stevia. Sejenis tumbuhan kecil berasal dari Amerika Selatan. Daunnya sangat manis, tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula yang dapat mengawal kandungan glukos dalam darah.

g. Minuman Teh hijau (green tea)
Teh hijau punya banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioksida, polyphenols dan catechins. Teh hijau dianggap satu minuman yang memanjangkan umur kerana memperlahankan kematian sel-sel dan tisu-tisu. Ia juga mengawal glukos dan kolestrol dalam darah. Minumlah lima cawan setiap hari.

h. Herba tempatan
Beberapa jenis herba tempatan berkesan mengawal glukos dan kolestrol dalam darah. Misalnya, daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain-lain. Daun-daun yang menghijau boleh dimakan sebagai ulam atau direbus dengan air panas atau dikeringkan dan jadikan air teh.


6. Senaman, kawal kegemukan, rehat dan tidur secukupnya.

Sangat penting untuk melakukan senaman 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga. Cukupkan tidur lima hingga tujuh jam setiap hari dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita. 

Jom amalkan gaya hidup sihat ya! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 2
Komen

Previous : Miss Mongolia Bakal Jadi Peserta Transgender Kedua Dalam Final Miss Universe?

Next       : Cantik Ke Kalau Sakit? 10 Trend Ini Menjadikan Wanita Hamba Fesyen Tanpa Sedar!

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Universiti Harvard Disaman Amal Diskriminasi Ke Atas Pelajar Keturunan Asia
'Miss Comet' Belum Mati! Khabar Angin Kematian Pelakon Jepun Itu Disahkan Tidak Benar
Saya Ada 4 Bini. Hairan Walau Bagi Performance Terbaik Di Ranjang, Seorang Pun Tak Lekat"
Pakatan Harapan Masih Kukuh, Utuh - Mat Sabu
"Umat Islam Jangan Sambut Krismas, Ada Unsur Syirik" - Pemuda PAS
Sedih, Saya Tak Pernah Cakap 'Anak Kau Hodoh' - Nana Terkilan Anak Dicemuh
Ditikam Isteri Kerana Membeli-belah Terlalu Lama
Pengunjung Terkejut Jumpa Kate Middleton Membeli-belah Untuk Krismas Di Pasar Raya
Tonton Filem Bambi Dan Dengar Muzik Klasik Sebagai Hukuman, Boleh Berubah Ke?
Tahniah! Raja Ilya Sah Bergelar Isteri Jejaka Australia, Mana Gambarnya?
Bahaya Ajar Anak Jadi Vegan Seawal Usia 6 Bulan, Jangan Memandai!
"Ini Pariah Moorthy" - Nak Serang Balai, Polis Siasat Kenyataan Provokasi Azwanddin
"Mak Yang Lahirkan Sajat, Aku Cili Mulut Tu Nanti!" - Ibu Bapa Pertahan Status Jantina Sajat
Ratu 'Perintah' Kate, Meghan Berdamai Pada Hari Krismas
Nasi Lemak Punca Pergaduhan Di R&R Gambang
Raih Simpati Dengan Ulas Produk Sebab Dah Sendu? Ini Respons Noorkhiriah
Pengantin Perempuan Comel Menangis Teresak-esak Nak Ikut Ayah Pulang
Mujahid Seronok Baca Komen Tentang 'Warkah Dari Cordova Buat Nurul Izzah'
Budak Lelaki Selamat Dari Tsunami, Guna Gitar Kumpulan Seventeen Jadikan Pelampung
Mawar Rashid Mengidam Minum Air Kelapa, Terus Suami Bawa Bercuti Ke Bali
Si Cantik Jo-Anna Rampas, Naib Juara Bintang RTM Dilantik Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah
Rambut Palsu Ada Kutu, Peluh Dan Darah. Tak Geli Ke Pakai?
Terdesak Cari Nicole, Lelaki Satukan 246 'Nicole' Yang Akhirnya Jadi Sekumpulan Kawan Karib
Miss USA Dikecam Persenda Wakil Vietnam, Kemboja Tidak Tahu Berbahasa Inggeris
Populariti Meghan Markle Merosot, Pakaian Berjenama Dipakainya Dah Tak Laku?
7 Rahsia Gadis Kimono Untuk Kelihatan Cantik Semula Jadi!

Komen Terbaru

Quote polluxsstar 28-12-2018 12:23 PM
umbut replied at 27-12-2018 01:03 PM
Ngandung boleh ke minum teh hijau?

tgk org jgk kott...

kalau aku mmg x berani. teh, kopi semua terus stop bila tahu pregnant.

tp ms aku kena GDM, xde la terus kena suntik insulin. sbb result gula aku ms tu borderline.
aku cuma kena refer dietitian dan kawal sendiri diet setiap hari n pantau gula guna
glukometer. mmg best laa sehari nak 5 ke 6 kali cucuk jarum kt jari tengah. hahaha.

Lain-lain Komen

Quote umbut 27-12-2018 01:03 PM
Ngandung boleh ke minum teh hijau?
Quote polluxsstar 28-12-2018 12:23 PM
umbut replied at 27-12-2018 01:03 PM
Ngandung boleh ke minum teh hijau?

tgk org jgk kott...

kalau aku mmg x berani. teh, kopi semua terus stop bila tahu pregnant.

tp ms aku kena GDM, xde la terus kena suntik insulin. sbb result gula aku ms tu borderline.
aku cuma kena refer dietitian dan kawal sendiri diet setiap hari n pantau gula guna
glukometer. mmg best laa sehari nak 5 ke 6 kali cucuk jarum kt jari tengah. hahaha.

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.045918s Gzip On
    To Top