Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Ada Hati Kongsi Cara Simpan RM1000 Sebulan. Padahal Tinggal Dengan Mak..

Oleh: Whitney|15-11-2018 12:06 PM |Dilihat:2575| Komen: 15
Jika pendapatan yang kalian peroleh bawah RM2000 sebulan, agaknya berapa yang kalian mampu membuat simpanan? Ramai yang sedar, zaman sekarang kos sara hidup semakin meningkat. Banyak wang yang perlu diperuntukkan untuk membayar bil air dan elektrik, sewa rumah, kereta, makan dan minum dan pelbagai lagi. Silap hari bulan, bukan sahaja tidak dapat menabung, malah perlu berhutang dengan rakan-rakan atau saudara mara.  

Kredit foto: Google (Gambar sekadar hiasan)
Seorang pengguna twitter telah memuat naik satu status mengecam individu yang dilihat berlagak apabila mampu menyimpan RM1000 sebulan daripada duit gajinya dan turut berkongsi cara bagaimana dia mengurus wang setiap bulan. Sedangkan gajinya setiap bulan hanyalah RM1650. Rupanya, dia masih tinggal di rumah bersama orang tuanya. Siapa tak sakit hati kan?



Netizen cemburu
Ramai netizen yang turut mengecam individu tersebut. Ada hati nak berkongsi cara menyimpan duit RM1000 setiap bulan sedangkan masih tinggal bersama ibu bapa. Lagi menyedihkan, tidak mengeluarkan duit untuk membayar bil air dan elektrik dan makan minum pun masih ditanggung.Sudah tentu ramai netizen yang cemburu. 

Itu rezeki namanya, bukan tips simpan duit!
Jadi, ramai netizen merasakan individu tersebut tidak layak untuk berkongsi cara menyimpan wang kerana apa yang diceritakan bukanlah realiti kehidupan sebenar. Jika masih belum berkahwin, tinggal pula bersama ibu bapa dan tidak perlu mengeluarkan kos makan dan minum dirumah, tidak membayar bil air dan elektrik dan hanya menggunakan motorsikal ke tempat kerja yang tidak jauh dari rumah, itu namanya rezeki.  

Biar nenek jaga cucu, lagi selamat
Ada juga netizen yang membangkitkan isu tentang netizen yang sengaja tinggal bersama ibu bapa agar mereka dapat menolong menjaga cucu-cucu. Maklumlah, banyak kes kecuaian dan penderaan yang berlaku apabila menghantar anak-anak di taska atau pengasuh. Jadi, lebih selamat jika anak-anak dijaga oleh ibu bapa mereka. 

Boleh tinggal dengan mak ayah, tapi hulurkan duit
Macam netizen ni, walaupun tinggal bersama ibu bapa mereka, banyak juga wang yang perlu dibelanjakan untuk keperluan rumah. Tidak salah jika ingin tinggal bersama ibu bapa dirumah mereka tetapi kenalah hulurkan duit untuk mereka dan bayarkan bil dan membeli barang-barang keperluan rumah. Jangan pula menyusahkan ibu bapa yang sudah tua dan membuat mereka seperti orang gaji yang tidak berbayar pula di rumah. 
Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Jika kalian mampu menyimpan wang, simpanlah sebanyak yang mungkin bagi kegunaan pada masa hadapan. Lain orang, lain caranya dan tidak perlu mengikut cara yang sama kerana setiap orang mempunyai komitmen yang berbeza. Setuju tak? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote emily.topaz 17-11-2018 03:02 PM
Edited by emily.topaz at 17-11-2018 03:03 PM
msamyrazi replied at 15-11-2018 03:36 PM
untunglah leh simpan banyak tu sebulan . part di duk ngan mak bapak tu i rasa tak salah kot. cuma yg ...

[attach]408712[/attach]

Full article : http://beritadinding.blog/2018/1 ... rm1000-ini-caranya/

Lain-lain Komen

Quote buapakperut 15-11-2018 12:09 PM
sedekah banyak2 pada orang tua kita baru rezeki murah
Quote fushimi 15-11-2018 12:13 PM
duk ngan mak ayah sembang sampai runtuh lngit pun no hal punya

janji leh viral

bangang to the max
Quote missinpiece 15-11-2018 12:53 PM
Muahaha kelakar.
Samala ngn sorg yg iols kenal pakai brg branded head to toe tapi berkira ngn mak sendiri
Quote Meiizu 15-11-2018 01:18 PM
Hahaha aku suka komen paling atas tu..pi duk neraka dah tua2 duk dgn mak
Quote chinta89 15-11-2018 02:05 PM
teringat ade budak tu bagi tips nk jimat utk kahwin..

last2 kena kecam.

ape tak kecam oiiii semua org sponser. bengong punya tips!
Quote Oroi8887 15-11-2018 02:06 PM
Mmg ramai spesis macamni,  yg tak tahan tu gaji 2k, cakap sikit sdgkan duk dgn makpak, keta xyah bayar, letrik.. mak bg duit, beli brg dapo pon mak bg duit, tu pn tak reti bersyukur
Quote naina 15-11-2018 02:11 PM
Hi3. Dulu2 meols bujang duk mnyewa kt flat kerinchi tuh gaji xsampai rm2k pon sebulan. Dapat jugakla kumpul rm500 sebulan asingkan siap2 selepas tolak duit sewa dan keperluan diri. Takda komitmen loan la.. Cehhh boleh la i sembang kan.
Tapi yg ni melampau la.. I.syak dh kawen nnti jadi kedekut dan berkira dgn partner
Quote CardiGans85 15-11-2018 02:29 PM
Dulu aku fresh grad 10 tahun lepas, gaji 2.2k.

Tolak semua termasuk bagi duit emak, life insurance ,ptptn, sewa rumah + utilities, tabung haji (at least masuk 50), makan minum, hfon, dan duit motor + minyak :- baki Rm400-500. Ni habis jimat dah dan standby emergency.

Kalau tak guna, aku masuk tabung haji dan aku akan guna la sikit untuk treat diri sendiri.
Quote krustykrab 15-11-2018 02:34 PM
kwn aku berjaya bagi makpak dia rm50 sebulan(kongsi ye rm25 sorg) walau keje clerk kat bank dengan makan minum transport semua makpak tanggung
Quote princessjay 15-11-2018 03:19 PM
susah sbnrnye nk simpan rm1000 dgn gj 1650.. tmbh klu duk kl, sewa je dh berape..  klu org tu xde komitmen, then maybe boleh.. xde bg mak ayh sbb mak ayh pn ade duit, kete pn xde, pkai kete family je, xde loan ape2.. just stkt byr bil tel or utiliti then blnje harian..boleh la klu nk simpan seribu...
Quote msamyrazi 15-11-2018 03:36 PM
untunglah leh simpan banyak tu sebulan . part di duk ngan mak bapak tu i rasa tak salah kot. cuma yg salahnya dia tak hulur kat mak bapak dia tu , tah2 , duit makan pun masih lagi di beri macam kita zaman2 sekolah dulu . i duit gaji 2k sebulan nie pun tak leh simpan banyak tu sebulan  walaupun i duk ngan mak bapak .
Quote palmolive 15-11-2018 04:12 PM
biarlaa..dia pun nak kongsi tips
Quote cik_sssara 15-11-2018 04:29 PM
Tak perlu nak banding. Lain orang lain situasi, keadaan, dan keperluan.

Dalam kita menyimpan tu ingatlah jugak, simpanan kita tu ada had untuk dikenakan zakat. Boleh rujuk pusat zakat cara pengiraannya.
Quote emily.topaz 17-11-2018 02:57 PM
Kenapa ramai kecam this boy eh...

This boy mmg dah bgtau pon the reason dia mampu kumpul rm1000 sebulan sbb tinggal dgn mak & abang and dia pon bujang lagi, pakat  motor je. Then dia still berjimat dgn estimate duit lunch & minyak moto. Still bg kat mak sikit and buat investment.

Dapat kat budak lain ni mau diangkut Honda City sebijik but not him, dia pilih untuk menyimpan.

Sethn dah 12k. Mana tau, dia kahwin nnt few years later, sesen pon tak pakai duit mak.

Good job dik
Quote emily.topaz 17-11-2018 03:02 PM
Edited by emily.topaz at 17-11-2018 03:03 PM
msamyrazi replied at 15-11-2018 03:36 PM
untunglah leh simpan banyak tu sebulan . part di duk ngan mak bapak tu i rasa tak salah kot. cuma yg ...

Screen Shot 2018-11-17 at 2.59.26 PM.png

Full article : http://beritadinding.blog/2018/1 ... rm1000-ini-caranya/

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.112255s Gzip On
To Top