Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Sejarah Beth Thomas, Si Kecil Psychopath Yang Menggemparkan Dunia

13-11-2018 11:33 AM|Oleh: ntan| Komen: 19

Beth Thomas, seorang anak kecil yang diberi jolokan nama "The Psychopath Little Girl" pernah merunsingkan dan menggemparkan dunia pada era 80-an. Liputan mengenai anak kecil ini sering menjadi rebutan pemberita kerana kesan dan impaknya kepada penduduk dunia pada ketika itu.

Foto : Google
Punca Beth menjadi seorang psychopath adalah berpunca daripada peristiwa hitam yang menjadi igauan yang membuatkannya bertindak kejam terhadap ahli keluarganya sendiri. Sebagai sejarah, Beth mengalami serangan seksual dan penderaan daripada bapa kandungnya sendiri.

Segalanya bermula apabila Beth kematian ibunya pada umur 1 tahun. Beth kemudian dijaga oleh bapa kandungnya bersama adiknya Jonathan. Namun, tugas bapa yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi mimpi ngeri kepada Beth. Beth dikatakan sering menjadi mangsa penderaan seksual hanya pada umurnya baru setahun. Adiknya Jonathan juga tidak terlepas daripada pengabaian sehinngakan kepala Jonathan menjadi leper kerana dibiar terlalu lama di dalam buaian.

Perbuatan jijik bapa Beth diketahui oleh doktor dan kedua -dua adik beradik itu diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat. Disangkakan mimpi ngeri Beth akan berakhir, namun kesan daripada penderaan itu memberi kesan yang menakutkan kepada ibu bapa angkat Beth.


Kedua ibu bapa angkat memangku Beth dan adiknya, Jonathan.

Sepanjang di dalam jagaan keluarga angkatnya iaitu Tim Tennent and Julie Tennent, Beth dilihat sebagai mempunyai sisi gelap dan berupaya mencederakan sesiapa yang melukakan hatinya. Beth pernah membunuh 4 ekor haiwan peliharaan milik keluarga Jennet.

Cubaan membunuh adik kandunganya pernah dibuat Beth seperti menolak adiknya dari tangga, menghantukkan kepala adiknya hingga mengalami pendarahan serius. Selain itu, Beth pernah melakukan serangan seksual terhadap adiknya seperti memasukkan jari ke dalam kemaluan serta memicit secara ganas.

Kejadian ini membuatkan keluarga Tennent menghantar Beth untuk bantuan pakar iaitu Dr Ken Magid yang mempunyai kepakaran dalam penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Sesi terapi itu kemudian dirakamkan dan diterbitkan sebagai dokumentari diberi tajuk 'Child of Rage'.

Lukisan daripada Beth yang memaparkan mimpi beliau didatangi lelaki yang menyakitinya.Dipercayai lelaki tersebut adalah bapa kandungnya sendiri.

Sepanjang terapi itu dilakukan,pelbagai kisah sedih dan ngeri diluahkan oleh Beth seperti bagaimana bapa kandungnya melakukan penderaan seks terhadapnya. Beth juga sering masturbasi seorang diri walaupun di tempat awam. Beth juga menyimpan sebilah pisau dalam kamar tidurnya yang membuatkan kedua ibu bapa angkatnya bertindak untuk sering mengunci bilik mereka dan Jonathan ketika tidur.
Beth dilaporkan menghidap kecelaruan Reactive Attachment Disorder ataupun RAD yang dikenal pasti puncanya kerana penderaan. Akhirnya Beth diletakkan di bawah penjagaan doktor terapi dalam usaha penyembuhan. Beth mulai pulih dan aktif terlibat dalam aktiviti koir sekolah.

Beth Thomas ketika dewasa
Kini, Beth Thomas telah meningkat dewasa dan tamat pengajian di Universiti Colorado  dengan ijazah kejururawatan. Dia kini aktif memberi ceramah dan pendedahan mengenai RAD kepada kanak kanak yang menghidap penyakit ini bersama ibu angkat kedua beliau. Beth juga meluahkan rasa kesal kerana bertindak ganas dan kejam terhadap adik beliau, Jonathan dan ibu bapa angkatnya.
Sumber artikel : Beth : The Psychopath Little Girl


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 19
Komen

Previous : Suami Pukul Isteri Dikatakan Dayus. Bagaimana Jika Isteri Pukul Suami?

Next       : "Jangan Dengar Kentut Saya Lagi!" - Murid Tak Tahu Kentutnya Menghasilkan Bunyi

Komen Terbaru

Quote puanbintang 16-11-2018 04:08 PM
sedihnya kisah masa dia kecik, sangat beruntung ada family angkat yang bertanggungjawab and membantu dia, sembuh,  berjaya dalam pelajaran jugak..

Lain-lain Komen

Quote salmon-suki 13-11-2018 02:28 PM
Sedih bila baca kisah mcm ni..disebabkn kebodohan org sekeliling,mangsa menderita..kenapa laa ada jugak spesis y suka dera fizikal/mental anak2 n budak2?
Quote lil_honey 13-11-2018 02:35 PM
teringat yang budak pempuan dilepaskan dari penjara israel tu...
mata dia..
kosong...macam beth nih..
mata dah takde perasaan..
mata yang dah rasa macam tak nak hidup lagi kat dunia nih..
Quote fly_in_d_sky 13-11-2018 02:37 PM
bukan salah dia sebab jadi macam ini ...
alhamdullilah dia dah sembuh .. kalau tak susah ler
jadi hannibal lecter ... haru gila ...
Quote buapakperut 13-11-2018 02:55 PM
kesian sangat beth,terlalu kecil lagi dah didera. otak budak ni macam span.semua die serap. mujur sheols dah sembuh.
Quote paz 13-11-2018 02:59 PM
Nasib baik Beth berjaya pulih dari penyakit ni.
Quote umbut 13-11-2018 02:59 PM
Sedih.. nasib cepat diselamatkan...
Quote fff_cat 13-11-2018 03:00 PM
Early intervention macam ni senang nak sembuh walaupun makan tahun agaknya... kalau dah besar mungkin susah...
Quote Burong_Hantuk 13-11-2018 03:05 PM
kasehan,,,mangsa keadaan
Quote Artemesiaa 13-11-2018 03:07 PM
Mangsa dera selalu akan jadi pendera juga akhirnya melainkan ada yang cepat membantunya keluar dari jadi sebegitu atau ada kesedaran dalam dirinya nak berubah.  
Quote zaziot 13-11-2018 03:11 PM
kesiannye

environment mmbesar mmg akan pengaruhi kite

sama la bebudak yg nakal sgt tu..msti ada sebab kenapa jd mcm tu..kena tgk background pembesaran drg
Quote mbhcsf 13-11-2018 03:18 PM
baguslah dia mula pulih cumanya kalau terlibat dalam sektor  kesihatan dan people based/oriented ni , i hope she is okay .Sebab banyak org danbanya kerenah ....kalau dia dah boleh handle and pulih dah okaylah....

bagus ye keluarga angkat tu ...

Quote mbhcsf 13-11-2018 03:21 PM
kalau tak dirawat, org macam ni bahaya secara emosi dan verbal pada org sekeliling sebab  penyakit mental ni, rooted atau berakar jauh , dia jadi  pemarah dan pendendam  dan apa apa keadaan yg trigger  dia akan masuk mode pendendam suka abuse org  secara intentional ...bahaya ni sungguh.
Quote nooriesz 14-11-2018 07:38 PM
penah tgk video die mse kecik2.. ape yg die buat tu die ckp tanpa rasa bersalah pun..

bagusnye family angkat bantu die.. adiknye tu cmne.. mental ke x mcm kakak die...
Quote hanalisa 14-11-2018 08:59 PM
Edited by hanalisa at 14-11-2018 09:06 PM

Tengok video dia masa fasa pemulihan, diorang trained dia supaya ada rasa kemanusiaan dan penyayang. Part 4:37 - 6:00 masa dia cerita balik kekejaman yang dia pernah buat, dia nampak menyesal dan nangis, sedih giler kot.





Quote gummiebear 14-11-2018 11:23 PM
Bagus family angkat Beth ni.. still jaga and not abandon her
Quote ninja boy 14-11-2018 11:28 PM
Kalau kena org Muslim boleh murtad terus Dan canang Islam itu celaka gitu, walau solat tak tinggal pi madjid aurat kehulu hilir sambil memedo budak2
Quote dua_chzy 14-11-2018 11:34 PM
ninja boy replied at 14-11-2018 11:28 PM
Kalau kena org Muslim boleh murtad terus Dan canang Islam itu celaka gitu, walau solat tak tinggal p ...

Ye la, dah membesar dengan family yang abuse meka, gimana juga tak berdendam jadik bitter sebegitu? Beth ini boleh berubah kerna mak pak angkat (angkat ke if mengasihi beliau dan adiknya lebih daripada mak pak biological?) tak putus asa bantu dia untuk jadi manusia. Cuba if sampai kanak2 or remaja dia stay dengan abusive bangsat pedobabi yang menyumbang sperm untok hasilkan dia tu, tengok hapa jadik?
Quote lasagnaklcc 15-11-2018 12:48 AM
Ada movie based on cite diorg ni tak silap. Scene paling I ingat dia hentak kepala adik dia kat lantai sambil ckp "I hate you, I hate you".
Quote puanbintang 16-11-2018 04:08 PM
sedihnya kisah masa dia kecik, sangat beruntung ada family angkat yang bertanggungjawab and membantu dia, sembuh,  berjaya dalam pelajaran jugak..

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046557s Gzip On
    To Top