Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Pendapatan Lebih RM500 Ribu Setahun Jual Kasut Dan Stokin Busuk Di Instagram!

9-11-2018 11:46 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 22

Hanya dengan menjual kasut dan stokin busuk di Internet, Roxy Sykes, 33, mengumpul pendapatan lebih 100,000 pound sterlings (RM542,000) setahun! 

Pembeli barangan terpakai Roxy terdiri daripada lelaki yang obses dengan kaki dan sering memuja 'kecantikan' kakinya.


Kredit foto: Leggo

Roxy memulakan perniagaannya dengan membuka sebuah Instagram yang mendapat 10,000 pengikut dalam masa sebulan. Roxy yang bekerja sepenuh masa sebagai pelabur hartanah di London, kemudiannya mengiklankan kasut dan stokin terpakainya. 

Stokin dijual dengan harga 20 pound sterlings (RM108) dan kasut pula pada harga 200 pound sterlings (RM1,084). 

Sepanjang empat tahun menjalankan perniagaan, dia boleh mendapat sehingga 8000 pound sterlings (RM43 ribu) sebulan!


Kredit foto: Khabar Khas

"Saya mula-mula mendapat idea untuk memulakan akaun Instagram apabila kaki saya sering mendapat pujian daripada rakan-rakan.Kemudian, saya mula menjual kasut dan stokin terpakai selepas mendapat beribu-ribu pengikut di Instagram yang menghantar mesej sekiranya saya ingin menjual barangan terpakai," kata Roxy. 

Menurut Roxy, pada mulanya dia segan untuk menunjukkan wajahnya di Instagram, tetapi bertukar fikiran apabila mendapati ianya melariskan jualan video, stoking dan kasut busuknya. 

"Sekarang, saya bangga dengan kaki saya dan bercadang untuk melakukan perniagaan sampingan ini selagi masih mendapat sambutan," katanya lagi.


Kredit foto: Al Bawaba

Selepas heboh di Instagram, dia kemudian beralih ke laman web lain kerana Instagram memerlukan kemas kini yang kerap dan komen pengikut juga perlu dijawab selalu. 

Di laman web peribadinya, Roxy bebas memuat naik video kakinya pada bila-bila masa untuk dinikmati pelanggan tetapnya dan pendapatannya juga naik berlipat kali ganda tanpa menganggu jadual hidup sehariannya.


Kredit foto: Super Habar

Roxy berkata, dia menyukai perhatian daripada peminat dan pemuja yang obses dengan kakinya. 

"Saya menganggap ini kerjaya serius dan tidak mengganggu hubungan saya dengan kawan-kawan dan keluarga kerana mereka memahami," kata Roxy lagi.


Kredit foto: Pinterest


Kredit foto: Pinterest

Perancangan masa depan Roxy termasuklah melatih banyak lagi model-model kaki untuk memenuhi permintaan golongan pemuja kaki yang semakin ramai. 

"Saya rasa bakat ini boleh digunakan untuk membantu orang lain selain pekerjaan ini dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang," katanya lagi.

Ada yang berminat untuk mencari duit dengan cara Roxy ini? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 22
Komen

Previous : Miss Mongolia Bakal Jadi Peserta Transgender Kedua Dalam Final Miss Universe?

Next       : Ratu Elizabeth Beri Amaran Meghan Markle Usah Terlalu Memilih

Komen Terbaru

Quote VirginLady 27-11-2018 04:40 PM
wei i cannot brain this

Lain-lain Komen

Quote helicornia 9-11-2018 12:00 PM
muntah ijo{:yameteh
Quote Sang_Pencinta 9-11-2018 12:03 PM
sock fetish


When one (usually men) become aroused by the site of women's ( or mens...eww) socks or sock covered feet.
Quote friedfishsoup 9-11-2018 01:09 PM
Edited by friedfishsoup at 9-11-2018 01:20 PM

OMG!!!!

Patut la hanis haizi gigih jual kasut busuk n kepam. Ada org beli jugak.

@prettyuglybabe
Quote Sang_Pencinta 9-11-2018 01:14 PM
friedfishsoup replied at 9-11-2018 01:09 PM
OMG!!!!

Patut la hanis haizi gigih jual kasut busuk n kepam. Ada org beli jugak.

Penyakit fetish bau busuk stokin dan kasut memang wujud sis
Quote prettyuglybabe 9-11-2018 01:22 PM
friedfishsoup replied at 9-11-2018 01:09 PM
OMG!!!!

Patut la hanis haizi gigih jual kasut busuk n kepam. Ada org beli jugak.

masalahnya kasut dia tak laku kot
Quote mieymiey 9-11-2018 02:00 PM
Sis gundu kepam kena belajar dari minah ni
Quote Artemesiaa 9-11-2018 02:08 PM
Yang pastinya species mental juga yang suka beli benda2 macam tu
Quote gummiebear 9-11-2018 02:52 PM
Macam2 jenis manusia ni
Quote Sang_Pencinta 9-11-2018 02:59 PM
Laris sebab pervert yag beli ni
Quote puanbintang 9-11-2018 04:01 PM
tak lalu aku la
Quote krustykrab 9-11-2018 04:19 PM
ewww..............
Quote RatuDunia94 10-11-2018 09:55 AM
Apa yg cantiknya??? Biasa je?
Quote Sang_Pencinta 10-11-2018 10:00 AM
RatuDunia94 replied at 10-11-2018 09:55 AM
Apa yg cantiknya??? Biasa je?

Tandanya uols tak pervertlah tu
Quote Sang_Pencinta 10-11-2018 08:25 PM
puanbintang replied at 9-11-2018 04:01 PM
tak lalu aku la

Dah orang fetish ni penyakit dia mcm tu

Macam org yg suka curi seluar dalam tu lah
Quote mawar_mustika 12-11-2018 11:16 AM
pelik btul org skarang...lagi2 kalau mat salleh ni
Quote Foxey 12-11-2018 01:00 PM
apa jenis fetish pengotoq macam ni laaa hai. socks kotor macam tu pun orang nak beli? euwwwwww sangattt
Quote Sang_Pencinta 13-11-2018 08:09 AM
Foxey replied at 12-11-2018 01:00 PM
apa jenis fetish pengotoq macam ni laaa hai. socks kotor macam tu pun orang nak beli? euwwwwww sanga ...

Actually business ini sesuai untuk mereka yang malas cuci kain LOL
Quote EncikRhoma 13-11-2018 08:17 AM
nanti ada la tu netizen malaysia nak tiru
Quote devilito2 19-11-2018 07:39 AM
macam macam perangai

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    3.513728s Gzip On
    To Top