Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Tak Suka Tayang Anak. Selepas 4 Tahun Menyepi, Rani Mukherjee Muncul Kembali

27-11-2018 01:04 PM|Oleh: Nia Mohamad| Komen: 23

Jika anda pernah menonton Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhi Gham, Har Dil Jo Pyaar Karega, anda pasti jatuh hati dengan kelembutan dan keayuan Rani Mukherjee. 

Kalau di Malaysia, pasti Rani sudah diberi gelaran Perempuan Melayu Terakhir. Kalau di India pula, Rani cukup lengkap dengan pakej wanita India asli.

Jika anda masih ingat, Rani sering memegang watak heroin kedua; berkorban dan mengalah dalam cinta. 

Kredit foto: bollywoodbubble.com
Mungkin tak ramai yang tahu kehidupan peribadi Rani Mukherjee setelah berumahtangga. Rani kini berusia 39 tahun, dan telah berkahwin dengan Aditya Chopra, seorang pembikin filem pada tahun 2014. 

Kisah cinta mereka bermula di set penggambaran filem Muhjse Dhosti Karoge. Perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh 12 orang keluarga terdekat sahaja.

Kredit foto: bollywoodshaadies.com
Rani mempunyai seorang anak perempuan bernama Adira yang berusia 2 tahun. Namun, gambarnya sangat susah dilihat di media disebabkan prinsip suami Rani iaitu Aditya yang tidak mahu penglibatan anaknya dalam media sosial

Rani dan suaminya juga mahukan anak mereka menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. Maka tidak hairanlah Rani sendiri tidak mempunyai sebarang akaun di Twitter, Facebook dan Instagram.

Kredit foto: indiatvnews.com
Terkini, Rani membintangi filem Hichki yang ditayangkan pada Mac 2018 yang lepas. Jika anda pengikut setia filem Bollywood, anda pasti pernah mendengar nama filem ini. Hichki memaparkan kisah seorang guru (Rani) yang menghidap sindrom Tourette. 

Di dalam filem ini, Rani membuktikan keupayaannya sebagai seorang guru dengan mengajar sekumpulan pelajar yang serba kekurangan. 

Meskipun sudah 4 tahun menyepi dari bidang lakonan, Rani berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dengan lakonannya dan watak yang dipegang dalam Hichki. 

Kredit foto: wikipedia
Jangan lupa tonton filem ini jika anda rindukan kemunculan Rani Mukherjee di kaca tv! Jom saksikan dulu trailer filem Hichki. -CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 23
Komen

Previous : Johnny Depp Terkesan Tuduhan Mendera Bekas Isteri

Next       : Keputusan Zayn Malik Keluar Islam Dikecam Peminat

Komen Terbaru

Quote dreamy_forest 9-12-2018 12:38 PM
Minat rani lakonan pun bagus

Lain-lain Komen

Quote ChelalDuman 27-11-2018 01:15 PM
Lama dh tak tngk Rani belakon. Suka tngk dia
Quote awaynepian 27-11-2018 01:32 PM
movie ni sangat menarik.mada dlm bix office astro masa tgh free dulu..dia suka pukul bawah dagu dia bila dia gagap bercakap
Quote Redvelvet3 27-11-2018 01:34 PM
Rani mmg cantik ...suka dgn lakonan dia
Quote K_Lily 27-11-2018 02:11 PM
suka suara dia serak-serak basah gitu... eloknya la aman-aman hidup takde socmed.
kalau artis sini, ngan anak-anak ada akaun socmed.

Quote lucky_peace 27-11-2018 02:20 PM
rani ni debut dgn 1st lakonan dia kuch kuch hota hai.. tapi lepas tu filem2 next dia byk drop dan lakonan dia pon agak kayu... tapi makin lama rani improve sampai la iols terkesan dengan lakonan dia dalam black..
Quote kucingitam 27-11-2018 03:20 PM
suka dia..cun
Quote weezerfan 27-11-2018 03:22 PM
Depa ni dlm movie je nmpk moden. Hakikatnya irl depa mcm typical indian housewife.. Dgn sari bagai..
Quote Nonones 27-11-2018 04:06 PM
Baguslah, tak macam retis malaysia, anak ditayang2 macam meminta minta untuk  diculik
Quote jula7 27-11-2018 05:03 PM
iolss dah nonton mobie ni..memang bagusla..terbaik sis rani..
Quote whitePoison 27-11-2018 11:47 PM
Sukeee..!! Muka maniss..
Quote awexgaban7 27-11-2018 11:47 PM
Rani cantik... suara sexyyy
Quote RatuDunia94 28-11-2018 01:34 AM
Sheols sepupu kajol kan.. suka tgok muka dia  
Quote farathe 28-11-2018 10:34 AM
apela penyebab rani kahwin dgn aditya ni kan..tak laa hensem mane..tapi sanggup rani jadi perampas laki org sbb aditya ni..
Quote aryyan 28-11-2018 03:07 PM
awaynepian replied at 27-11-2018 01:32 PM
movie ni sangat menarik.mada dlm bix office astro masa tgh free dulu..dia suka pukul bawah dagu dia  ...

cak cak cak.
hahahah. anak2 aku dk follow time dia gagap ritu.
tp cita ni mmg best. hahaha.
Quote nishikido 28-11-2018 04:31 PM
Rani ni berlakon selalu jadi 3rd wheel tapi sebab she baik and muka kesian,kita pulak prefer she dari watak heroin..tapi she ni sesuai dengan salman khan,kalau srk kureng..sebab sama2 renek kot.hew3...
Quote borrow 28-11-2018 07:02 PM
Rani maksudnya Queen kan. Sesuai sgt dgn orgnya. Nama anak sheols mcm retis kita plak
Quote onexox97 1-12-2018 03:42 PM
lawa la rani ni
Quote delia3003 1-12-2018 05:53 PM
Edited by delia3003 at 1-12-2018 05:54 PM

Rani ni rendah sangat, dalam KKHH pakai kasut tongkol tinggi pun still nampak rendang. Dia jenis badan senang naik jugak kan sebab masa ngetop dulu pun kejap kembang kejap kecut, muka pun style muka matang. Tapi muka dia memang muka keibuan, nampak soft je.
Quote Mamason 3-12-2018 02:10 PM
Suka Rani...And filem Hitchki ni mmg best sgttt2... lain dari yang lain...

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047146s Gzip On
To Top